Rabu, 20 Februari 2013

Skrip Mana Yang Menjadi Pilihan

2013

26/6/06

Skrip sering di salah ertikan sebagai hanya menjadi milik manusia sebagai penulisnya.

 Sebenarnya skrip asal di tangan Allah.

Mengapa ? Kerana kerap tersasarnya matlamat penulisan skrip oleh manusia mengakibatkan pelbagai natijjah.


Natijjah yang menembusi ruang-ruang kemanusiaan hingga hilang arah tujuan yang mahukan keamanan dan kesejahteraan seluruh isi dunia.

Sukar mahu mempercayainya?


Lihat kepada bukti mengapa ada yang mundur tetapi sebenarnya kaya dengan hasil bumi.

Mengapakah ada yang kerap rela dibuai-buai dengan belaian lunak sedangkan kekuatan ada dalam dirinya... Keagungan yang di yakini membawa kejayaan di dunia dan akhirat.

Mengapakah hanya ada segolongan sahaja yang mampu menjadi jutawan mampu menjana fokus mengembeling tenaga suara untuk meningkatkan, mengaktifkan dan mengkreatifkan makna kebajikan?


Skrip ekonomi milik insan yang bagaimana pula?
Pada yang sedia ada kekuatan dari sumber yang 'di alihnegarakan'  atau perlu dimiliki oleh yang lemah tertindas dinafikan hak 'kemanusiaannya'?


Perlu difahami bahawa apabila kekayaan telah tercipta, peluang untuk meraih dan mengurus keuntungan mesti disalurkan kepada kebajikan dan kebaikan oleh mereka yang memiliki sumber kekayaan itu yang turut 'di millik usahakan' oleh sesetengah golongan.

Proaktif dari yang 'bijak pintar' sewajarnya tidak pada kata-kata tetapi perlulah  'dihitam putihkan' dalam helaian kertas sebagai sumber rujukan untuk mensahihkan apakah ada kecacatannya di masa kemudian.

Seimbang dan sederhana adalah sistem dari Islam. Ia merupakan sudut-sudut yang sempurna tidak di putus-putuskan... antara realiti dan fantasi, rohani dan jasmani, individu dan masyarakat, dunia dan akhirat.
Timbang taranya adalah keadillan.
Hak tidak di abaikan. Hanya hawa nafsu yang telah menganiayai diri sendiri.

" Aku tidak memberatkan kamu melainkan sekadar mana yang kamu mampu. "

Kekuasaan yang diiringi sama oleh kekayaan antara contoh punca kepada rosaknya kemanusiaan kerana ia adalah akar umbi kejahatan apabila pendukongnya meninggalkan nilai beriman dan hanya melakukan tanggungjawabnya kerana amanah dari Allah.


Cerita Dahulu-Dahulu


2013 

Isnin
26/6/06


Bagaimana mahu memulakan sesuatu yang bersumber dari sebuah mimpi. 
Waktu itu cuaca mendung alam muram dengan rintikan hujan. 
Saat itu ketika berada di Dewan Megawati Shah Alam sekitar jam tujuh pagi, satu pesanan ringkas dari kakak memberitahu pemergian isteri seorang pemimpin. 

Agak terkejut kerana sebelum ini berita memberitahu allahyarhamah berada di rumah dalam keadaan yang boleh berbual-bual dengan rakan-rakannya.

Saya menjadi lemah dan terasa tidak bermaya kerana saya pada waktu sebelum itu secara peribadi berprasangka terhadap allahyarhamah... memikir-mikir dan merasa-rasa bahawa mungkinkah allahyarhamah itu seorang yang sombong dengan raut wajahnya yang jarang tersenyum. 


Saya amat menyesali perasaan itu. Saya menangis dalam diam waktu itu rasa sakit menikam hati. Baru saya menyedari allahyarhamah benar-benar menderita akibat sakit yang dihadapinya.

Sedangkan saya sangat terpesona dengan minatnya terhadap seni halus tradisional batik dan songket yang menampakkan kasihnya pada bangsa melayu kerana batik dan songket adalah hasil kerja orang melayu dari pantai timur. Saya menilai bagaimana dengan usaha dan minatnya itu akan ramai wanita pantai timur bergelar usahawan kerana batik dan songket mahu di pasarkan ke luar negara.



Beliau juga mementingkan kasih sayang di dalam keluarganya.

Airmata saya ketika itu yang tidak dapat dititiskan meremukkan hati bila mula mengenang-ngenang bagaimana allahyarharmah bersendirian berjauhan dari insan-insan yang dikasihinya menguak derita sakit seorang diri...
Malamnya sesudah menghadiahkannya Fatihah dan Yaasin saya bermimpi beliau di kelilingi ramai wanita yang berpakaian putih di bawah khemah putih dengan senyum melambai pada saya dan kami bersalaman...
Beliau kelihatan amat gembira ketika itu .

Wallah hu 'alam.


Inilah mimpi yang memulakan semua yang telah bermula... Sukar mahu difahami... Namun selagi Allah menjadi Pengatur menjadi Berkuasa tidak ada apa yang mustahil biarpun di luar jangkauan akal manusia.


