Selasa, 26 Mac 2013

Kendiri Bentala Berakar Aqidah

2013


Bentala itu bumi atau pun tanah. Kita berdiri atas rumpun budaya atas kendiri bentala yang bertunjang dari akar aqidah. 

Bila kita kenal diri tanpa mengiahkan fitrah azali di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung rahmat dan barakah kekasih Allah adalah janji untuk sekelian alam.

Janji Allah benar. Kita akan tertunduk lara jika cuba menyanggah apa yang tertulis di loh mahfuz.

Kita kerap berkongsi dalam masalah untuk menilai. Menilai ini ada penyakitnya...penyakit untuk menentukan nilai baik dan nilai buruk.

Masalah kepada mahu menilai adalah krisis tidak tahu membaca mana yang benar dan yang mana yang salah juga yang mana hak dan yang mana batil.

Untuk mengelak berselisih faham bersalahan fikir berbantah kata apakah kita perlu selalu bersetuju tanpa berfikir tentang akibat kesannya.

Sebenarnya kita sedar kita tidak dapat melakukan banyak perkara dalam satu masa...misalnya untuk berjaya melakukan sesuatu yang baru...dah melangkah tetapi ragu-ragu kerana buntu celaru mungkin juga haru biru... dengan lain kata kita menemui persimpangan bila telah melangkah.

Kita perlu sedar sebenarnya apabila kita telah mula berinteraksi dengan punca kepada segala keraguan kita telah berjaya menjalin satu hubungan.
Kayu pengukur hubungan ini adalah MUTUnya.
Mutu kepada satu hubungan adalah kesedaran untuk bertanggung jawab.

Melaksanakan tanggung jawab dalam memenuhi kehendak adalah dua tindakan yang berbeza.
Tetapi boleh di satukan dalam pelaksanaan.

Persoalan yang perlu di tafsir mahu melaksanakan guna kaedah yang bagaimana.

Inilah makna Kendiri Bentala Tunjangnya Akar Aqidah.



Bukan Semua Yang Lupa Itu Tak Ingat



 2013 

Ada pertanyaan untuk seorang Dato Seri yang telah lama bermain di minda.

(bekas TPM yang kini masih dipenjarakan).

Ingin saya mengujarkan untuk mendapatkan persetujuan.
Bahawa perkara utama yang perlu mendapat tumpuan masa kini adalah bagaimanakah mahu mengambil dan mencipta kesempatan menyatukan bangsa melayu dan rakan-rakan bangsa yang lain di negara kita dengan satu tujuan agar mendapat hidayah dan berupaya menterjemahkannya demi kemaslahatan ummah.

Sistem yang kita miliki sekian lamanya memerlukan perbaikan untuk merubah.
Namun sebelum itu bersetujulah bahawa terlebih dahulu hati-hati perlu disatukan kerana melaluinya baru dapat disingkap pancaran kejernihan kalbu agar dapat  'memantulkan' kejernihan pada setiap apa yang dilakukan.

Dari hati akan tersemai kasih dan sayang sesama insan di dalam masyarakat kita.

Rabu  28/6/06


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidur berehat sambil berselawat,
Terasa pana lesu bila kesiangan,
Seorang doktor adalah perawat,
Merangka kemajuan melalui perjuangan.

Kuntuman bunga raya mekar sejambak di taman,
Hiasan anjung yang sering sepi,
Usahalah sentiasa usah lari dari kegagalan,
Antara kata-katanya yang tersemat di hati.

Tidak bertolak-ansur tanda minda di tutup,
Elak berprasangka bila berdepan politik ekonomi,
Tidak berwawasan kerana imaginasi dikatup,
Usahlah sentiasa ' melarakan ' doktor kami.