Rabu, 25 Jun 2014

Sufiah Ramadhan

Thursday, August 31, 2006



Semenjak malam tadi hingga saat ini baru saya menghayati makna dan fungsi menulis di blog.

Rumusannya baik benar atau sebaliknya, catitan-catitan di blog merupakan mukhtasar kenang-kenangan yang mampu mengeratkan hubungan tanpa mengira kita kenal atau tidak dengan pembacanya.

Ada kemungkinan kelak di antara yang menyapa dan yang sekadar membaca telah dan akan tidak bertemu mata, berpisah sementara juga mungkin buat selama-lamanya ... terpinggir dan meminggir oleh kitaran perjuangan muktabar kasih Ilahi juga guna bermukabalah agar menikmati mukaddas yang mukaddis.



Tanpa di duga tanpa di rencana atas kehendak Allah telah bersua beberapa hati yang bermatlamat satu melahir cinta buat dunia kerana Allah demi Allah untuk Allah.


Bertitik dari kenal dan faham persoalan bibit-bibit berderai cerainya rantai seutas, telah membina bersaat detik pendirian-pendirian yang berstatus budi mukhlis di hati.


Seharian sewaktu-waktu ada nilai yang terhenti ada nilai yang hilang ada nilai yang terbina ada nilai yang luput namun kerana miliki makna dan harga, nilai itu tetap terpelihara tetap menjadi mulia kerana ia bukan ciptaan manusia tetapi Allah yang Maha Berkuasa.


Benar atau tidak pendirian prinsip juga persepsi ....
Sah atau khilafnya persaksian yang melaga pancaindera hingga bertarung beradu agenda ...

Kita tetap mengharap kilau cahaya sebagai sinar ... 


Sufiah Ramadhan mentarikan zahir dan batin siapa?

Ramadhan memiliki roh sufi?

Ada kalanya hati itu berhenti pada sinar cahaya.

Tatkala terhijabnya nafsu siapakah yang kita pandang?

Sufiah di dalam Ramadhan.

Siapakah yang laparnya kerana Allah?

Siapakah yang merendahkan syahwatnya kerana takutkan Allah?

Siapakah yang menyinarkan rubbubiah ke dalam qalbu?

Uluhiyyah siapakah yang menjadikan lahiriah bercahaya?

Sufiah tiada di dalam Ramadhan?

 Roh yang kembali ke langit bumi, bukan kemuliaan Ramadhan?

Alam ghaib siapakah yang mengengkarinya?

Nubuwwah, siapakah yang memilih-milih rasul dan nabi?

Lahiriah, siapakah yang sengaja menutupi nur hati?

Bathiniah, siapakah yang membashirahkan sanubari?

Sufiah di dalam Ramadhan?

Al-Qadar sejumlah ibadah atau barakah?

Merentasi angkasa menemukan apa?

Membingkiskan siasat kajinya memiskin bumi?

Bila Allah menahan langit dan bumiNya agar tidak musnah...

Akal siapakah yang mahu menghindar sunatullah?

Sufiah di dalam Ramadhan...menzarikan zahir dan batin siapa?

Bila para arwah berpulang melihat ahlinya di dunia

Para syaithon menjadi lumpuh kerana diri yang celaka

Percayailah bahawa Taurat terbatas pada keperluan zaman yang telah berlalu

Yang menjadi saksi dan bukti Keesaan Pencipta dan Kerasulan Muhammad sallallah hu alaihiwassalam...

Sufiah ada di dalam bulan Ramadhan.