Ahad, 9 Jun 2013

Mata Hati MembezakanCara Aqal Mengurus Minda

Semalaman saya berjaga malam apabila wajah emak bermain di mata. 

Emak terlalu khuatir terhadap diri saya. 

Ini kerana emak bimbang dengan sikap berani saya yang didakwanya bila tidak diajak berunding bertukar nasihat sikap berani itu akan menyiksa diri sendiri. 

Namun sesungguhnya saya tidak pernah memberitahu emak bahawa apabila terlalu bertukar nasihat ianya hanya menjadikan saya lansung tidak melangkah...


Masih teringat soal cinta... tafsiran yang berbeza-beza tetap merupakan hikmah mengelak berhujjah berjela-jela.


Realitinya,"cinta terhadap sesuatu itu hanya akan membutakan dan membisukanmu."

Hakikat ini menjurus kepada fanatik yang turut diistilah sebagai ekstrim...memberi kebebasan tanpa had kepada diri hingga menafikan hak-hak keperluan kemahuan insan lain tatkala Haq Allah disisikan.


Ukhuwwah dan persaudaraan tetap berakar umbikan rasa cinta melahirkan mawaddah yang terikat padu oleh hidayah. 


Keyakinan insan yang memelihara amanah Penciptanya akan sentiasa berusaha melihat sudut kehidupan menerusi kepercayaan kepada agama. 


Dari dahulu sejak nabi Adam(alaihissallam) fitrah manusia adalah berserah kepada Allah. 


Dasar ajaran Yahudi dan Nasrani pada awalnya adalah sama serupa dengan Islam kerana sebelum Islam itulah kepercayaan moyang manusia beriman dengan Ar-Rabb yang berada  di langit.

Keharmonian sumber keamanan...
Namun lama berkurun kebebasan berfikir diadun mengikut acuan zaman.


Perbezaan fikrah dan anutan persepsi menjajah minda... sumber tenaga berpusat pada kelemahan tanpa keberanian dan kemahuan untuk mengubahsuai membaikpulih biarpun kelebihan tidak berpihak kepada kita.


Keseimbangan menjadikan insan sentiasa bersinar walau di mana ia berada namun roh semakin pudar padam bilamana kemelaratan di ancam oleh ketakutan kepada manusia berbading ketaatan kepada Pencipta.



Apakah di abad maju ini boleh lagi di terima pakai istilah 'tawanan ekonomi' dan apakah sememangnya wujud kesediaan untuk menjadi 'banduan ekonomi' kesan dari kelaziman menjadi tawanan perang akibat penanggungan hutang?


Lalangkah kita jika kecenderungan rebah melemah menusuk di telinga menikam jantung di bisik bicara?



" Pengganaskah kita hingga tiada hak untuk berpijak di bumi kelahiran sendiri, hingga sentiasa akan berada di telapak kaki sesiapa  kerana tidak upaya di bangunkan lantaran maruah kita berbeza?"


Wujudkah perbezaan taraf hak milik untuk bangsa menurut rupa?


Adakah perpisahan tanpa penjelasan terhadap rupa guna terima maruah yang tercela?


Adilkah berhadapan seorang tua dengan jentera rasaksa melebur hasil usaha tangan untuk mengalas perut?


Durjanakah kerekil batu menikam mulus pipi dek tersiksa melihat anak kecil lecur oleh hangatan muncung besi?


Dan kita yang sihat terjaga makan dan minumnya sama hargakah dengan nilai dirham atau riyal dengan ribuan yang sekadar melihat khalayak yang berlari meninggal rumah yang telah tiada rupa?...


Janjikanlah pertemuan bahawa kebebasan maknanya adalah bilamana kepentingan rakyat tidak diabaikan tanpa membinasakan merosakkan kebebasan insan lain...


Apakah tepat dengan hanya membisu dan mengikat tangan dan kaki membekukan jari atas dasar tiada bersangkut hal... itukah di namakan adil dan mempertahan diri?...

Sebenarnya ini tepat dinamakan hanya rela dan sudi memusnahkan diri...

Apakah yang menentukan nilai untuk penguasa yang kaya dengan penguasa yang miskin?

Seperti sama seorang tukang kayu memerlukan baju seorang tukang jahit memerlukan gula seorang anak memerlukan ibu dan ayah dan seorang tentera...seorang tentera hanya memerlukan senjata?

Selamat datang ke Malaysia buat seseorang yang tidak saya kenali. 

Monday - July - 24 - 2006

Tiada ulasan:

Catat Ulasan