Sabtu, 19 Mac 2016

Hati Yang Berbicara AksiYang Berperi

Pengucapan klasik mantera serapah semakin lunyai dimamah lusuh.

Mengadu domba persis sumbing di bibir bisu namun menujah bisa oleh sembilu hujah dari gagasan akta.

Apakah dewa-sewa menyukat benar lantas ingin mempersenda akhlak luhur dan nilai jujur? 

Cengkaman di urai namun lepasnya tidak!

Lalu bersendakah pada urutan masa sambil membatas sempadan ingin menjarakkan ketika?

Bercandakah pada tempat dengan adat atau menawar dagang sebagai alat?

Perkongsian imaginasi melarang ilusi semata tanpa jejak berpaksi untuk terdirinya sikap asasi.

Mutu tidak bermutu hanya jauhari mengenal manikam yang menyantun sikap sebagai penentu.

Khianat melewat-lewat tender bernota buat bekal berjangkamasa.

Permit mohon bertimbang adil usah kerana pengaruh pelopori medan bertelagah antara usahawan, kerana yang rugi pengguna asalnya pemilik yang terus-terusan tidak keruan dek
menanti janji perkhidmatan menagih kejujuran berputih mata kelelahan ...
kerana semakin nyata adalah pengabaian ... 

jika bukan penganiayaan 
tepatkah ia dikatakan kezaliman ?

Manusia benar-benar belum sedia menjadi pelupa ...

Blog ini bermula semula kerana bentalanya sentiasa berneraca walau telah meluruh bunga dan dedaun pada kitar lapan tahun.