Semalaman saya berjaga malam apabila wajah emak bermain di mata.
Emak
terlalu khuatir terhadap diri saya.
Ini kerana emak bimbang dengan sikap berani
saya yang didakwanya bila tidak diajak berunding bertukar nasihat sikap berani itu akan
menyiksa diri sendiri.
Namun sesungguhnya saya tidak pernah memberitahu emak bahawa apabila terlalu
bertukar nasihat ianya hanya menjadikan saya lansung tidak melangkah...
Masih teringat soal cinta... tafsiran yang berbeza-beza tetap merupakan hikmah
mengelak berhujjah berjela-jela.
Realitinya,"cinta terhadap sesuatu itu hanya akan membutakan dan
membisukanmu."
Hakikat ini menjurus kepada fanatik yang turut diistilah sebagai
ekstrim...memberi kebebasan tanpa had kepada diri hingga menafikan hak-hak
keperluan kemahuan insan lain tatkala Haq Allah disisikan.
Ukhuwwah dan persaudaraan tetap berakar umbikan rasa cinta melahirkan mawaddah
yang terikat padu oleh hidayah.
Keyakinan insan yang memelihara amanah
Penciptanya akan sentiasa berusaha melihat sudut kehidupan menerusi kepercayaan
kepada agama.
Dari dahulu sejak nabi Adam(alaihissallam) fitrah manusia adalah berserah kepada
Allah.
Dasar ajaran Yahudi dan Nasrani pada awalnya adalah sama serupa dengan Islam
kerana sebelum Islam itulah kepercayaan moyang manusia beriman dengan Ar-Rabb yang berada di
langit.
Keharmonian sumber keamanan...
Namun lama berkurun kebebasan berfikir diadun mengikut acuan zaman.
Perbezaan fikrah dan anutan persepsi menjajah minda... sumber tenaga berpusat
pada kelemahan tanpa keberanian dan kemahuan untuk mengubahsuai membaikpulih
biarpun kelebihan tidak berpihak kepada kita.
Keseimbangan menjadikan insan sentiasa bersinar walau di mana ia berada namun
roh semakin pudar padam bilamana kemelaratan di ancam oleh ketakutan kepada manusia berbading ketaatan kepada Pencipta.
Apakah di abad maju ini boleh lagi di terima pakai istilah 'tawanan ekonomi' dan apakah sememangnya wujud kesediaan untuk menjadi 'banduan ekonomi' kesan dari kelaziman menjadi tawanan perang akibat penanggungan hutang?
Lalangkah kita jika kecenderungan rebah melemah menusuk di telinga menikam jantung
di bisik bicara?
" Pengganaskah kita hingga tiada hak untuk berpijak di bumi kelahiran sendiri, hingga sentiasa akan berada di telapak kaki sesiapa kerana tidak upaya di bangunkan
lantaran maruah kita berbeza?"
Wujudkah perbezaan taraf hak milik untuk bangsa menurut rupa?
Adakah perpisahan tanpa penjelasan terhadap rupa guna terima maruah yang
tercela?
Adilkah berhadapan seorang tua dengan jentera rasaksa melebur hasil usaha
tangan untuk mengalas perut?
Durjanakah kerekil batu menikam mulus pipi dek tersiksa melihat anak kecil
lecur oleh hangatan muncung besi?
Dan kita yang sihat terjaga makan dan minumnya sama hargakah dengan nilai dirham
atau riyal dengan ribuan yang sekadar melihat khalayak yang berlari meninggal rumah
yang telah tiada rupa?...
Janjikanlah pertemuan bahawa kebebasan maknanya adalah bilamana kepentingan
rakyat tidak diabaikan tanpa membinasakan merosakkan kebebasan insan lain...
Apakah tepat dengan hanya membisu dan mengikat tangan dan kaki membekukan jari
atas dasar tiada bersangkut hal... itukah di namakan adil dan mempertahan
diri?...
Sebenarnya ini tepat dinamakan hanya rela dan sudi memusnahkan diri...
Apakah yang menentukan nilai untuk penguasa yang kaya dengan
penguasa yang miskin?
Seperti sama seorang tukang kayu memerlukan baju seorang tukang jahit
memerlukan gula seorang anak memerlukan ibu dan ayah dan seorang
tentera...seorang tentera hanya memerlukan senjata?
Selamat datang ke Malaysia buat seseorang yang tidak saya kenali.
Monday - July - 24 - 2006