Sabtu, 31 Oktober 2015

Keroncong Terkenang-Kenang

Serindit menebarkan sayap jauh termanggu-manggu, ke manakah arah mahu dituju, 
ke manakah mahu dilabuhkan sayap ini. 

Ruang udara seakan tidak cukup terbuka keluasannya untuk diredahi seakan perlu ada pengenalan diri untuk memastikan serindit ini benar-benar burung yang kerdil, 
boleh dipaksa hijrah andai sayapnya tidak mampu diangkat lagi?

Apakah telah dilupakan?

 Serindit ini lahirnya di sini di tengah dentuman bersama letusan lahar marah nan berapi. 
Ini angkasa ruang tempat ia menghirup dan melepaskan udara biarpun ada ketikanya udara yang dihidu berbau nitrogen ia tetap hirup bagaikan menghirup secangkir madu sedangkan sebenarnya ia menghirup secawan racun.


Serindit tidak bisa mati oleh apapun kerana biarpun kerdil, serindit miliki jiwa yang suci tak mampu ditebuk hatta oleh sebilah jarum....

Serindit masih berkicau. Kicauannya masih sama sama serupa.


Serindit terfikir mahu berdiam diri sahaja kerana menyedari hakikat bahawa jika mahu berkata-kata biarlah bicaranya yang benar dan baik sahaja.

Bunyian dari lidah bahasanya mudah tidak sesukar bahasa perbuatan. 

Namun bahasa perbuatan lebih menjadikan manusia mudah terpengaruh.


Serindit hijau bersama kerabatnya berfikir-fikir dan terkenang-kenang, benarkah jika terlalu kerap memikir natijjah, lama berkekalan akan memudarkan niat yang benar......


Serindit terbawa-bawa dalam perasaannya, hingga bilakah burung sebangsanya harus memamah masa untuk dijadikan alasan, baru teman sepeguruannya bangau, flamingo, kasawari, cenderawasih malah itik nila menyedari kelayuan dan kelesuan kuakkan sayap serindit dan saudara-saudaranya?


Menyendiri serindit meminggir diri. 

Benarkah kepatuhan itu adalah dengan menurut dan menunduk sahaja?


" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya.
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya ( iaitu ) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya. Seorang duduk di kanannya dan yang lainnya duduk di sebelah kirinya.
Tiada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. " 

Ketuk-Ketuk Nurani Hati

Aus dan Khazraj,
Bersahabat seperti sedarah sedaging,
Berkasih sayang seperti bercantum hati,
Satu saat pada satu ketika diungkit sejarah lama.


" Masihkah kau ingat ... Perang Ba-ats...? "


Lantas tiba-tiba keras bertegang urat,
Membantah dalam menyelongkar,
Mengganas kata tingkah merubah,
Sesaat yang mesra jadi sengketa.


" Sudahkah kau lupa...? "


Siapa yang ada hasad, awas! akan menjadi benci,
Siapa yang berkuasa, awas! akan merana bila tidak adil saksama,
Siapa yang zalim menindas memeras mengganas, awas! ekonomi sosial budaya akan terhakis.


Usah cemas oleh kata-kata bersandar semata pada otak,
Bila yakin pada jalan yang satu,
Barakah meliputi setiap gerak yang sentiasa menolak,
Apa sahaja yang menghalang biar sekeras kerikil batu.


Jika tidak bercerai berai,
Pasti kekuatan upaya dipupuk,
Mari bersama membina peribadi insan,
Yang menjadi teladan,
Berpulang ke pangkal jalan,
Sebelum merangkak usia ke hujung landasan. 

Terbang Rendah Bukannya Mengalah

Seekor serindit kerdil berbulu hijau terbang rendah melewati kabus nipis memijar mata, sayunya terbit dari kejauhan setelah terlihat lambakan runtuhan-runtuhan bata yang membentuk berbagai petak, perisai-perisai besi tebal yang seakan-akan lesu dipaksa sekian lama meredah menerjah membedil apa sahaja... menurut dengan setia walau ada aqal di kepala.


Serindit terkejut kiranya panas terik tiada upaya membawa manusia berteduh berlindung buat menyeka nafas seketika...sebelum diiring ke pendidihan jutaan megawatt.


Jauh di sudut hati serindit sentiasa terasa kekerdilan diri bilamana tersua rakan sebangsa...itik nila, bangau flamingo, kasuari juga cenderawasih.

Namun serindit ini merasa ia telah diberi hak kerana dipelihara untuk berada di sini.

Jalannya jalan yang sahih yang didukong oleh hakikat sebuah kemenangan...anih, apakah kerana bulunya hijau, serindit di dakwa punya kuasa seekor helang yang sentiasa memburu menerkam dengan gelojoh mangsanya sebelum menjadi santapan.

Serindit cuma menjejaki saudara kerabatnya yang terus tanpa bicara terpenjara.


Tiadakah hak serindit di angkasa yang luas tempat ia mengirai sayap?


Hajat hati ingin pulang, begitu keluhan serindit dalam kicauannya. 

Namun emosinya mengawal sepenuh kemahuan hati itu... sayapmu masih lemah, kuakannya sentiasa terganggu oleh tiupan angin yang menderu, kekerdilanmu serindit akan memaksa dirimu menyinggah di celah rimbun pepohonan kering....

Ada ketikanya kau terjah melawan menyonsang tiupan angin itu, berkali-kali...

Meskipun tertunda terbangmu, kau tetap memastikan kedudukanmu sentiasa berubah dari asalmu berdiri.

Serindit burung kerdil, paruhmu tidak mampu mengeryih di saat kau tersasar arah.

Serindit burung kerdil, paruhmu juga tidak mampu kau kernyingkan di saat berkali-kali kau bersua permainan yang di perolok-olokkan.

Serindit si burung kerdil, dahimu juga tidak mampu berkernyit...

Cuma jantungmu yang berdenyut.

Kernyutnya menikam hati nuranimu.

Sesak dan bersama rebas hujan yang menitik matamu sahaja yang berkaca.

Serindit berbicara sendiri kekerdilanku bukan halangan mengujar alasan.

Cuma bisik serindit aku belum mahu menempuh kenangan lama biarpun ia telah berzaman hilang dari hatiku.

Dan kerana di sini serindit bebas berkicau megah buat cenderawasih yang bermahkota melagukan keroncong refleksi bersegi reformis......... 


Biar Bijak Dalam Bertindak


Teringat dahulu semasa bersekolah, setiap awal tahun akan diadakan pemilihan baru Ahli Jawatan Kuasa ( AJK ) bagi setiap persatuan. 

Waktu itu kerana ramai teman-teman memilih untuk menyertai Persatuan Ekonomi saya juga terpaksa berbuat demikian dengan alasan tidak mahu berjalan bersendirian waktu balik dari sekolah. 

Maknanya saya ketika itu terpaksa memilih menjadi lalang mengikut-ikut sahaja tanpa tujuan atau mungkin juga atas dasar menjaga hati teman-teman.

Biarpun sebelum itu saya sudah terbiasa berpersatuan namun kali ini saya suka memilih untuk menjadi pemerhati sahaja kerana ini sekolah baru dengan persekitaran yang baru dan saya perlukan masa senggang untuk menilai dan memilih-millih.

Apa yang pasti acara pemilihan itu adalah agenda lama yang biasa-biasa sahaja.

Kurang dari setengah jam acara pemilihan pun selesai.

Barisan Ahli Jawatan Kuasa secara tradisionalnya diisi oleh pelajar-pelajar 'senior' dari Tingkatan Enam Atas dan kami yang ketika itu merupakan pelajar Tingkatan Enam Bawah hanya diberikan jawatan setiausaha atau bendahari sahaja.

Tanpa bentangan apa-apa laporan yang di auditkan mesyuarat pemilihan di luluskan sebulat suara.

Begitulah cara berpersatuan pelajar-pelajar tingkatan enam di zaman saya, tiada dorongan atau panduan yang membina semangat bagaimana persatuan mahu ditadbir, ke mana nak disasarkan tumpuan dan perancangan dan apa yang perlu ada bagi memandu arah mencapai matlamat.


Sudah terbiasa diam dikatakan setuju...bangkang nanti menjadi seteru...ikut je paling membantu...
Lagipun ia memudahkan tugas cikgu.


Tidak mengenal hak untuk bersuara apalagi tahu makna pungutan suara, dengan lain kata masa itu kebanyakan kami tidak tahu adanya kebebasan memberi pendapat dan memilih pendapat apabila berhadapan harus memilih satu antara dua. 

Waktu itu majoriti belum lagi menjadi basahan lidah untuk membuktikan mandat sokongan.


Masa ini baru minda berfikir-fikir apakah yang diutamakan di antara kebenaran pendapatkah atau jumlah sokongan yang diambil kira sebagai faktor kejayaan.


Seronok juga mengenang-ngenang peristiwa lama...
Tertanya juga di manakah gerangan kawan-kawan lama...

Santun Menghias Peribadi

Memiliki harta bertimbun tinggi tidak sama manisnya memiliki saudara yang selalu memberi tanpa diminta lantaran murni pekertinya.

(Siapakah kelian?)

Memiliki seberkas impian tidak akan menjadi mekar jika tiada jangkauan yang sederap maju selangkah ke hadapan.

(Siapakah kelian?)


Indah bulan di waktu malam,
Kian suram menjelang malam,
Sendirian mencari makna yang dipendam,
Atas hitungan hati-hati yang berang.


Manusia bukan haiwan bukan juga malaikat,
Manhaj Rasul salallah hu alaihiwassallam jelas dalam berinteraksi,
Mengapakah hati-hati yang jauh masih tidak rasa ingin berdekat?
Sedang sudah nyata begitu jelas palsunya aksi-aksi.

Beberapa generasi telah melihat berbagai kedukaan,
Tangisan yang mengubah masyarakat dan keluarga,
Apakah rela terus menebar jaring kelukaan?
Untuk merubah atau meruntuh nilai yang berharga?

Mahukah sengsara lampau terus kekal?
Lantaran banjaran pertingkahan sengketa,
Lupakah akan sentiasa ada pembela cekal?
Asal sahaja sabar jujur berakhlak tidak sekadar kata-kata.

Sudah-sudahlah menindas tanpa silu,
Menekan tanpa rasa bersalah,
Mengaut segala yang mampu hingga menerbit pilu,
Paling tidak meninggalkan bantah berbalah-balah.

Usah seperti ayam beranak itik,
Masa kecil dipelihara bagai mata air,
Bila dewasa bertukar hala mengikut tilik,
Ibu di darat mencari anak di air.

Mari saling santun menyantuni sesama manusia. 

Allah Melihat Kita

بسم الله

Saya tidak mahu blog ini dikaitkan dengan mana-mana komuniti  masyarakat pekerja   yang mendiami di compound kami di Abu Hamur yang berlokasi di belakang Dar As-Salam Mall oleh kepantasan kemudahan akses pelbagai kemudahan dari jalur  fiber optik.


Kepantasann jalur lebar ini telah dikesan mewujudkan pertindihan tempat yang sering mengelirukan kami apabila satelite gagal melokasikan dengan tepat lokasi-lokasi yang sangat diperlukan untuk pengesahan peta di talian internet dan jaluran gelombang.
 
Kediaman sah kami ialah Unit 6 - Beverley Hills Garden 11, Abu Hamur di 

Al-Mamoura kira-kira 20 kilometer dari ibu negara Qatar, Doha.


Ini perlu dijelaskan kerana kedapatan beberapa 'compound' yang beralamatkan Beverley Hills Garden bermula dari Beverley Hills Garden 1, Garden 2, Garden 3, Garden 4, sehinggalah Beverley Hills Garden 12 dan 13 jika saya tidak silap (kerana pernah melihatnya ketika memandu jalan-jalan di sekitar Al Maamoura dan Al-Waab.



Apabila kekal ketepatan lokasi diabaikan oleh pengesanan dari GPS alat-alat komunikasi serta fiber optik ia upaya menjadi titik kepada penularan fitnah.



"Diwajibkan atas kamu berperang (pada jalan Allah) sekali pun kamu membenci peperangan itu."



Ya, amat meletihkan apabila perlu berperang bersendirian bagi menangkis ketidak tepatan bacaan lokasi menerusi bacaan teleportasi menerusi talian digital yang kini diparahkan oleh penggunaan telefon bimbit yang menghalunisasikan kewujudan sesetengah pihak yang bertindak sebagai pengawal.



Ianya sangat bahaya apabila keluasan persegi yang dijadikan sasar semakin meluas bagi pengintipan menerusi gelombang yang mewujudkan kesan psikologi ke atas kehidupan ummat manusia yang perlu bersiap sedia berdepan dengan realiti ketidak terlihatan para syaitan yang menjadi batalion dajjal malah usaha-usaha untuk melahirkan 'penyelamat atau messiah' yang tidak beriman.


Adalah satu kesalahan jika dibenarkan pihak di luar lingkaran fikrah muslim membenarkan istilah perang diberikan penakrifan yang sama seperti pendudukan Amerika di Vietnam atau Afghanistan dan Iraq misalnya dan
 seperti pendudukan tentera British di Falkland atau tentera Rusia di Afghanistan.



Pengawalan jarak jauh yang sering tersasar ini sangat tidak adil apabila pihak keselamatan bagi negara tertentu menggunakannya ke atas individu awam yang tidak melakukan kesalahan seperti yang berlaku di Palestein dan Syria yang tidak pernah dianjurkan untuk mereka diberikan ganti rugi serta pampasan di atas kehilangan harta benda dan nyawa apabila mereka bukan anggota tentera yang bersenjata.




Peperangan ke atas kejahiliahan untuk iman menjadi hala tuju insan berpradigma adalah jihad di zaman moden dekad 21 ini yang sepenuhnya dikuatkan oleh akidah yang menghayati zat Penciptanya tanpa tertakluk kepada sandaran akal semata-mata.




Peperangan ke atas fikiran yang tidak mampu menubuwwahkan wahyu-wahyu Allah ke atas  akal, minda, mental dan intelektual meski pun rohani dan emosi serta jasmaninya waras dan sihat merupakan cabaran yang perlu ditangani oleh generasi muda yang tidak  sepenuhnya memahami makna menjadi muslim setelah menerima islam.

Jumaat, 30 Oktober 2015

Bila Semua Yang Lupa Itu Tidak Ingat

2013 

Ada pertanyaan untuk seorang Dato Seri yang telah lama bermain di minda.

(bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini masih dipenjarakan).


Ingin saya mengujarkan untuk mendapatkan persetujuan.

Bahawa perkara utama yang perlu mendapat tumpuan masa kini adalah bagaimanakah mahu mengambil dan mencipta kesempatan menyatukan bangsa melayu dan rakan-rakan bangsa yang lain di negara kita dengan satu tujuan agar mendapat hidayah dan berupaya menterjemahkannya demi kemaslahatan ummah?


Sistem yang kita miliki sekian lamanya memerlukan perbaikan untuk merubah.


Namun sebelum itu bersetujulah bahawa terlebih dahulu hati-hati perlu disatukan kerana melaluinya baru dapat disingkap pancaran kejernihan kalbu agar dapat  'memantulkan' kejernihan pada setiap apa yang dilakukan.

Dari hati akan tersemai kasih dan sayang sesama insan di dalam masyarakat kita.

Catatan Hari Rabu 28/6/06


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidur berehat sambil berselawat,
Terasa pana lesu bila kesiangan,
Seorang doktor adalah perawat,
Merangka kemajuan melalui perjuangan.

Kuntuman bunga raya mekar sejambak di taman,
Hiasan anjung yang sering sepi,
Usahalah sentiasa usah lari dari kegagalan,
Antara kata-katanya yang tersemat di hati.

Tidak bertolak-ansur tanda minda di tutup,
Elak berprasangka bila berdepan politik ekonomi,
Tidak berwawasan kerana imaginasi dikatup,
Usahlah sentiasa ' melarakan ' doktor kami.

  
 

Skrip Yang Mana Menjadi Pilihan?

2013


Skrip sering di salah ertikan sebagai hanya menjadi milik manusia sebagai penulisnya.

 Sebenarnya skrip asal di tangan Allah.

Mengapa? 


Kerana kerap tersasarnya matlamat penulisan skrip oleh manusia mengakibatkan pelbagai natijjah.

Natijjah yang menembusi ruang-ruang kemanusiaan hingga hilang arah tujuan yang mahukan keamanan dan kesejahteraan seluruh isi dunia.


Sukar mahu mempercayainya?



Lihat kepada bukti mengapakah ada yang mundur tetapi sebenarnya kaya dengan hasil bumi.

Mengapakah ada yang kerap rela dibuai-buai dengan belaian lunak sedangkan kekuatan ada dalam dirinya... 

Keagungan yang di yakini membawa kejayaan di dunia dan akhirat.


Mengapakah hanya ada segolongan sahaja yang mampu menjadi jutawan mampu menjana fokus mengembeling tenaga suara untuk meningkatkan, mengaktifkan dan mengkreatifkan makna kebajikan?


Skrip ekonomi milik insan yang bagaimana pula?
Pada yang sedia ada kekuatan dari sumber yang 'di alihnegarakan'  atau perlu dimiliki oleh yang lemah tertindas dinafikan hak 'kemanusiaannya'?


Perlu difahami bahawa apabila kekayaan telah tercipta, peluang untuk meraih dan mengurus keuntungan mesti disalurkan kepada kebajikan dan kebaikan oleh mereka yang memiliki sumber kekayaan itu yang turut 'di millik usahakan' oleh sesetengah golongan.


Proaktif dari yang 'bijak pintar' sewajarnya tidak pada kata-kata tetapi perlulah  'dihitam putihkan' dalam helaian kertas sebagai sumber rujukan untuk mensahihkan apakah ada kecacatannya di masa kemudian.


Seimbang dan sederhana adalah sistem dari Islam. 


Ia merupakan sudut-sudut yang sempurna tidak di putus-putuskan... antara realiti dan fantasi, rohani dan jasmani, individu dan masyarakat, dunia dan akhirat.

Timbang taranya adalah keadillan.


Hak tidak di abaikan. Hanya hawa nafsu yang telah menganiayai diri sendiri.

" Aku tidak memberatkan kamu melainkan sekadar mana yang kamu mampu. "

Kekuasaan yang diiringi sama oleh kekayaan antara contoh punca kepada rosaknya kemanusiaan kerana ia adalah akar umbi kejahatan apabila pendukongnya meninggalkan nilai beriman dan hanya melakukan tanggungjawabnya kerana amanah dari Allah.



Cerita-Cerita Dahulu

2013 

Waktu itu cuaca mendung dan alam muram dengan rintikan hujan. 

Saat itu ketika berada di Dewan Megawati Shah Alam sekitar jam tujuh pagi, satu pesanan ringkas dari kakak memberitahu pemergian isteri seorang pemimpin. 

Agak terkejut kerana sebelum ini berita memberitahu allahyarhamah berada di rumah dalam keadaan yang boleh berbual-bual dengan rakan-rakannya.

Saya menjadi lemah dan terasa tidak bermaya kerana saya pada waktu sebelum itu secara peribadi berprasangka terhadap allahyarhamah... memikir-mikir dan merasa-rasa bahawa mungkinkah allahyarhamah itu seorang yang sombong dengan raut wajahnya yang jarang tersenyum. 



Saya amat menyesali perasaan itu. 


Saya menangis dalam diam waktu itu rasa sakit menikam hati. 

Baru saya menyedari allahyarhamah benar-benar menderita akibat sakit yang dihadapinya.

Sedangkan saya sangat terpesona dengan minatnya terhadap seni halus tradisional batik dan songket yang menampakkan kasihnya pada bangsa melayu kerana batik dan songket adalah hasil kerja orang melayu dari pantai timur. 


Saya menilai bagaimana dengan usaha dan minatnya itu akan ramai wanita pantai timur bergelar usahawan kerana batik dan songket mahu di pasarkan ke luar negara.


Beliau juga mementingkan kasih sayang di dalam keluarganya.

Airmata saya ketika itu yang tidak dapat dititiskan kerana sedang berada di dalam majlis rasmi di kediaman Menteri Besar (menemani emak dan balu-balu polis yang diraikan menjelangnya eid fitri jika tidak silap) meremukkan hati bila mula mengenang-ngenang bagaimana allahyarharmah bersendirian berjauhan dari insan-insan yang dikasihinya menguak derita sakit seorang diri...
Malamnya sesudah menghadiahkannya Fatihah dan Yaasin saya bermimpi beliau di kelilingi ramai wanita yang berpakaian putih di bawah khemah putih dengan senyum melambai pada saya dan kami bersalaman...
Beliau kelihatan amat gembira ketika itu.


Wallah hu 'alam.

 Namun selagi Allah menjadi Pengatur menjadi Berkuasa tidak ada apa yang mustahil biarpun di luar jangkauan akal manusia.


Kerana dengan itu seorang ayahanda yang budiman perlu dikasihi kerana dia memerlukan sokongan untuk terus tabah menjadi insan yang dipertanggung jawabkan dengan berbagai kewajipan dan amanah dari kepercayaan yang tinggi negarawan- negarawan harta kebanggaan Malaysia.


Ayahanda kita tidak mengeluh pedih dia diam menyendiri. Kerana itu jika kita berasa kita adalah anak-anaknya maka marilah kita bersama membantu ayahanda di mana perlu menurut kemampuan yang ada.


Anak-anak yang baik tidak akan menambah luka di hati ayahanda mereka.




Catatan Pada Isnin 26/6/06


Bila Yang Mudah Disukarkan


2013


Bidalan menggalas kata,
Kata mengungkap makna,
Tersimpul jalinan pada bicara mata,
Menggelandang anika rasa berbagai warna.

Mendekati gapura senak kegegeran,
Meninggalkan denai seekor denak,
Langkah di mara penuh debaran,
Melihat permai indah bicara tanpa jelak.

Kata bicaramu menyinar sinar,
Tanpa perlu tuan puan menggenggam kalamisani,
Kemendur umpama kembangan nilainya jutaan dinar,
Menukil ' fragmen ' gelombang ' frekuensi '.

Tidak ada bermusyawarah melainkan pasti Allah menunjuki langkah kebenarannya.

Setiap zaman ada tokohnya.
Sejarah di lihat dari sudut yang nyata .
Baik buruk natijjahnya adalah untuk kita.
Sebagai catitan butir pada satu kepastian.
Andai baik ia sebagai panduan.
Andai sebaliknya catat sahaja sebagai warisan khazanah.
Samada untuk di hargai atau sekadar nilai bukti.

Buat saudaraku.


Lahirkan cinta buat dunia.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------.

Berteman di udara tak kenal rupa,
Yang kenal menjadi tak biasa,
Yang tak kenal pula menjadi biasa,
Mengukur baju di badan sendiri,
Agar tak rasa sesal di hati,
Insan punya harga diri.


Mahu berkenal perlu beracara,
Ukuran adat bimbang tak setara,
Indah budaya santun kaya semarak bewarna,
Selamat berkasih sayang dan membina keluarga.


 Catatan pada hari Jumaat 23/6/2006 

                                                 POSTED BY THANAIF  

Imbasan Semalam

2013

Sikap marah adalah sikap jiwa,

Memberontak kerana tak ada siapa peduli,
Tetap ada baik marah ini sebab ia memelihara,
Agar apa yang dilarang Allah tetap di benci.

Namun mesti dijaga juga tidak boleh bersebati di dalam jiwa,
Jika tak mahu hasad dendam yang keji tercela,
Bersebati memecah meruntuh segar iman jiwa,
Lalu tercabut akar umbi persaudaraan yang perlu dibela.

"Siapakah kita bilamana setiap yang dilakukan dituturkan di fikirkan malah apa yang tersembunyi dalam hati tidak sekali terlepas pandang dari Khaliq yang Pemurah lagi Maha Mengasihi bahkan Atiq dan Rakib turut menjadi saksi."