Kerana dengan itu seorang ayahanda yang budiman perlu dikasihi kerana dia memerlukan sokongan untuk terus tabah menjadi insan yang dipertanggungjawabkan dengan berbagai kewajipan dan amanah dari kepercayaan yang tinggi seorang negarawan harta kebanggaan Malaysia ayahanda doktor.
Ayahanda kita tidak mengeluh pedih dia diam menyendiri. Kerana itu jika kita berasa kita adalah anak-anaknya maka marilah kita bersama membantu ayahanda di mana perlu menurut kemampuan yang ada.


Anak-anak yang baik tidak akan menambah luka di hati ayahanda mereka.




Bila Yang Mudah Menjadi Sukar

2013


Bidalan menggalas kata,
Kata mengungkap makna,
Tersimpul jalinan pada bicara mata,
Menggelandang anika rasa berbagai warna.

Mendekati gapura senak kegegeran,
Meninggalkan denai seekor denak,
Langkah di mara penuh debaran,
Melihat permai indah bicara tanpa jelak.

Kata bicaramu menyinar sinar,
Tanpa perlu tuan puan menggenggam kalamisani,
Kemendur umpama kembangan nilainya jutaan dinar,
Menukil ' fragmen ' gelombang ' frekuensi '.

Tidak ada bermusyawarah melainkan pasti Allah menunjuki langkah kebenarannya.

Setiap zaman ada tokohnya.
Sejarah di lihat dari sudut yang nyata .
Baik buruk natijjahnya adalah untuk kita.
Sebagai catitan butir pada satu kepastian.
Andai baik ia sebagai panduan.
Andai sebaliknya catat sahaja sebagai warisan khazanah.
Samada untuk di hargai atau sekadar nilai bukti.

Buat saudaraku.
Lahirkan cinta buat dunia.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------.

Berteman di udara tak kenal rupa,
Yang kenal menjadi tak biasa,
Yang tak kenal pula menjadi biasa,
Mengukur baju di badan sendiri,
Agar tak rasa sesal di hati,
Insan punya harga diri.

Mahu berkenal perlu beracara,
Ukuran adat bimbang tak setara,
Indah budaya santun kaya semarak bewarna,
Selamat berkasih sayang dan membina keluarga.

 Catatan pada hari Jumaat 23/6/2006 

                                                 posted by thanaif  

Imbasan-Imbasan Semalam

2013

Sikap marah adalah sikap jiwa,

Memberontak kerana tak ada siapa peduli,
Tetap ada baik marah ini sebab ia memelihara,
Agar apa yang dilarang Allah tetap di benci.

Namun mesti dijaga juga tidak boleh bersebati di dalam jiwa,
Jika tak mahu hasad dendam yang keji tercela,
Bersebati memecah meruntuh segar iman jiwa,
Lalu tercabut akar umbi persaudaraan yang perlu dibela.

"Siapakah kita bilamana setiap yang dilakukan dituturkan di fikirkan malah apa yang tersembunyi dalam hati tidak sekali terlepas pandang dari Khaliq yang Pemurah lagi Maha Mengasihi bahkan Atiq dan Rakib turut menjadi saksi."

Kemanakah kita mahu berlari?

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Tidak Mengecewakan  



Suami hamba bukan orang bergelar. 

Setia pada usaha tekun pada kerja. 

Hanya bergelar 'penghulu' walau seketika.



Pada waktu itu hamba masih di kota.
Kemudian suami hamba membawa kami jauh bertukar negara. 


Namun tanpa dia sedar hamba teringat-ingat kampung yang ditinggalkan tak boleh lupa.


Lantaran banyak tempat telah dijelajahi kampung satu ini terlihat indah cantik dan menarik untuk dipinggir,
Lalu kerap hamba singgahi meski dalam penjelajahan ke destinasi kerap hamba temui cuaca yang panas redup terang damai dan sesekali bingar.



Kampung ini tetap bertempat di hati.  



Bangga rasa hamba ketika itu bila jemaah kampung ini menyumbang banyak tenaga menyumbang suara menggabung berbagai idea menyatu langkah walau di selangseli pertikaman lidah di saat khazanah warisan berupa tulisan jawi tak mampu ' penguasa ' mempertahankannya.



Namun dek kerana telah terbina sedari awal di sudut anjung serambi bertemankan seteko kopi sepiring sukun seorang Tuk Penggawa setia dengan ashik menutur bicara tentang memperkasakan hati menjatikan diri untuk menghargai diri 'Tuk-Tuk Ketua'.


Masa tu di anjung serambi inilah menjadi tempat saluran bicara akal dan budi bila jemaahnya menjadikan ilmu sebagai suluhan hati nurani. Bukan alang-alang pembicara di anjung serambi itu...bila ilmu menjadi ladang kebanggaan mereka.
Sebaik-baik ilmu adalah yang membawa kepada kesolehan hati dan menampakkan keburukan hati itu kepada kita.



Hati tempat duduk segala rasa suka bermula dari mata rasanya di hati kasihnya di jiwa.



'Sanggah' bermula dari bibir dengarnya di telinga rasanya di hati hasilnya pada tindak dan pekerti juga aksi.


Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam  ada berpesan :
" Ingatlah di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Jika daging itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh itu...akan tetapi bila rosak daging itu nescaya akan rosaklah pula seluruh tubah itu...
Segumpal daging itu bernama qalbu. 


Catatan pada  Rabu 21/6/06  


                                                      Post by thanaif