Selasa, 26 Mac 2013

Kendiri Bentala Berakar Aqidah

2013


Bentala itu bumi atau pun tanah. Kita berdiri atas rumpun budaya atas kendiri bentala yang bertunjang dari akar aqidah. 

Bila kita kenal diri tanpa mengiahkan fitrah azali di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung rahmat dan barakah kekasih Allah adalah janji untuk sekelian alam.

Janji Allah benar. Kita akan tertunduk lara jika cuba menyanggah apa yang tertulis di loh mahfuz.

Kita kerap berkongsi dalam masalah untuk menilai. Menilai ini ada penyakitnya...penyakit untuk menentukan nilai baik dan nilai buruk.

Masalah kepada mahu menilai adalah krisis tidak tahu membaca mana yang benar dan yang mana yang salah juga yang mana hak dan yang mana batil.

Untuk mengelak berselisih faham bersalahan fikir berbantah kata apakah kita perlu selalu bersetuju tanpa berfikir tentang akibat kesannya.

Sebenarnya kita sedar kita tidak dapat melakukan banyak perkara dalam satu masa...misalnya untuk berjaya melakukan sesuatu yang baru...dah melangkah tetapi ragu-ragu kerana buntu celaru mungkin juga haru biru... dengan lain kata kita menemui persimpangan bila telah melangkah.

Kita perlu sedar sebenarnya apabila kita telah mula berinteraksi dengan punca kepada segala keraguan kita telah berjaya menjalin satu hubungan.
Kayu pengukur hubungan ini adalah MUTUnya.
Mutu kepada satu hubungan adalah kesedaran untuk bertanggung jawab.

Melaksanakan tanggung jawab dalam memenuhi kehendak adalah dua tindakan yang berbeza.
Tetapi boleh di satukan dalam pelaksanaan.

Persoalan yang perlu di tafsir mahu melaksanakan guna kaedah yang bagaimana.

Inilah makna Kendiri Bentala Tunjangnya Akar Aqidah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan