Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan

Isnin, 13 April 2015

Kisah Ahmad Muttaqin, Siti Hanan Dan Ahmad Mustaqim



Hanan- (kakak), Mustaqim- (abang) dan Hilman- (adik) rakaman 13/10/07

Along- Muttaqin dan adiknya 'kakak' - Hanan. Rakaman pada 31/8/07

“Mak, bolehkah abang berkawan dengan budak perempuan?”tersenyum-senyum anak lelaki kedua saya yang dipanggil abang yang ketika itu baru berusia dua belas tahun bertanya sambil berbaring di sebelah saya.

“Muda lagi, mahu berkawan yang bagaimana,jadi teman berjalan bersama atau abang mahu berkasih-kasihan,nanti banyak masa terbuang bila melayan perasaan.”

“Berkawan sahaja. Bukannya ada apa-apa.”


Beberapa minggu seterusnya abang yang sulong, kakak dan adik sudah mula memberi laporan berasas apa yang mereka lihat waktu di sekolah.


“Akak tidak sangka, abang seperti itu…geram betul.”

“Abang sudah mengada-ngada di sekolah,”yang bongsu sudah menjadi pendakwa sukarela.


Along yang tidak banyak berkata bicara mudah difahami kerana antaranya dengan adik lelakinya itu seputar sealam masing-masing sering melindungi dan memanafaatkan hubungan baik agar tidak ada leteran menasihati.

Sukar mahu menolak perbezaan masa dan anak-anak terkeliru andai tidak ada ketegasan dan terserlah kekhilafan.


“Abang sebenarnya sunyi dan suka berkawan sahaja dengannya.”

“Sehingga berdua-duaan dan memanjangkan masa perbualan di internet?”

“Emak marahkah? Abang tidak bersentuhan dengannya sekadar berjalan bersama dan abang rasa seronok bila ada yang cemburu…”


Bila diadukan kepada abahnya,diam tanpa ada reaksi. Orang lelaki memang agak praktikal, spontan dan sentiasa matang bersikap terbuka. 

Ini sesekali membuatkan saya merenung menginsafkan diri yang kerap beremosi.Tetapi jika begini bererusan sikap orang lelaki, ada juga bahayanya.


“Begini sahaja kakak, di sekolah bila bersua abang berdua-duaan begitu, beritahu baik-baik ajak teman-teman yang lain untuk bersama, usah ditegur dengan marah, dia baru sahaja akal baligh, mungkin ada sesuatu yang sedang dialaminya dan kena hormati peribadinya.”

“Akak tidak setuju! Emak kena tegas ashik mengalah sahaja pada setiap perbuatan anak-anak.”

“Abang dah diberitahu apa yang dilarang apa yang dibolehkan, sebelum berkawan abang sudah meminta izin pada emak, memadai bila mak sudah mengetahuinya.”

“Bila berjalan adakan jarak dan batasi diri usah terlalu berdekatan dengannya, bahasa usah terlalu manja, usah mengungkap jiwa…” mahu tergelak dibuatnya saat mencuba memahami saat anak teruna mengalami keremajaan.


Namun ada ketikanya kerap juga orang dewasa tertimpa perasaan seperti ini dan ia amat sukar untuk dihadapi hanya gara-gara  mengaktifkan telekomunikasi tanpa menyedari iman juga teruji.


Ada saatnya sukar memadam apa yang pernah menjadi realiti.

Remaja perlu dibiasakan dengan adab-adab dan cara-cara pergaulan yang baik tatkala mereka tidak mengetahui makna fikh dan peraturannya dalam membina akhlak dan budi pekerti.

Mendidik moral dan mengindahkan akhlak lantaran adab itu antara cara pendisplinan yang mengasuh rasa penghormatan dan penghargaan diri.

Anak-anak usah dibiarkan membuang persepsi secara sia-sia menerusi penilaian dari rupa dan bentuk luaran sahaja.

Ada saatnya ia tidak berkekalan begitu.

Zahir dan batinnya mesti diusahakan agar sama seiringan gandingannya.


Hubungan yang baik terjemahan dari keluhuran pekerti yang diadun bersama sifat malu manakala yang menjejaskan harmoni dalam berbaik sangka adalah ketika hubungan terjalin, tersimpul bersamanya iri dan cemburu yang memudahkan rasa membenci.

Namun tidak wajar disingkap sesuatu yang tidak lagi berlaku hanya untuk menetapkan rasa yang mewajarkan tindakan.


Anak-anak amat perlu ditingkatkan kepekaan terhadap persoalan ini dalam memelihara hubungan baik sesama mereka.

