Minda duduk mulianya pada intelek.
Intelek dibayangi oleh imaginasi yang
jitunya apabila terkupas sikap mahu dan sedia berinovasi yang kreatif.
Sikap
pula mencermin peri laku di mana budaya yang menjadi kendiri rupa bangsa
manusia.
Manusia pula menterjemahkan pasif atau agresif nilai insaniah menerusi
timbang tara sudut berseginya tindakan dan upaya mengimbangi kuasa dan kehendak
agar tidak pudar amanah.
Konsistennya perlaksanaan mementingkan perapian strategi yang makna utama adalah menyuburkan potensi nilai-nilai baik yang mulia.
Konsistennya perlaksanaan mementingkan perapian strategi yang makna utama adalah menyuburkan potensi nilai-nilai baik yang mulia.
Perubahan memantulkan kesinambungan harga dan jati diri manusia.
Tanpa menyorot warna dan rupa fizikal juga kepercayaan.
Paksi yang menegak jati
diri merupakan kemanusiaan yang tidak berstatus jumud dan statis yang
membeku.Ini antara cabaran yang merantai belenggu pemikiran manusia. Pasif
untuk mengakui hakikat bahawa kecelaruan imbang guna kuasa dan monopoli harta
menjurus kepada terbentuknya kezaliman penindasan yang membuka medan persengketaan
untuk bertelingkah.
Ketidakadilan adalah manifestasi dari engkar mungkarnya naluri untuk menghambakan diri kepada Pencipta.
Ketidakadilan adalah manifestasi dari engkar mungkarnya naluri untuk menghambakan diri kepada Pencipta.
Darurat yang memenjarakan kemampuan interaksi
antara manusia sesama sendiri melumpuhkan terciptanya kaedah perjuangan yang
mantap menyebarkan keamanan kasih sayang demi pemeliharaan nilai mulia untuk
diwarisi oleh generasi yang akan datang.
Sudah sekian lamanya kehampaan mengejar
adab dan budaya. Seni mempertahankan maruah yang diperdagangkan selama ini
merudumkan tanggapan bahawa intelektual tanpa panduan agama adalah sejahtera
sejagat.
Malang yang mahu disingkir adalah pemberontakan kurang tepat untuk menjelaskan wujud kekeliruan terhadap Islam.
Namun silap jika bertafsir bahawa kita sentiasa sedia untuk mengalah dengan menerima bersahaja apa-apa kezaliman dan penindasan.
Mutu kata makna pada ilmu yang menggarap prinsip insan beramanah tanpa republik ideologi mementing diri.
Sunday, September 03, 2006
POST BY THANAIF