Selasa, 22 April 2014

Satu Ketika Dahulu

Monday, August 21, 2006



Hari yang tenang memberi makna yang jelas kepada saya. Mempunyai masa yang terluang untuk lebih banyak aktiviti membaca, mengasuh minda yang tumpul dengan memaksanya berusaha mengimbas perkara-perkara yang telah lama berlalu.

Tiba-tiba terimbas pada masa sekitar lapan belas tahun yang lalu (sebenarnya imbasan itu berlaku pada tahun 1977 ) di mana keluarga saya telah mengambil seorang teman kakak sebagai anak angkat.
Beliau (Encik Edward anak Agong) adalah seorang pelajar Yayasan Sarawak yang terpilih untuk belajar di sekolah di mana saya sedang menuntut pada ketika itu.

Abang angkat saya itu seorang Katholik yang taat dan akan ke gereja setiap Ahad.

Dia selalu membawa kitab bible ketika datang bermalam di rumah kami.

Kami akan berbual dalam suasana harmoni makan semeja biarpun berlainan agama.

Dia menghormati kami sebagai muslim dengan memperlahankan televisyen ketika menonton di waktu maghrib.

Kami pula tidak pernah meminta dia agar tidak membawa biblenya ke rumah kami.

Seingat-ingat saya dia memang seorng yang taat dengan kepercayaannnya sebagai penganut Kristian dan jika tidak silap dia pada ketika itu bercita-cita mahu menjadi seorang pendakwah Kristian.

Selepas dia menamatkan pelajaran hingga berakhirnya Sijil Peperiksaan Malaysia, hubungan kami dengan abang angkat ini juga telah terputus dan hingga kini kami tidak pernah bersua muka.

Persoalan sentiasa ada di minda saya, bolehkah diterima kini bahawa falsafah Islam telah berupaya satu ketika dahulu mejana pemikiran bijak pandai Eropah dan bertindak meneutralkan antara Islam, Katholik dan Protestan berulang semula tanpa prasangka curiga dan wasangka?

Sayang sekali keadilan Islam kini sering ditimbang dengan neraca mata pemimpin yang rakus pada keinginan sentiasa menjadi juara hingga tidak mampu menganalisa secara hemat dan hikmah beza di antara yang taat beragama dan yang sentiasa ditekan ditindas dinafi hingga atas perlakuan yang terlampau memilh cara yang khilaf yang bertentang dengan keadilan itu sendiri.

Demokrasikah saya terhadap diri sendiri?

Parlimen hati perlu mempengaruhi akta akal baru mendapat majoriti. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan