Isnin, 4 April 2016

Barukah Jika Caranya Masih Yang Lama



Tiba-tiba setelah hampir sepi dan sunyi ketika bedilan meroboh konkrit bata merempuh ladang subur ,dipertontonkan massa menonton hilangnya rasa segan antara kebal kereta besi dengan wanita di hujung usia, menonton tanpa silu berkejar-kejaran kenderaan peronda berwarna hijau dengan anak-anak mentah usia, bergegar dentum panah petir mengalir sungai lesu merah lebam... alam sepi sehening senja ufuk mentari merebah di tirai peraduan...malah murai berkicau segenab penjuru gemanya tiada jua yang kedengaran...tiada alasan tiada bersebab... sekadar kukuh bicara yang melaporkan berita...


"Tindakan yang inilah yang perlu, beginilah cara, inilah kaedah, ini method, ini budi bicara era canggih abad 21, order baru memeta wajah..

"Ianya perlu, mesti, harus, wajib! demi mempertahankan diri......tiada yang salah......benar belaka sehingga bergugusan hari dengan korban-korban ledakan perasaan yang meruntuhkan bangunan, sekolah, kediaman masyarakat miskin yang bersepupu jauh dengan masyarakat kaya di tanah hijjaz.!"


Sehingga tiba-tiba .... 

megah dunia buana di New York bersidang berdegar-degar berkumpulan bersepakat agar kunci perlu dicari untuk membuka pintu biarpun tiada lubang kunci, dicari salur angin, diumpil tingkap yang tertutup rapat untuk membuka alur keamanan...setelah ratusan malah  setelah ribuan nyawa wanita dan anak-anak hilang suara, menggelete,  menggelegar bertarung kesakitan... sendu luka berpisah dipaksa meregut cinta yang tak pernah pudar...


Sekonyang-konyangnya secara tiba-tiba...
semua segar bernyawa berselera melapah rakus apa-apa sahaja di hadapan mata...satu harapan untuk mencorak jazirah baru menghalau duri ceracak langau-langau yang tiada jutaan nilai insuran... terdampar tak berbela...terkedu melontar pandangan lesu... harus bisu terus di mamah saat meniti sengsara tak perlu peduli... 

Lalu mari kita memberi senyuman kepada mereka agar 

Jujurlah bila mahu melakukan usaha...
Tiada siapa yang tidak mahu rasa mulia...
Usah berbilang-bilang pada siapa kerana apa...
Usah nyawa manusia di sebut tiada harga...
Kerana 2 kerana 4 buta menjadi celik...
Demokrasi di mana kita simpan ... di bilik?...
Usah usah fikir zaman mudah melupakan setiap 'sejarah' kita...
Majoriti mesti dicari untuk demi ' demokrasi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan