Sabtu, 8 Jun 2013

Kemanusiaan Nilainya Pada Harga

 

Malam-malam begini teringat kisah lama semasa bersekolah  sehingga membuatkan saya kembali tersenyum bersendirian.

Teringat kelas Perdagangan sewaktu di dalam tingkatan tiga, cikgu mahukan kami menerangkan bagaimana akan kami lakukan jika berhadapan dengan dua keadaan iaitu :

1- Sebidang tanah yang perlu ditafsir nilai semula.

2- Seorang pelanggan yang sentiasa setia membeli khidmat kita.

Saya beri jawapan di mana ada permintaan di situ ada penawaran kerana kuasa beli ada di tangan kita.



Teringat pula madah cikgu Sejarah, "Seorang suami yang tiada harapan lagi untuk hidup bukanlah bermakna dia sudah mati untuk ditinggalkan."


Dalam hidup kita mesti berani mengatakan kebenaran sesudah membuat silap perhitungan...

Bukan menjadikan nyawa manusia cagaran hidup matinya perjuangan...


Penyemakan semula keamanan tidak lengkap dengan berpillih-pilih harga kemanusiaan...


Membuka jalan dan menukar tanda nama kepada jalan yang baru jelas membuktikan siapa kita dan dari jenis apa kerjaya kita...


Kita pastinya sentiasa mahu menjadi 'professional' juara atas setiap kejayaan biarpun meradak jantung insan yang tidak berdosa....


Tertanya-tanya agak-agaknya darah manusia menjadi berbeza jenis kerana apa ya? 



Friday, July 21, 2006

Semakin Waraskah Oleh Bicara


Usah kita terbiasa-biasa menghimpun diri untuk merasa istimewa.
Meninggikan status diri, berkelompok membina ras etnik diri untuk menjadi terbilang hingga bangsa yang lain hanya menjadi keturunan yang terbuang.


Kembalilah menghitung semakin jauh zaman meninggalkan kita semakin terjulang kemegahan ilmu, perlukah kerana teknologi menjadikan semakin kita mencengkam diri menyalutkan pakaian jahiliyah sehingga menutup mata hati menggelapkan akal budi?



Benar atau salah apa yang di hati dibukti oleh tindakan dan di sahihkan oleh kata-kata?



Enggan untuk bertindak, hanya menjelaskan rupa sebenar ketidak bijakan untuk berhikmah atau ' dungu yang rakus ' kerana ditenggelamkan oleh hati yang dikemudikan oleh buta yang dari kecelikan dan kecerdikan akal.

Fenomena ini bersebab oleh kelalaian yang mengaibkan, mencalar maruah, menghimpun bala menjengah hangat bingar gelodak kepanasan perseteruan...


Hak apakah yang diterima pakai oleh dunia untuk menafikan keupayaan menasihati dan membetulkan penguasa jika menyeleweng?



Hak apakah yang di istilah benar oleh dunia jika kelukaan yang berbekas sekian lama oleh penindasan masih mahu dan perlu dipercaturkan atas pentas perbalahan bertikam undi?



Sejauh manakah benarnya menjadi milik si gagah perkasa yang sekadar menjuih bibir  sesudah menyempurnakan arahan yang tidak mampu di timbang tara?

Apa sahaja kalimahnya maka kalimah itu tiada mampu disanggah.


Menjadi agung kiranya manusia kerana kuasa?
Menjadi kerdil manusia bila tiada di adili oleh kuasa.
Masih samakah makna di sebalik perbandingan ini?


Apakah tinggal menjadi baki jika selepas demokrasi dijulang keputusan di genggaman tanpa diduga bagai helang menyambar menyergah dengan garang...


"Nah! Inilah padah pilihan mimpi-mimpimu! "


Seekor serindit bersyair mendayu-dayu...

Baki telah menjadi daki,
daki kerana miskin budi.
Budi telah terhakis oleh iri,
iri kerana telah disumpahi.


Kedudukan manakah yang hendak dicari.
Kedudukan sekadar muslim dan bukan mukmin?
Kedudukan mana yang hendak dipilihkah?

Kedudukan sekadar muslimah dan bukan mukminah?


Kedudukan sebagai hartawan dermawan atau sekadar peminta belas kasihan?... 

Pilih Memilih Untuk Bahagia

Serindit ingin terbang berkawan-kawan bersama Tempua. Sama membina generasi yang beramal dari keyakinan yang benar dari metod Ilahi kerana jazirah mereka pilihan Allah Ta 'ala sejak dahulu lagi.

Budaya dan peradaban yang pernah memacu kegemilangan tamadun yang mengibar kemanusiaan bersendi kasih sayang dari rahmat Pencipta yang satu.

Namun Tempua ingin memilih arah tujunya sendiri kerana Tempua sentiasa beranggap dia tetap punya perbezaan dari Serindit.



" Tidak mengapa Tempua jika kita sekadar dapat berkasih di dalam hati sahaja..."



Maka akan terleraikah persaudaraan persepupuan sejak dari Nabi Ibrahim (alaihisallam) ini?


