Ahad, 9 Jun 2013

Barukah Jika Caranya Masih Yang Lama

Wednesday, July 26, 2006

 


Tiba-tiba setelah hampir sepi dan sunyi di ketika bedilan meroboh konkrit bata merempuh ladang subur berdepan tanpa segan antara kebal kereta besi dengan wanita di hujung usia, tanpa silu berkejar-kejaran motokar hijau dengan anak-anak mentah usia, bergegar dentum panah petir mengalir sungai lesu merah lebam... alam sepi sehening senja ufuk mentari merebah di tirai peraduan...malah murai berkicau segenab penjuru gemanya tiada jua yang kedengaran...tiada alasan tiada bersebab tiada kerana apa-apa tiada... sekadar kukuh meraja bicara...

"Ini perlu, ini cara, ini kaedah, ini method, ini budibicara era canggih abad 21, order baru memeta wajah..

"Ianya perlu, mesti, harus, wajib! demi mempertahankan diri......tiada yang salah......benar belaka!"

Tiba-tiba .... megah dunia buana bersidang berdegar-degar kunci perlu dicari untuk membuka pintu tiada lubang kunci, cari salur angin diumpil tingkap yang tertutup rapat untuk membuka alur keamanan...setelah ratusan malah terlupa pula setelah ribuan nyawa wanita dan anak-anak hilang suara menggeletek menggelegak bertarung kesakitan... sendu luka berpisah dipaksa meregut cinta yang tak pernah pudar... tiba-tiba semua segar bernyawa berselera melapah rakus apa-apa sahaja di hadapan mata...satu harapan untuk mencorak jazirah baru menghalau duri ceracak langau-langau yang tiada jutaan nilai insuran... terdampar tak berbela...terkedu melontar pandangan lesu... harus bisu terus di mamah saat meniti sengsara tak perlu peduli... senyumkan mereka ....

Jujurlah bila mahu melakukan usaha...
Tiada siapa yang tidak mahu rasa mulia...
Usah berbilang-bilang pada siapa kerana apa...
Usah nyawa manusia di sebut tiada harga...
Kerana 2 kerana 4 buta menjadi celik...
Demokrasi di mana kita simpan ... di bilik?...
Usah usah fikir zaman mudah melupakan setiap 'sejarah' kita...
Majoriti mesti dicari untuk demi ' demokrasi ' ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan