Jumaat, 28 Mac 2014

Karenah Anak

 

 Sunday, August 20, 2006

Satu saat teringat kembali ketika duduk berhimpun bersama anak-anak kecil.

Berbagai ragam, karenah, kelitah, laku, aksi dan gaya berbaur antara kata tingkah, lucuan, tangisan, manjaan, hibaan, kerasan, nakalan tanpa cemar fitnah.

Ternyata ketika itu bukan semua anak-anak ini boleh dan mampu menguasai kemahiran berinteraksi baik dengan saya biarpun senyum melebar berganti bicara.

Hubang jalin ayat yang terhad di pengaruhi oleh mood yang disekat-sekat tersekat oleh kuatnya kuasa mendominasi biarpun berperingkat-peringkat lantaran pengetahuan ibu bapa yang telah sedia mencerna pelbagai aspek tumbuh dan kembangnya emosi sosial mental fizikal anak-anak mereka. 

Mana tidaknya, ... segala kesulitan untuk meningkatkan muafakat menerbit sulit dan gejala sengketa sehingga menjauh satu makrifat ... seakan-akan wujud gejala yang amat sulit untuk usaha dalam mencari berkat.

Saya terpaku hampir terlena kerana ternyata tidak cukup bersedia lantaran kecerdasan yang kurang terhadap jiwa-jiwa muda di depan mata ...

Berbagai-bagai kriteria memulas pintal setiap agenda yang telah saya lakar di peta minda ... serba beralih jadual meneka rasa kabur jasmani dan rohani ...

Anak-anak di depan mata saya ini ada yang lembut bersusila adat penuh beradab menyantun sukma jiwanya, damai beralun mekar sukar diterjah, acunya seperti mahu bertingkah tapi yang putus adalah salam dengan hikmah.

Mainan yang sedikit sanggup berkongsi silih berganti bergilir leka bermain.

Ada pula yang tidak lansung mahu bertolak ansur persis hulubalang terbilang berjiwa militan lantang sikap menolak keras kompromi. Terarah terbawa tatkala bermain leka longgokan himpunan berjenis mainan, dia sahaja yang tunjuk juara berkuasa untuk monopoli bersahaja selamba tanpa berkira-kira.Anak yang lemah jiwa biasa dimanja hiba menyendiri menyeka airmata p ermainan telah tiada.

Anak yang diam tanpa karenah umpama hilang jiwa tiada membantah membiar saya melatah, di suruh datang dia hampiri saya, di suruh pergi dia setia menjauhi saya membuat saya hiba seketika.

Lengar melengas dahi dan kepala saya sebentar ... hal laku yang seperti ini yang saya cuba hindari elak hadapi ... bukan calang iman sebagai penawar, mahu di ungkap bijak nampak bestari.
Mahu di sanggah ia ada cela nyata sempurna ... Saya perlu semangat untuk menghapus kepalsuan terjemah dari perilaku anak seperti ini.

Nyata sikap anak-anak ini natijah dari pengaruh faktor-faktor yang tercetus dari kebiasaan-kebiasaan yang mempersulitkan walau sering mempermudahkan untuk saya berkomunikasi dengan mereka.

Faktor-faktor apakah itu? 

*Anakku usah kau talak mataku dengan airmata setelah bukan sedikt ianya tumpah menjadi tasik yang meladungkan duka setelah kemahuanmu diturutkan apakah lagi yang masih tidak sempurna. Ku ingin bahagia sebelum menutup mata.*

Hati Yang Berbicara Aksi Yang Berperi


Pengucapan klasik mantera serapah semakin lunyai dimamah lusuh.

Mengadu domba persis sumbing di bibir bisu namun menujah bisa oleh sembilu hujah dari gagasan akta.

Apakah dewa-sewa menyukat benar lantas ingin mempersenda akhlak luhur dan nilai jujur? 

Cengkaman di urai namun lepasnya tidak!

Lalu bersendakah pada urutan masa sambil membatas sempadan ingin menjarakkan ketika?

Bercandakah pada tempat dengan adat atau menawar dagang sebagai alat?

Perkongsian imaginasi melarang ilusi semata tanpa jejak berpaksi untuk terdirinya sikap asasi.

Mutu tidak bermutu hanya jauhari mengenal manikam yang menyantun sikap sebagai penentu.

Khianat melewat-lewat tender bernota buat bekal berjangkamasa.

Permit mohon bertimbang adil usah kerana pengaruh pelopori medan bertelagah antara usahawan, kerana yang rugi pengguna asalnya pemilik yang terus-terusan tidak keruan dek
menanti janji perkhidmatan menagih kejujuran berputih mata kelelahan ...
kerana semakin nyata adalah pengabaian ... 

jika bukan penganiayaan 
tepatkah ia dikatakan kezaliman ?

Manusia benar-benar belum sedia menjadi pelupa ...

Blog ini bermula semula kerana bentalanya sentiasa berneraca walau telah meluruh bunga dan dedaun pada kitar lapan tahun.