Memaparkan catatan dengan label Harga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harga. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Oktober 2015

Labur Lebur Libur


Mengenang budi menjalin kesepakatan diri,
Kesepakatan diri lambang ketinggian jiwa yang murni,
Ketinggian jiwa olahan dari rasa di sanubari,
Nurani dijelma oleh dasar jujur kerana budi.


Lafaz juga makna pemancar yang menterjemahkan prestasi,
Kekendirian berbentalakan akar umbinya akidah,
"Sesungguhnya kamu berada di dalam Penglihatan Kami,
Bersabarlah kamu dalam menanti ketetapan Allah."


Antara pertama dan ke tiga amat suka pada tempat ke dua,
Mana nak digenggam antara harta dan dunia akhirat sahaja atau berada antara ke duanya,begitulah maknanya,
Luruskanlah jalan bagiku Ya Allah agar cerdas akal fikir jiwa dan raga,
Menimbang dengan adil menawar dengan kasih sayangMu yang penuh redha.


Di tangan sendiri milik segala kehendak,
Cita-cita impian hasrat jelmaan dari niat,
Tanggungjawab bukankah amanah untuk menyantuni apa yang telah terledak,
Usah terlupa bukankah Umar pernah di igau rasa bersalah yang panas menghangat.


Kanan dan kiri amalan akan dihitung,
Banyak atau kurang sendiri yang timbunkan,
"Bacalah olehmu kitab ( suratan amal) cukuplah engkau sendiri pada hari itu menjadi penghitung,
Terhadap dirimu (terhadap apa yang telah engkau lakukan)."


Gabungan dunia dan akhirat menjalin kebendaan juga kerohanian,
Mendasar pada akhlak jujur amanah dan menunaikan janji,
Amat indah bila setiap yang dilakar bermutukan nilaian,
Mana yang memenuhi syariat dipergunakan membina ekonomi.


Melabur bukan bermaksud melebur,
Melebur bukan pula niat mahu melibur,
Apakah benar hati telah terhibur?,
Setelah pasti jasad yang akan diiring ke kubur.


Selasa, 18 Februari 2014

Sunday, August 13, 2006

Promosi Untuk Dan Dari Saku Sendiri



Membaca akhbar yang menarik adalah iklan jualan istimewa. Tawaran pada kadar potongan harga yang amat mengasyikan. Promosi yang hebat benar-benar berjaya mengabur fokus pengguna.
Terlalai terhadap mutu barang yang ditawar misalnya sudah terlalu hampir dengan tarikh luput masa, penghabisan stok-stok lama sebelum susun stok baru yang lebih luar biasa, fesyen yang bukan lagi fesyen kegemaran dan jenama biasa yang seakan sama nama dengan jenama gah hebat bergaya.

Semakin memuncak tawaran bila berlumba-lumba mencipta slogan kata dengan kain rentang idea minda niat melaris niaga. 


Anak-anak menjadi tidak keruan untuk memilih kamera memaksa sekurang-kurangnya tiga kedai menjadi tempat singgahan membanding harga.


Saat seperti inilah pengguna meraikan nikmat menjadi pengguna yang bebas!

Bila dimengerti tak mudah dinafi kuasa beli yang bijak perlu disertai oleh kajian harga yang setimpal dengan apa yang ditawar. Mana mungkin wang kita tapi orang lain yang guna, orang lain yang bantu urus ... boleh pula memaksa untuk membeli barang yang telah kita miliki ...

Merdekakah jiwa pengguna jika sentiasa di kawal selia? Wang usaha di tukar menjadi harta? Tanpa kerelaan namun oleh unsur paksa? 


Pengguna tetap manusia semua deria masih berbisa biarpun celik mahu di anggap buta.

Namun seronok juga sambil mencari memilih dalam acara membeli secara jelas wujud pula proksi.

Prolog-prolog promotor mempromosi dengan prosa kata yang menakjubkan umpama prosedur yang mahu menjimatkan masa para pengguna. Tidak mungkin rasa bahagia akan tercerna jika lambakan masih yang sama serupa pada setiap tempat yang ada tawaran! Perlu ada kelainan baru dapat dinilai secara damai persaingan tidak melelahkan. 


Anak-anak kadangkala meluah rasa jenuh untuk mendapatkan satu barang perlu 'bertawaf' berkeliling medan ... tambah pada anak gadis saya yang gemar bertumit tinggi ... elok-elok ceria bertukar masam mencuka... 

Kita sebagai orang tua juga gemar 'mencuka' dengan harga ... umpamanya baju yang menarik perhatian, harganya menjadi rasukan ... bila difikir imbas, agaknya pengeluar bahan asas sebelum dijadikan baju pasti kaya wang beribu ... kerana baju bukan satu malah banyak dengan anika warna berseni mutu ...


Namun hati membisik ... pengusaha yang memproses menjadikan bulu kepada baju adalah terlebih maju ...

Beli murah dijual dengan harga yang mahal ... pengguna yang terasa seperti 'tercekik darah'.


Kurnia merdeka pada jiwa adalah nikmat. Melalui usaha jujur ikhlas beramanah adalah berkat.
Namun jiwa merdeka tak mahu dihambat. Biar jiwa bebas mengadili tanpa dendam biarpun tersurat.
Kemajuan teknologi dan keamanan sejagat menjadikan perhitungan sesama insan terjamin selamat?

Apakah setiap rupa mesti serupa dengan apa yang kita benarkan maknanya ?
Maksudnya kita tahu mencari sendiri keperluan adilkah jika keperluan orang lain kita dahulukan?

Pengguna mesti dididik kebebasan menjadi pemilik yang hakiki terhadap kuasa belinya.

Blog ini akan berakhir di sini jika ada yang tersilap bicara sebenarnya tiada ada niat yang sebegitu.

Salam ukhuwwah buat pembaca.