Jika menurut hati Serindit haruskah dia bermetafora yang bermelankolikkan perasaan semata-mata.



Tempua semakin menjauh pergi... berbekas cuma kepulan mega hitam umpama metana di Capetown.



Rutin penggiliran memaut kecelikan kerana yang pergi tidak akan kembali lagi.



Kini yang tinggal hanyalah waris-waris yang mewarisi khazanah untuk menerus atau memecahkan tradisi anutan yang terpasak sekian lama menjadi urat nadi yang bersimpul mati.



Hakikat yang perlu diakui Serindit dan kerabat sa
udaranya ialah bertanggungjawab membersihkan pencemaran generasi dengan amanah kerana waris-waris ini yang akan berhadapan dengan ujian zaman yang telah termaktub di dalam qalam Ilahi.



Sayang, Tempua tidak upaya memikirkan persoalan hidup bahagia atau derita tatkala berhadapan Rabbul Alamin. 

Cukuplah persengketaan perseteruan sejak Isa Al-Masih.

Serindit cuba tidak mahu mengungkit, namun berbekaskah di hati jika tidak dibuka lembaran sejarah bila Paus Paulus VI pernah memberi ampun...


" Aaaahhhh... bukan menjadi urusanku..." bisik Serindit sambil menguak sayapnya.


Dalam diam Serindit berkicau, bahasa itu bermutu jika ada makna. Makna tersimpul oleh keinginan.

Ingin hidup bahagia tidak hanya di dunia yang fana. Bahkan kekal berjiran mesra dalam syurga berkekalan.


Serindit suka bernyanyi jika bersedih hati...



" Gerak langkahmu memikat hati. Lirik senyum manis sekali. Namun kini aku menyedari ia adalah ranjau berduri.
Yang sentiasa daku lalui yang menguji iman di hati setinggi mana ketakwaan sekuat mana keimanan.
Janganlah dicuba menggoda diriku membuang waktu dan tenaga. Cintaku cinta abadi cinta Allah Allah Ya Rabbi.
Senyummu itu racun berbisa menggugat naluri menggoda jiwa walau rupamu amat menawan namun ku tetap pilih yang beriman..."


Kini Serindit tersenyum sendirian. 


Wednesday, July 19, 2006

Seimbang Itu Buahnya Adil

Tuesday, July 18, 2006

Seimbang Itu Buahnya Adil


Biarpun keinginan bertukarganti dengan kekecewaan usahlah mudah berandaian kita telah menjadi mangsa.

Prasangka juga mampu membelit diri untuk tersalut di laut korban.

Biarpun kesempatan sesuatu yang pantas lenyapnya tak bermakna jika gagal kesempatan yang lain tidak di temui.

Marah pada diri ? Tak usah, jangan kerana ia hanya membuang masa untuk berasa sesal... tersia-sia membazir tenaga.

Tidak ada permulaan yang lahir secara tiba-tiba tak di sangka duga bila kita sedia memulakan sesuatu.

Semakin aktif kreatif kembang mekar akan di temui tanpa timbang duga jejak yang pudar masih mampu di atur yang penting jujur.

Asal duka bila ria hilang. Ria hilang kerana hampa. Hampa diubah bila enggan rasa hilang. Nyata dari gagal mampu jalan kemenangan ditempa.

Wujud sindiran terhadap dua jenis keeratan. 

Erat pertama, tatkala berlabuh duka cepat dan pantas dia pergi meninggalkan duka itu bersendirian... mencari ikhtiar menyelamatkan diri...nyata keeratan yang ada kepentingan.

Erat ke dua, bila berlabuh duka dia tetap menetap tinggal bermukim untuk mengiyahkan duka... nyata keeratan tanpa minta balasan.

Ukhuwwah di dalam islam umpama jasad bila sakit satu anggota kesakitan itu akan menjalar ke seluruh badan.
Bezakan... hanya yang hadam memamah keyakinan tidak mudah memusing hati meneleng kepala.
Namun apakah benar dakwaan lantaran tidak berada di tempat bencana maka tidak berhak insan berfikir untuk merasa derita bencana itu.... ayuh betulkan sangkaan elakkan dakwaan .

Bagaimana yang di barat lebih perihatin terhadap tsunami berbanding di timur...

Agama kami adalah nasihat. Sumber tercetus kerana sayang. Bukan sekadar mata namun dengan hati kami melihat. Hanya kerana Allah sentiasa kami bayang.

Apakah sasaran jiwa yang berada di hati ? 

Membangunkan kebenaran keadilan bersama ekonomi yang meransang keamanan. Kini kekuatan tidak dibangunkan oleh kekuasaan semata-mata.

Bagaimana mahu didustai hati bila kecerdasan pertimbangan akal tidak berupaya bertukar-tukar pandangan.

Bila terus mendesak jiwa lara tersudut... teruskah mahu dipertahankan pegangan lama sedangkan manusia bergilir ganti bertukar wajah di setiap peredaran masa.

Terlalu kerap menjadi pencatit dan pembaca sejarah marilah pula menjadi pencipta sejarah...