Nyata dengan jelas tuntutan kejiwaan bersandar kepada agama yang membentuk asas keyakinan di dalam mendidik anak-anak.

Andai ada yang mencela atas sesuatu kekurangan dan kekurangan diri ia adalah kelemahan yang bertujuan untuk memperbaiki dan memulihkan peribadi dan fikrah syaksiah anak-anak.


Mengenali hak-hak di dalam persahabatan akan mencirikan perwatakan dari kemurniaan wibawa bina diri kerana hak-hak itu yang dituntut untuk dipelihara bukan didendami jika ia disepikan.

Paling utama untuk memberikan rasa kasih amat perlu dijelaskan kepada anak-anak wajar diberikan lebih masa untuk mengenali terlebih dahulu bagaimana urus reda Allah sebelum meletakkan setia untuk dibalas rasa kasih itu sesama manusia.

Cinta dan kasih sayang kerana Allah bukan kerana peribadi upaya mengikat akhirat sebagai sebab untuk berkasih.

Maknanya kebolehan untuk memisahkan antara dosa dan pahala tetap wujud di dalam cinta dan kasih sayang terjemahan dari fikh dan sunnah di dalam Islam.

Jumaat, 28 Mac 2014

Karenah Anak

 

 Sunday, August 20, 2006

Satu saat teringat kembali ketika duduk berhimpun bersama anak-anak kecil.

Berbagai ragam, karenah, kelitah, laku, aksi dan gaya berbaur antara kata tingkah, lucuan, tangisan, manjaan, hibaan, kerasan, nakalan tanpa cemar fitnah.

Ternyata ketika itu bukan semua anak-anak ini boleh dan mampu menguasai kemahiran berinteraksi baik dengan saya biarpun senyum melebar berganti bicara.

Hubang jalin ayat yang terhad di pengaruhi oleh mood yang disekat-sekat tersekat oleh kuatnya kuasa mendominasi biarpun berperingkat-peringkat lantaran pengetahuan ibu bapa yang telah sedia mencerna pelbagai aspek tumbuh dan kembangnya emosi sosial mental fizikal anak-anak mereka. 

Mana tidaknya, ... segala kesulitan untuk meningkatkan muafakat menerbit sulit dan gejala sengketa sehingga menjauh satu makrifat ... seakan-akan wujud gejala yang amat sulit untuk usaha dalam mencari berkat.

Saya terpaku hampir terlena kerana ternyata tidak cukup bersedia lantaran kecerdasan yang kurang terhadap jiwa-jiwa muda di depan mata ...

Berbagai-bagai kriteria memulas pintal setiap agenda yang telah saya lakar di peta minda ... serba beralih jadual meneka rasa kabur jasmani dan rohani ...

Anak-anak di depan mata saya ini ada yang lembut bersusila adat penuh beradab menyantun sukma jiwanya, damai beralun mekar sukar diterjah, acunya seperti mahu bertingkah tapi yang putus adalah salam dengan hikmah.

Mainan yang sedikit sanggup berkongsi silih berganti bergilir leka bermain.

Ada pula yang tidak lansung mahu bertolak ansur persis hulubalang terbilang berjiwa militan lantang sikap menolak keras kompromi. Terarah terbawa tatkala bermain leka longgokan himpunan berjenis mainan, dia sahaja yang tunjuk juara berkuasa untuk monopoli bersahaja selamba tanpa berkira-kira.Anak yang lemah jiwa biasa dimanja hiba menyendiri menyeka airmata p ermainan telah tiada.

Anak yang diam tanpa karenah umpama hilang jiwa tiada membantah membiar saya melatah, di suruh datang dia hampiri saya, di suruh pergi dia setia menjauhi saya membuat saya hiba seketika.

Lengar melengas dahi dan kepala saya sebentar ... hal laku yang seperti ini yang saya cuba hindari elak hadapi ... bukan calang iman sebagai penawar, mahu di ungkap bijak nampak bestari.
Mahu di sanggah ia ada cela nyata sempurna ... Saya perlu semangat untuk menghapus kepalsuan terjemah dari perilaku anak seperti ini.

Nyata sikap anak-anak ini natijah dari pengaruh faktor-faktor yang tercetus dari kebiasaan-kebiasaan yang mempersulitkan walau sering mempermudahkan untuk saya berkomunikasi dengan mereka.

Faktor-faktor apakah itu? 

*Anakku usah kau talak mataku dengan airmata setelah bukan sedikt ianya tumpah menjadi tasik yang meladungkan duka setelah kemahuanmu diturutkan apakah lagi yang masih tidak sempurna. Ku ingin bahagia sebelum menutup mata.*