Ahad, 9 Jun 2013

Cela Kita Kerana Ada Rahsia Kata

Tuesday, July 25, 2006


Bisikan adalah rahsia. Sebutan merakam bicara yang bersalut makna-makna yang tersembunyi atas anika alasan bermacam pilihan. Menduga rancangan-rancangan tersembunyi digenggam rahsia di tangan lupa seketika di hadapan Allah tiada apa yang menjadi rahsia. 
Setiap usaha menjadi sia-sia bila semangat suku bangsa sahaja di ambil kira, bertingkah atas nama suku bangsa, bertikam senjata atas nama suku bangsa, mempertahan memelihara suku bangsa, kempen mendakwa ini cita-cita suku bangsa lantas taksub pana dengan fanatik suku bangsa membuat tohmah helah yang melelah diri hingga tiada sudah, lupa pahala dijerat dosa... terus-terusan bernafi singkir sesama hak saudara, propaganda megah mahu harta nyawa disita tiada harga kerana seperti diri diusir maka yang lain turut mahu dipinggir... beradu kudrat sayang tidak setanding tara...paling tercela bila semua ini mahu berahsia...

"Tuan hamba menghambur kata untuk siapa, wahai Serindit, untuk hamba atau saudaramu yang sebangsa?"

"Untuk diri hamba,Tempua! Tazkirah menukil ibrah menenang saraf yang mengusung setia darah ke pelusuk juzuk jisim tubuh hamba..."

"Darah kita serupa warnakah, Tempua?"

"Tuan hamba mahu menumpahkan darah hambakah Serindit?"

"Tegarkah tuan hamba berbuat zalim ke atas hamba ?"

"Hamba tidak seburuk begitu rupa...Biarpun apa terjadi masih hati ini sangka baik duduknya rasa."

"Akal hamba sentiasa bersyura dengan jiwa lantas akui kerap , tidak ada apa kuasa yang boleh memaksa tanpa rela...kebebasan adalah hak yang ke mana pergi di bawa di pelihara...malang sesenang bicara harta hak ini mahu di ambil di nyah begitu sahaja...tatkala berbeza pendapat kebebasan tiba-tiba mahu di gugat...bijak sungguh teramat lestari makna adab era kini... buat pengetahuanmu Tempua, agama kami mencirikannya untuk membina sikap berlapang dada terbuka minda bukan tetap di dalam keegoan yang membinasa!"

" Ke sana ke sini, hamba mencari redha Ilahi bukan untuk sengaja meriakan menyuka diri..."

"Hamba tak mampu diam membisu... marah kita Tempua, biar berpada demi agar marah sanggah teman marah sanggah yang sederhana kepada kita..."

"Hamba cuma tertanya-tanya, tuan hamba sentiasakah berjujur kata?" 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan