Jumaat, 30 Oktober 2015

Cerita-Cerita Dahulu

2013 

Waktu itu cuaca mendung dan alam muram dengan rintikan hujan. 

Saat itu ketika berada di Dewan Megawati Shah Alam sekitar jam tujuh pagi, satu pesanan ringkas dari kakak memberitahu pemergian isteri seorang pemimpin. 

Agak terkejut kerana sebelum ini berita memberitahu allahyarhamah berada di rumah dalam keadaan yang boleh berbual-bual dengan rakan-rakannya.

Saya menjadi lemah dan terasa tidak bermaya kerana saya pada waktu sebelum itu secara peribadi berprasangka terhadap allahyarhamah... memikir-mikir dan merasa-rasa bahawa mungkinkah allahyarhamah itu seorang yang sombong dengan raut wajahnya yang jarang tersenyum. 



Saya amat menyesali perasaan itu. 


Saya menangis dalam diam waktu itu rasa sakit menikam hati. 

Baru saya menyedari allahyarhamah benar-benar menderita akibat sakit yang dihadapinya.

Sedangkan saya sangat terpesona dengan minatnya terhadap seni halus tradisional batik dan songket yang menampakkan kasihnya pada bangsa melayu kerana batik dan songket adalah hasil kerja orang melayu dari pantai timur. 


Saya menilai bagaimana dengan usaha dan minatnya itu akan ramai wanita pantai timur bergelar usahawan kerana batik dan songket mahu di pasarkan ke luar negara.


Beliau juga mementingkan kasih sayang di dalam keluarganya.

Airmata saya ketika itu yang tidak dapat dititiskan kerana sedang berada di dalam majlis rasmi di kediaman Menteri Besar (menemani emak dan balu-balu polis yang diraikan menjelangnya eid fitri jika tidak silap) meremukkan hati bila mula mengenang-ngenang bagaimana allahyarharmah bersendirian berjauhan dari insan-insan yang dikasihinya menguak derita sakit seorang diri...
Malamnya sesudah menghadiahkannya Fatihah dan Yaasin saya bermimpi beliau di kelilingi ramai wanita yang berpakaian putih di bawah khemah putih dengan senyum melambai pada saya dan kami bersalaman...
Beliau kelihatan amat gembira ketika itu.


Wallah hu 'alam.

 Namun selagi Allah menjadi Pengatur menjadi Berkuasa tidak ada apa yang mustahil biarpun di luar jangkauan akal manusia.


Kerana dengan itu seorang ayahanda yang budiman perlu dikasihi kerana dia memerlukan sokongan untuk terus tabah menjadi insan yang dipertanggung jawabkan dengan berbagai kewajipan dan amanah dari kepercayaan yang tinggi negarawan- negarawan harta kebanggaan Malaysia.


Ayahanda kita tidak mengeluh pedih dia diam menyendiri. Kerana itu jika kita berasa kita adalah anak-anaknya maka marilah kita bersama membantu ayahanda di mana perlu menurut kemampuan yang ada.


Anak-anak yang baik tidak akan menambah luka di hati ayahanda mereka.




Catatan Pada Isnin 26/6/06


Tiada ulasan:

Catat Ulasan