Ahad, 5 Januari 2014

Friday, August 11, 2006

                                             Lunakkah Sibghah? 

Bila Al-Quran dijadikan panduan tidak bermakna pengetahuan dari sumber yang lain dipandang sepi.

Manusia tidak berjaya jika tidak mahu mengasuh daya berfikir.

Kemahiran tokoh sarjana barat memacu keyjayaan dunia membina interaksi diplomatik.

Berkomunikasi dengan gaya diplomasi namun masih membina memilih-milih untuk rasa serasi.

Atau diplomasi berjaya menggabung jalinkan ekonoi, sosial dan politik menjadikan pendukongnya bertamaddun tinggi namun tanpa neraca hati.

Biasan cermin yang memiripkan persamaan di seluruh penjuru akhirnya diragut kilau kilat yang menularkan derita.

Sengketa perang natijjah dari pengaktifan nilai baik dan nilai buruk mengikut pertimbangan kewarasan akal.

Bercelaru kerana adil tanpa saksama, jujur tanpa benar, ikhlas separuh amal, impian tanpa harapan.

Kekuatan berfikir untuk maslahat yang hanya didasari oleh kemahuan tanpa keseimbangan.

Nyata juga natijah dari penjajahan politik menyusup dengan kehalusan berdarjah tinggi pada aliran pemikiran.


Akal mengatur minda menyantun peribadi jika pendirian hati dapat dikendali.

Cerdas waras bijak segak berfungsinya tidak jelak namun tanpa pengiktirafan hati potensi bagi memajukan diri kerap terhenti jika gagal terjadi.

Hati mengukur tinggi rendahnya nilai akhlak luhur. 

Mengurus degan tertib.

Urus tadbir tidak semata-mata pada pertubuhan beranika agenda negara berbilang bangsa atau urusan berbagai masalah yang menuntut penilaian juga penyelesaian.

Utamanya urus tadbir pada urusan hati.

Doktrin falsafah berbudaya kenegaraan yang berbagai susunan mencerakinkan pegangan dan keyakinan jika di hati tidak adanya iman.


Insan hilang kawalan bersemangat meraikan kebebasan tanpa kawalan tanpa perhitungan tanpa keadilan.

Oleh kerana kita hamba kepada Pencipta tidak sekarang mungkin di satu ketika di saat hilang kekuatan kerana hukum balasan pada rakus tangan yang berkuasa mengabur jalan pada keimanan.

Orang yang beriman bukan penyebab maju mundurnya negara atau bangsa!

Akan tetapi oleh kerana runtuh nilai-nilai moral dan akhlak yang kering dan tandus hati dari limpahan petunjuk Ilahi.



Niat usaha pada redha Allah.

Digali selidik menerusi sumber asli adat resam budaya warisan tanpa tujuan beriman kemajuan tetap tercapai namun keserasian tanpa keadilan mengundang berbagai permasalahan.

Bagi yang taat beragama memahami sandaran jiwa dan minda adalah pada kebesaran Allah.

Akhlak islam merapatkan hubungan di antara manusia dek mesra hubungan dengan agama.

Kekuatan jati diri muslim adalah membentuk dan menghasilkan 'kulli' bukan 'juzi'.

20 tahun akan datang bagaimanakah manusia jika meninggalkan agama, soalan diaju sangat mencabarkah?

Pasti dengan yakin diujar generasi akan berinteraksikan ekonomi tanpa rohani.

Dengan itu percayalah generasi menjadi hamba kuasa yang melebar jurang darjat antara manusia.

Interaksi media dikawal selia menjadi hasut propaganda meremuk kebenaran mengeram hasad.


Sesungguhnya lahar letusan gunung berapi, sengketa peralatan canggih senjata, kemaruk angin mengalir arus alir melimpah negara, nuklear beratom sadis merembat hormat musuh sekelip mata, penyakit oleh selera sesama jantina, usir halau meminggir cinta, monopoli anjakan manipulasi, perang kerana eksploitasi, menjajah kerana ego diri rasa mulia, beku membisu pada pemerintah yang zalim, khazanah kekayaan beredar sesama sendiri, Baitulmal berniaga saham dan mata wang, riba teman timbunan modal simpanan, nafsu menentang makmur, wanita ingin milik taraf juara dihayati parlimen adalah alat memperjuangkan keadilan dan kebenaran bukan merobohkan maruah dan penghormatan sehingga hilang susila...hilang akal kerana lenyap agama...demokrasi akan menjadi ugutan majoriti tanpa suara kebenaran, merangkak manusia mencari kemanusiaan, percaturan kuasa gergasi menghiba yang tidak berdosa sedang yang berhak memelihara jiwa digugah oleh rakus gelar pengganas penuh durjana.

Ini jujur bukan madah memperihal gagasan segugus manusia bertahun di masa depan.

Nyata terlebih baik dan berarif budiman adalah dengan mengambil nilai-nilai dari Allah untuk kebaikan agama, diri, keluarga, bangsa dan negara.

Namun sabar usah dipermainkan. Kecil bilis tidak menuntut nama, besar naga pupus juga akhirnya.

"Kembalikan hening hijau belantara usah diribut biru gelombang ombak."

"Kuning merah mega di kaki langit menanda malam berganti siang."