Isnin, 4 April 2016

Cela Kita Kerana Ada Rahsia Kata


Bisikan adalah rahsia. 

Sebutan merakamkan bicara yang bersalut makna-makna yang tersembunyi atas anika alasan bermacam pilihan. 

Menduga sehinga bersalah sangka pada rancangan yang tersembunyi bila digenggam rahsia kita di terlupa seketika bahawa di hadapan Allah tiada apa yang menjadi rahsia. 

Setiap usaha menjadi sia-sia bila semangat suku bangsa sahaja di ambil kira, 
bertingkah atas nama suku bangsa, bertikam senjata atas nama suku bangsa, mempertahan memelihara suku bangsa, kempen mendakwa ini cita-cita suku bangsa lantas taksub pana dengan fanatik suku bangsa membuat tohmah helah yang melelah diri hingga tiada sudah, letih hingga lupa pahala dijerat dosa... terus-terusan bernafi singkir sesama hak saudara, propaganda megah mahu harta nyawa disita tiada harga kerana seperti diri diusir maka yang lain turut mahu dipinggir... beradu kudrat sayang tidak setanding tara... bila semua diingini agar dirahsia...


"Tuan hamba menghambur kata untuk siapa,wahai Serindit, bicaramu dihambur untuk hamba atau saudaramu yang sebangsa?"

"Untuk diri hamba sendiri,Tempua, bukan kepada sesiapa kata-kata diujarkan.Tazkirah menukil ibrah menenang saraf yang mengusung setia darah ke pelusuk juzuk jisim tubuh hamba..."

"Berbezakah warna darah kita ya Tempua?"

"Tuan hamba mahu menumpahkan darah hambakah Serindit?"

"Tegarkah tuan hamba berbuat zalim ke atas hamba?"

"Hamba tidak seburuk begitu rupa.Biar apa pun yang terjadi, masih hati ini berbaik rasa."

"Akal hamba sentiasa bersyura dengan jiwa lantas kerap diakui , tidak ada kuasa yang boleh memaksa tanpa rela,kebebasan adalah hak yang dibawa pergi ke mana sahaja dan rapi di pelihara...meski ditemui sikap sesenang bicara, semudah untuk dilaksana tentang harta hak ini yang mahu di ambil di nyah begitu sahaja dek kerana tatkala berbeza pendapat, kebebasan tiba-tiba mahu di gugat, hak laksana tidak berikat lantaran hilang muafakat

bijak sungguh teramat lestari makna adab era kini... buat pengetahuanmu Tempua, agama kami mencirikannya untuk membina sikap berlapang dada terbuka minda bukan tetap di dalam keegoan yang membinasa apabila tidak upaya menyatu di dalam perbezaan yang ada.


" Ke sana ke sini, hamba mencari redha Ilahi bukan sengaja mahu meriakan menyuka diri..."

"Hamba tak mampu diam membisu... marah kita Tempua, biar berpada demi agar marah sanggah teman marah sanggah yang sederhana kepada kita..."


"Hamba cuma tertanya-tanya, Tuan hamba sentiasakah berjujur kata?" 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan