2013
Sikap marah adalah sikap jiwa,
Memberontak kerana tak ada siapa peduli,
Tetap ada baik marah ini sebab ia memelihara,
Agar apa yang dilarang Allah tetap di benci.
Namun mesti dijaga juga tidak boleh bersebati di dalam jiwa,
Jika tak mahu hasad dendam yang keji tercela,
Bersebati memecah meruntuh segar iman jiwa,
Lalu tercabut akar umbi persaudaraan yang perlu dibela.
"Siapakah kita bilamana setiap yang dilakukan dituturkan di fikirkan
malah apa yang tersembunyi dalam hati tidak sekali terlepas pandang dari Khaliq
yang Pemurah lagi Maha Mengasihi bahkan Atiq dan Rakib turut menjadi saksi."
Kemanakah kita mahu berlari?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tidak Mengecewakan
Suami hamba bukan orang bergelar.
Setia pada usaha tekun pada kerja.
Hanya bergelar 'penghulu' walau seketika.
Pada waktu itu hamba masih di kota .
Kemudian suami hamba membawa kami jauh bertukar negara.
Namun tanpa dia sedar hamba teringat-ingat kampung yang ditinggalkan tak boleh lupa.
Lantaran banyak tempat telah dijelajahi kampung satu ini terlihat indah cantik
dan menarik untuk dipinggir,
Lalu kerap hamba singgahi meski dalam penjelajahan ke destinasi kerap hamba
temui cuaca yang panas redup terang damai dan sesekali bingar.
Kampung ini tetap bertempat di hati.
Bangga rasa hamba ketika itu bila jemaah kampung ini menyumbang banyak tenaga
menyumbang suara menggabung berbagai idea menyatu langkah walau di selangseli
pertikaman lidah di saat khazanah warisan berupa tulisan jawi tak mampu '
penguasa ' mempertahankannya.
Namun dek kerana telah terbina sedari awal di sudut anjung serambi bertemankan
seteko kopi sepiring sukun seorang Tuk Penggawa setia dengan ashik menutur
bicara tentang memperkasakan hati menjatikan diri untuk menghargai diri 'Tuk-Tuk Ketua'.
Masa tu di anjung serambi inilah menjadi tempat saluran bicara akal dan budi
bila jemaahnya menjadikan ilmu sebagai suluhan hati nurani. Bukan alang-alang
pembicara di anjung serambi itu...bila ilmu menjadi ladang kebanggaan mereka.
Sebaik-baik ilmu adalah yang membawa kepada kesolehan hati dan menampakkan
keburukan hati itu kepada kita.
Hati tempat duduk segala rasa suka bermula dari mata rasanya di hati kasihnya
di jiwa.
'Sanggah' bermula dari bibir dengarnya di telinga rasanya di hati hasilnya
pada tindak dan pekerti juga aksi.
Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam ada berpesan :
" Ingatlah di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Jika daging itu
baik maka akan baiklah seluruh tubuh itu...akan tetapi bila rosak daging itu
nescaya akan rosaklah pula seluruh tubah itu...
Segumpal daging itu bernama qalbu.
Catatan pada Rabu 21/6/06
Post by thanaif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan