Selasa, 22 April 2014

Sesedapnya Ikut Rasa

Thursday, August 24, 2006


Tidak semua manusia miliki keinginan yang serupa.

Ada yang puas sekadar perut beralas tepat pada masa.

Bersalut tubuh sekadar baju kusam komot petak berlipat tidak menjadi apa asal tetutup apa yang wajar.

Tidak pernah pun mahu bermimipi belayar dengan Air Asia.

Sudah di anggap normal dalam bandar ada pekan dalam pekan ada kampung.

Ada kaya di kira normal tidak luar biasa pasti ada yang papa bernasib malang.

Miskin dalam makna apa di ukur?

Terserah ikut faham lidah memutus atau bersyukur.

Namun terunggul miskin bila jiwa rohani sepi.

Ghaib nurani yang tidak sukar di selidiki.

Biarpun ia memahat misteri.

Adil di luar menjadi juara.

Di dalam kujur menghulur kambus terkubur.

Saksama laungan sunyi yang tercerai mahu diderai.

Rahsia ungkapan indah buat setengah-setengah deria agar terlunas laba-laba lama.

Sengsara dipindah milik didakwa bersikap tidak rasional.

Mahukan hanya jadi boneka ukiran dari kayu keras bak batu sah memang tidak bernyawa.

Apakah ini antara satu bentuk kemajuan moden berpersepsi bermain warna?

Amat perit pahit menyangkar rasa demi menyelongkar rahsia.

Pamitan menelanjangkan ego fitrah jati diri manusia bila melucutkan jubah luhur pekerti moral lenyap sesaat.

Terang tenang bila tidak perlu berpura-pura.

Damai biarpun seketika gegak gempita silang hujah berkata, tetap diri tidak sebaris duduk sama rendah, berdiri sama tinggi menahan siksa demi kuasa rasa bermaharalela.

Terhadap beribu jiwa tidak berdosa tidak hilang di tangan kita angkara rasa.

Berabad lama mimpi ngeri tidak bisa menyentuh menyantuni hati.

Selingkar kisah menuntut penilaian sedang selingkar satu lagi kisah di maktub dalam kitab tak boleh di mentelaah.

Kejamkah kita??? 

Satu Ketika Dahulu

Monday, August 21, 2006



Hari yang tenang memberi makna yang jelas kepada saya. Mempunyai masa yang terluang untuk lebih banyak aktiviti membaca, mengasuh minda yang tumpul dengan memaksanya berusaha mengimbas perkara-perkara yang telah lama berlalu.

Tiba-tiba terimbas pada masa sekitar lapan belas tahun yang lalu (sebenarnya imbasan itu berlaku pada tahun 1977 ) di mana keluarga saya telah mengambil seorang teman kakak sebagai anak angkat.
Beliau (Encik Edward anak Agong) adalah seorang pelajar Yayasan Sarawak yang terpilih untuk belajar di sekolah di mana saya sedang menuntut pada ketika itu.

Abang angkat saya itu seorang Katholik yang taat dan akan ke gereja setiap Ahad.

Dia selalu membawa kitab bible ketika datang bermalam di rumah kami.

Kami akan berbual dalam suasana harmoni makan semeja biarpun berlainan agama.

Dia menghormati kami sebagai muslim dengan memperlahankan televisyen ketika menonton di waktu maghrib.

Kami pula tidak pernah meminta dia agar tidak membawa biblenya ke rumah kami.

Seingat-ingat saya dia memang seorng yang taat dengan kepercayaannnya sebagai penganut Kristian dan jika tidak silap dia pada ketika itu bercita-cita mahu menjadi seorang pendakwah Kristian.

Selepas dia menamatkan pelajaran hingga berakhirnya Sijil Peperiksaan Malaysia, hubungan kami dengan abang angkat ini juga telah terputus dan hingga kini kami tidak pernah bersua muka.

Persoalan sentiasa ada di minda saya, bolehkah diterima kini bahawa falsafah Islam telah berupaya satu ketika dahulu mejana pemikiran bijak pandai Eropah dan bertindak meneutralkan antara Islam, Katholik dan Protestan berulang semula tanpa prasangka curiga dan wasangka?

Sayang sekali keadilan Islam kini sering ditimbang dengan neraca mata pemimpin yang rakus pada keinginan sentiasa menjadi juara hingga tidak mampu menganalisa secara hemat dan hikmah beza di antara yang taat beragama dan yang sentiasa ditekan ditindas dinafi hingga atas perlakuan yang terlampau memilh cara yang khilaf yang bertentang dengan keadilan itu sendiri.

Demokrasikah saya terhadap diri sendiri?

Parlimen hati perlu mempengaruhi akta akal baru mendapat majoriti.