Kemanakah kita mahu berlari?

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Suami hamba bukan orang bergelar. 

Setia pada usaha tekun pada kerja. 

Hanya bergelar 'penghulu' walau seketika.



Pada waktu itu hamba masih di kota.
Kemudian suami hamba membawa kami jauh bertukar negara. 


Namun tanpa dia sedar hamba teringat-ingat kampung yang ditinggalkan tak boleh lupa.


Lantaran banyak tempat telah dijelajahi kampung satu ini terlihat indah cantik dan menarik untuk dipinggir,
Lalu kerap hamba singgahi meski dalam penjelajahan ke destinasi kerap hamba temui cuaca yang panas redup terang damai dan sesekali bingar.



Kampung ini tetap bertempat di hati.  



Bangga rasa hamba ketika itu bila jemaah kampung ini menyumbang banyak tenaga menyumbang suara menggabung berbagai idea menyatu langkah walau di selangseli pertikaman lidah di saat khazanah warisan berupa tulisan jawi tak mampu ' penguasa ' mempertahankannya.



Namun dek kerana telah terbina sedari awal di sudut anjung serambi bertemankan seteko kopi sepiring sukun seorang Tuk Penggawa setia dengan ashik menutur bicara tentang memperkasakan hati menjatikan diri untuk menghargai diri 'Tuk-Tuk Ketua'.


Masa tu di anjung serambi inilah menjadi tempat saluran bicara akal dan budi bila jemaahnya menjadikan ilmu sebagai suluhan hati nurani. Bukan alang-alang pembicara di anjung serambi itu...bila ilmu menjadi ladang kebanggaan mereka.
Sebaik-baik ilmu adalah yang membawa kepada kesolehan hati dan menampakkan keburukan hati itu kepada kita.



Hati tempat duduk segala rasa suka bermula dari mata rasanya di hati kasihnya di jiwa.



'Sanggah' bermula dari bibir dengarnya di telinga rasanya di hati hasilnya pada tindak dan pekerti juga aksi.


Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam  ada berpesan :
" Ingatlah di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Jika daging itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh itu...akan tetapi bila rosak daging itu nescaya akan rosaklah pula seluruh tubah itu...
Segumpal daging itu bernama qalbu. 


Catatan pada  Rabu 21/6/06  


                                                      Post by thanaif

Berfikir-Fikir Benarkah Membawa Kepada Kebaikan?

2013

Hukum menghukum untuk mendidik,

Merungkai diri dari rantaian nafsu,

Memaklum maklum bukan berniat mendabik,

Berjurai-jurai jalur dikibar apakah palsu?


Teringat hikayat lama Malang Pak Kaduk,
Santun menjurah memaksi arah,
Makan dan pakai keperluan asasi,
Menyantun bukan makna menunduk,
Memikir tentang seimbangkah antara yang miskin atau semakin parah,
Tertindaskah yang kaya jika sentiasa bersuci.


Dinar dirham emas dan perak,
Kemegahan yang disukat oeh nilai,
Cantik sekadar memandang si Merak,
Merak sendirian lemah oleh gemalai ?

_______________________________________________________


Di dalam dunia ini sebenarnya banyak jiwa yang akan menjadi mulia jika diberi peluang.


Bersahabat seperti sedarah sedaging?


Berkasih sayang seperti bercantum hati?


Namun mengapa penghayatan tidak sama antara insan?


Jujurkah bila yang ikhlas dikata berpura-pura?


Terpenjara oleh berbeza persepsi menerbit berbagai rentak dan laku?



Lantas tercipta beranika alasan.
Yang ditunding selalu pada yang lemah.
Yang silap kerap diujar pada yang lelah.
Tak cukup kudrat tak pintar bertindak.



Apakah benarnya begitu?


Ilmu sahaja di dorong fikiran tidak sama malah tak serupa dengan kreatif mendidik agar sentiasa beramal.


Sabtu, 10 Oktober 2015

Labur Lebur Libur


Mengenang budi menjalin kesepakatan diri,
Kesepakatan diri lambang ketinggian jiwa yang murni,
Ketinggian jiwa olahan dari rasa di sanubari,
Nurani dijelma oleh dasar jujur kerana budi.


