Ahad, 9 Jun 2013

Barukah Jika Caranya Masih Yang Lama

Wednesday, July 26, 2006

 


Tiba-tiba setelah hampir sepi dan sunyi di ketika bedilan meroboh konkrit bata merempuh ladang subur berdepan tanpa segan antara kebal kereta besi dengan wanita di hujung usia, tanpa silu berkejar-kejaran motokar hijau dengan anak-anak mentah usia, bergegar dentum panah petir mengalir sungai lesu merah lebam... alam sepi sehening senja ufuk mentari merebah di tirai peraduan...malah murai berkicau segenab penjuru gemanya tiada jua yang kedengaran...tiada alasan tiada bersebab tiada kerana apa-apa tiada... sekadar kukuh meraja bicara...

"Ini perlu, ini cara, ini kaedah, ini method, ini budibicara era canggih abad 21, order baru memeta wajah..

"Ianya perlu, mesti, harus, wajib! demi mempertahankan diri......tiada yang salah......benar belaka!"

Tiba-tiba .... megah dunia buana bersidang berdegar-degar kunci perlu dicari untuk membuka pintu tiada lubang kunci, cari salur angin diumpil tingkap yang tertutup rapat untuk membuka alur keamanan...setelah ratusan malah terlupa pula setelah ribuan nyawa wanita dan anak-anak hilang suara menggeletek menggelegak bertarung kesakitan... sendu luka berpisah dipaksa meregut cinta yang tak pernah pudar... tiba-tiba semua segar bernyawa berselera melapah rakus apa-apa sahaja di hadapan mata...satu harapan untuk mencorak jazirah baru menghalau duri ceracak langau-langau yang tiada jutaan nilai insuran... terdampar tak berbela...terkedu melontar pandangan lesu... harus bisu terus di mamah saat meniti sengsara tak perlu peduli... senyumkan mereka ....

Jujurlah bila mahu melakukan usaha...
Tiada siapa yang tidak mahu rasa mulia...
Usah berbilang-bilang pada siapa kerana apa...
Usah nyawa manusia di sebut tiada harga...
Kerana 2 kerana 4 buta menjadi celik...
Demokrasi di mana kita simpan ... di bilik?...
Usah usah fikir zaman mudah melupakan setiap 'sejarah' kita...
Majoriti mesti dicari untuk demi ' demokrasi ' ! 

Cela Kita Kerana Ada Rahsia Kata

Tuesday, July 25, 2006


Bisikan adalah rahsia. Sebutan merakam bicara yang bersalut makna-makna yang tersembunyi atas anika alasan bermacam pilihan. Menduga rancangan-rancangan tersembunyi digenggam rahsia di tangan lupa seketika di hadapan Allah tiada apa yang menjadi rahsia. 
Setiap usaha menjadi sia-sia bila semangat suku bangsa sahaja di ambil kira, bertingkah atas nama suku bangsa, bertikam senjata atas nama suku bangsa, mempertahan memelihara suku bangsa, kempen mendakwa ini cita-cita suku bangsa lantas taksub pana dengan fanatik suku bangsa membuat tohmah helah yang melelah diri hingga tiada sudah, lupa pahala dijerat dosa... terus-terusan bernafi singkir sesama hak saudara, propaganda megah mahu harta nyawa disita tiada harga kerana seperti diri diusir maka yang lain turut mahu dipinggir... beradu kudrat sayang tidak setanding tara...paling tercela bila semua ini mahu berahsia...

"Tuan hamba menghambur kata untuk siapa, wahai Serindit, untuk hamba atau saudaramu yang sebangsa?"

"Untuk diri hamba,Tempua! Tazkirah menukil ibrah menenang saraf yang mengusung setia darah ke pelusuk juzuk jisim tubuh hamba..."

"Darah kita serupa warnakah, Tempua?"

"Tuan hamba mahu menumpahkan darah hambakah Serindit?"

"Tegarkah tuan hamba berbuat zalim ke atas hamba ?"

"Hamba tidak seburuk begitu rupa...Biarpun apa terjadi masih hati ini sangka baik duduknya rasa."

"Akal hamba sentiasa bersyura dengan jiwa lantas akui kerap , tidak ada apa kuasa yang boleh memaksa tanpa rela...kebebasan adalah hak yang ke mana pergi di bawa di pelihara...malang sesenang bicara harta hak ini mahu di ambil di nyah begitu sahaja...tatkala berbeza pendapat kebebasan tiba-tiba mahu di gugat...bijak sungguh teramat lestari makna adab era kini... buat pengetahuanmu Tempua, agama kami mencirikannya untuk membina sikap berlapang dada terbuka minda bukan tetap di dalam keegoan yang membinasa!"

" Ke sana ke sini, hamba mencari redha Ilahi bukan untuk sengaja meriakan menyuka diri..."

"Hamba tak mampu diam membisu... marah kita Tempua, biar berpada demi agar marah sanggah teman marah sanggah yang sederhana kepada kita..."

"Hamba cuma tertanya-tanya, tuan hamba sentiasakah berjujur kata?" 

Adunan Yang Menyamakan Nilai

Monday, July 24, 2006

 


Akhirnya tidak keterlaluan bahawa semua telah mulai menyakini politik tidak mampu dipisahkan dari pemikiran manusia. Dalam menggagas gugusan falsafah terhadap ekonomi sosial dan budaya kita tidak upaya mengelak bertemu matlamat yang gagal. Tidak dapat mengelak mahu ke mana arah berfokus.

Perbezaan pemikiran adalah aliran yang membawa hikmah kerana ia membawa arah pemikiran baru untuk menilai semula kegagalan dan membentuk semula persefahaman baru yang tidak hanya pada peringkat penggubal dasar bahkan menjurus kepada tokoh-tokoh agama.

Yakinlah bahawa konsep di dalam Islam yang tidak memisahkan rohani dan duniawi adalah jalan yang tepat bagi membina tolak ansur dan keadilan dalam mengurus kemalapan dan kepudaran kemanusiaan apa lagi keinsanan.

Titik untuk bertemu tiada bila tidak upaya melihat bahawa Islam sahajalah yang meletakkan kebebasan untuk manusia agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sesama di antara manusia. 

Manusia tidak di perhambakan tetapi hanya menjadi hamba Allah. 
Namun mesti di ingat! bahawa kebebasan beragama bukan bermakna senang-senang menukar agama menjadi murtad sebab agama bukan benda untuk di permain-mainkan atau di jualbeli!

Kebebasan di kaitkan dengan demokrasi tetapi benarkah demokrasi yang meletakkan manusia menjadi bebas?

Menegakkan yang benar, menyanggah yang khilaf, menjelaskan yang halal dan haram, memperjuangkan amar makruf nahi mungkar adalah kebebasan yang membawa manafaat.

Kreatif mencipta usaha agar kebebasan ini adalah hak setiap insan muslim menyebarkannya mesti di iktiraf tanpa sebarang bentuk prasangka atas dasar menindas... jika ada yang gentar diam sahaja usah ajak berpolemik pada titik bengik yang memecahkan perpaduan hingga menenggelamkan perkara utama seperti berkasih sayang demi iman demi menunjuk jalan kepada mereka yang mahu memahami keadilan dan keseimbangan yang dibawa oleh Islam. 

Paling nyata kita mesti bersatu di saat memelihara dan mempertahankan hak-hak dan maruah saudara dan negara mereka yang sekian lama ditindas dengan kejam. 

Sukar untuk bertolak ansur jika ada yang mula mahu menjelakan soal syiah dan sunni...bukan saat yang tepat!
Tatkala syahadah itu masih kuat didakap erat oleh ibadat.

Lebih baik fokus kepada soal bagaimana mahu memelihara agar akidah terpelihara dari fitnah dan penindasan, kezaliman dan penganiayaan.

Bagaimanakah syiah mewujudkan keganasan?

"Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka yang tidak memerangi kamu dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu dari menjadikan teman rapat dari mereka yang memerangi kamu dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu dan membantu ( orang lain ) untuk mengusir kamu.
Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Al- Mumtahanah : 8-9 ) 

Mata Hati MembezakanCara Aqal Mengurus Minda

Semalaman saya berjaga malam apabila wajah emak bermain di mata. 

Emak terlalu khuatir terhadap diri saya. 

Ini kerana emak bimbang dengan sikap berani saya yang didakwanya bila tidak diajak berunding bertukar nasihat sikap berani itu akan menyiksa diri sendiri. 

Namun sesungguhnya saya tidak pernah memberitahu emak bahawa apabila terlalu bertukar nasihat ianya hanya menjadikan saya lansung tidak melangkah...


Masih teringat soal cinta... tafsiran yang berbeza-beza tetap merupakan hikmah mengelak berhujjah berjela-jela.


Realitinya,"cinta terhadap sesuatu itu hanya akan membutakan dan membisukanmu."

Hakikat ini menjurus kepada fanatik yang turut diistilah sebagai ekstrim...memberi kebebasan tanpa had kepada diri hingga menafikan hak-hak keperluan kemahuan insan lain tatkala Haq Allah disisikan.


Ukhuwwah dan persaudaraan tetap berakar umbikan rasa cinta melahirkan mawaddah yang terikat padu oleh hidayah. 


Keyakinan insan yang memelihara amanah Penciptanya akan sentiasa berusaha melihat sudut kehidupan menerusi kepercayaan kepada agama. 


Dari dahulu sejak nabi Adam(alaihissallam) fitrah manusia adalah berserah kepada Allah. 


Dasar ajaran Yahudi dan Nasrani pada awalnya adalah sama serupa dengan Islam kerana sebelum Islam itulah kepercayaan moyang manusia beriman dengan Ar-Rabb yang berada  di langit.

Keharmonian sumber keamanan...
Namun lama berkurun kebebasan berfikir diadun mengikut acuan zaman.


Perbezaan fikrah dan anutan persepsi menjajah minda... sumber tenaga berpusat pada kelemahan tanpa keberanian dan kemahuan untuk mengubahsuai membaikpulih biarpun kelebihan tidak berpihak kepada kita.


Keseimbangan menjadikan insan sentiasa bersinar walau di mana ia berada namun roh semakin pudar padam bilamana kemelaratan di ancam oleh ketakutan kepada manusia berbading ketaatan kepada Pencipta.



Apakah di abad maju ini boleh lagi di terima pakai istilah 'tawanan ekonomi' dan apakah sememangnya wujud kesediaan untuk menjadi 'banduan ekonomi' kesan dari kelaziman menjadi tawanan perang akibat penanggungan hutang?


Lalangkah kita jika kecenderungan rebah melemah menusuk di telinga menikam jantung di bisik bicara?



" Pengganaskah kita hingga tiada hak untuk berpijak di bumi kelahiran sendiri, hingga sentiasa akan berada di telapak kaki sesiapa  kerana tidak upaya di bangunkan lantaran maruah kita berbeza?"


Wujudkah perbezaan taraf hak milik untuk bangsa menurut rupa?


Adakah perpisahan tanpa penjelasan terhadap rupa guna terima maruah yang tercela?


Adilkah berhadapan seorang tua dengan jentera rasaksa melebur hasil usaha tangan untuk mengalas perut?


Durjanakah kerekil batu menikam mulus pipi dek tersiksa melihat anak kecil lecur oleh hangatan muncung besi?


Dan kita yang sihat terjaga makan dan minumnya sama hargakah dengan nilai dirham atau riyal dengan ribuan yang sekadar melihat khalayak yang berlari meninggal rumah yang telah tiada rupa?...


Janjikanlah pertemuan bahawa kebebasan maknanya adalah bilamana kepentingan rakyat tidak diabaikan tanpa membinasakan merosakkan kebebasan insan lain...


Apakah tepat dengan hanya membisu dan mengikat tangan dan kaki membekukan jari atas dasar tiada bersangkut hal... itukah di namakan adil dan mempertahan diri?...

Sebenarnya ini tepat dinamakan hanya rela dan sudi memusnahkan diri...

Apakah yang menentukan nilai untuk penguasa yang kaya dengan penguasa yang miskin?

Seperti sama seorang tukang kayu memerlukan baju seorang tukang jahit memerlukan gula seorang anak memerlukan ibu dan ayah dan seorang tentera...seorang tentera hanya memerlukan senjata?