Lafaz juga makna pemancar yang menterjemahkan prestasi,
Kekendirian berbentalakan akar umbinya akidah,
"Sesungguhnya kamu berada di dalam Penglihatan Kami,
Bersabarlah kamu dalam menanti ketetapan Allah."


Antara pertama dan ke tiga amat suka pada tempat ke dua,
Mana nak digenggam antara harta dan dunia akhirat sahaja atau berada antara ke duanya,begitulah maknanya,
Luruskanlah jalan bagiku Ya Allah agar cerdas akal fikir jiwa dan raga,
Menimbang dengan adil menawar dengan kasih sayangMu yang penuh redha.


Di tangan sendiri milik segala kehendak,
Cita-cita impian hasrat jelmaan dari niat,
Tanggungjawab bukankah amanah untuk menyantuni apa yang telah terledak,
Usah terlupa bukankah Umar pernah di igau rasa bersalah yang panas menghangat.


Kanan dan kiri amalan akan dihitung,
Banyak atau kurang sendiri yang timbunkan,
"Bacalah olehmu kitab ( suratan amal) cukuplah engkau sendiri pada hari itu menjadi penghitung,
Terhadap dirimu (terhadap apa yang telah engkau lakukan)."


Gabungan dunia dan akhirat menjalin kebendaan juga kerohanian,
Mendasar pada akhlak jujur amanah dan menunaikan janji,
Amat indah bila setiap yang dilakar bermutukan nilaian,
Mana yang memenuhi syariat dipergunakan membina ekonomi.


Melabur bukan bermaksud melebur,
Melebur bukan pula niat mahu melibur,
Apakah benar hati telah terhibur?,
Setelah pasti jasad yang akan diiring ke kubur.


Allah Saksi Saya

Saya tidak tahu mengapakah kini ip address saya dikatakan dari Amerika berdasarkan Live Traffic Feed.

Now i don't understand how my ip address be known coming from America according to Live Traffic Feed.

Return My Rights on 'thanaif' And 'tejathanaif' Pen Name

No pictures can be placed on my blogs if it not did by me.

Any picture which is not me (Lelawati binti Mohd Ali)  is invalid.



Catatan sepanjang tahun 2013 di blog ini didapati hilang tatkala blog ini disahkan sebagai sah dan selamatuntuk dilayari.



I do not accept it.

I will sue anyone or any community who are control or take over my rights on this precious notes which i am wrote by my own. :) 

I never wrote this all notes with anyone.



I wrote it in my own language bahasa melayu.

Return back all my rights on all my blogs...

Made From Malaysia

BLOG INI MENJADI TIDAK SAH JIKA IA MEMPAPARKAN GAMBAR-GAMBAR INDIVIDU YANG TIDAK SAYA KENALI.


Hanya gambar yang saya sendiri memuat naikkan sahaja dianggap sah.



Saya perlu menjelaskan beberapa perkara penting mengenai blog Bentala Kendiri Tunjangnya Akar Akidah yang dibina pada Febuari 2006.

Saya telah mengubah blog menjadi Bentala Kendiri Tunjangnya Akar Akidah Mengubah Dunia pada bulan Ogos 2012.

Diminta agar Google Chrome atau Window tidak mengganggu dashboard profil blog-blog saya supaya ia tidak
 menimbulkan salah faham di antara saya dengan keluarga, saudara dan handai taulan.

Ianya  juga tidak mempunyai pertalian dengan blog-blog dari Jerman dan beberapa blog lain yang berbahasa asing.


Blog ini tidak dibina di Amerika atau di England. 




In English :
I need to clarify some important things about my blog
BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah produced in February 2006 which i had change into BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah Change the World in August 2012.


I should explain that this blog has no association with any of my nieces and nephews.



Obviously there are no clear intention to aimed to create a misunderstanding between me and my nieces and nephews or my own siblings and in laws.


This blog has no affiliation with blogs from Germany and a few other blogs that speak foreign languages.


This blog is not create in America or in England.


I create this blog during my staying in Qatar.