Selamat datang ke Malaysia buat seseorang yang tidak saya kenali. 

Monday - July - 24 - 2006

Bersaudarakah Serindit Dan Tempua?


Menahan terik hangat mentari, Serindit membawa lari diri mencelah di rimbunan daunan kering yang layu.

Matanya terlirik sepasang mata yang terlalu biasa bertemu rupa dengannya sedang merenungnya hingga menyilau pandangan, membuat Serindit menghela keluhan...



"Hamba mengejar mencari jaminan keselamatan...namun hamba sendiri mengelak dari merentasi jalan itu... hamba umpama layar perahu di daratan..."


"Menghambur kata mendakwa diri perintis dunia kebebasan,  malangnya pada ketika yang sama sedia pula  meneraju membilah-bilah mengecil petak-petak trapezium, atas nama harga diri yang kian meluntur..."


"Hamba ibarat berpijak pada kenyataan teguh berpendirian bersegi dimensi, namun diri pula merela mara ke sana sini bertanya bagi menegakkan himpunan gugusan yang kian longlai..."


"Hamba tidak mampu memberi rasa tatkala bertatapan muka untuk membeza antara saudara dengan seteru."


"Belas kasihan seperti pudar buat hamba bila didekati mereka yang tebal berlilit kepala, berlitup tak nampak anika warna berbanding mereka yang sedondon gaya rapi berseni..."


"Hamba laksana pengembara biar miliki mahligai buat memusat tenaga...tumpu masih jauh menjangkau benua.." 


"Hamba membina metropolitan di ceruk rantau yang tercapai tangan namun dalam diam batin diri tersiksa bila longgokan pemiutang berbaris di dana tabungan dunia...sedang harta laburan milik peribumi setengah berbagi atas nama kebajikan setengah guna misi kekuatan..."


"Hamba kasih pada anak sendiri berusaha gigih untuk makan dan pakai...kiranya ada anak-anak bukan milik hamba terpana leka membuang masa melastik burung besi yang tidak setanding butir kerikil dari runtuhan deraian batu dengan lebat deraian airmata luka rintihan sengsara sumbang bicara merekah perit tetapi tanpa semai dendam, tidak upaya hamab melakukan apa-apa selain berdoa buat mereka."



"Apakah ini akan 'membunuh' hamba untuk selamanya?"



"Akhirkan bicara tuan hamba, Tempua!" Serindit bersuara.


"Apa sahaja yang ada di minda manusia berkali hamba telah ujarkan, akan dibuktikan oleh perlakuannya!"


"Hakikat keyakinan kami semua yang tampak di mata,kami mampu menilainya...namun kami tidak pernah lupa bahawa Allah Subhanahu Wata'ala menyapa terus ke dasar hati kami... tuan hamba sering terlupa hati tempat duduk segala rasa."


"Hati juga maknanya jiwa... Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassallam kekasih kami juga,  di jiwanya Jibrail menyimpan wahyu buat bimbingan akal yang bersulam kasih dan sayang...bahasanya bahasa syurga...bahasamu juga pernah menjadi utama apakah telah di lupa...mengapakah tuan hamba meminggirkan kehebatan dirimu ?...


"Usah leka, dendam hanyalah kuasa di jiwa yang bisanya memakan diri jika tidak diubati memeranakan generasi..."

"Kami bebas berfikir namun tidak menekan memaksa pada mana yang berlawan menongkah arus..."

"Kami mengutamakan insaniah kerana insan tanpa mengenal rupa hatinya tetap ada ruang untuk kasih pada kebaikan kerana itu tanda mulia..."

" Tempua, berat untuk mengatakannya...kami juga dibolehkan mengangkat senjata memelihara mempertahankan maruah kami ! ..."


Serindit membiarkan seketika Tempua buat seketika.. 



"Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh yang berpesan untuk kebenaran dan saling berpesan demi kejayaan."


Buat masa ini di minda Serindit cuma mahu mengelak diri dari pemikat spesisnya yang tak pasti atas tujuan apa.

Serindit bukan merpati... 

Saturday - July - 22 - 2006