Jumaat, 28 Mac 2014

Karenah Anak

 

 Sunday, August 20, 2006

Satu saat teringat kembali ketika duduk berhimpun bersama anak-anak kecil.

Berbagai ragam, karenah, kelitah, laku, aksi dan gaya berbaur antara kata tingkah, lucuan, tangisan, manjaan, hibaan, kerasan, nakalan tanpa cemar fitnah.

Ternyata ketika itu bukan semua anak-anak ini boleh dan mampu menguasai kemahiran berinteraksi baik dengan saya biarpun senyum melebar berganti bicara.

Hubang jalin ayat yang terhad di pengaruhi oleh mood yang disekat-sekat tersekat oleh kuatnya kuasa mendominasi biarpun berperingkat-peringkat lantaran pengetahuan ibu bapa yang telah sedia mencerna pelbagai aspek tumbuh dan kembangnya emosi sosial mental fizikal anak-anak mereka. 

Mana tidaknya, ... segala kesulitan untuk meningkatkan muafakat menerbit sulit dan gejala sengketa sehingga menjauh satu makrifat ... seakan-akan wujud gejala yang amat sulit untuk usaha dalam mencari berkat.

Saya terpaku hampir terlena kerana ternyata tidak cukup bersedia lantaran kecerdasan yang kurang terhadap jiwa-jiwa muda di depan mata ...

Berbagai-bagai kriteria memulas pintal setiap agenda yang telah saya lakar di peta minda ... serba beralih jadual meneka rasa kabur jasmani dan rohani ...

Anak-anak di depan mata saya ini ada yang lembut bersusila adat penuh beradab menyantun sukma jiwanya, damai beralun mekar sukar diterjah, acunya seperti mahu bertingkah tapi yang putus adalah salam dengan hikmah.

Mainan yang sedikit sanggup berkongsi silih berganti bergilir leka bermain.

Ada pula yang tidak lansung mahu bertolak ansur persis hulubalang terbilang berjiwa militan lantang sikap menolak keras kompromi. Terarah terbawa tatkala bermain leka longgokan himpunan berjenis mainan, dia sahaja yang tunjuk juara berkuasa untuk monopoli bersahaja selamba tanpa berkira-kira.Anak yang lemah jiwa biasa dimanja hiba menyendiri menyeka airmata p ermainan telah tiada.

Anak yang diam tanpa karenah umpama hilang jiwa tiada membantah membiar saya melatah, di suruh datang dia hampiri saya, di suruh pergi dia setia menjauhi saya membuat saya hiba seketika.

Lengar melengas dahi dan kepala saya sebentar ... hal laku yang seperti ini yang saya cuba hindari elak hadapi ... bukan calang iman sebagai penawar, mahu di ungkap bijak nampak bestari.
Mahu di sanggah ia ada cela nyata sempurna ... Saya perlu semangat untuk menghapus kepalsuan terjemah dari perilaku anak seperti ini.

Nyata sikap anak-anak ini natijah dari pengaruh faktor-faktor yang tercetus dari kebiasaan-kebiasaan yang mempersulitkan walau sering mempermudahkan untuk saya berkomunikasi dengan mereka.

Faktor-faktor apakah itu? 

*Anakku usah kau talak mataku dengan airmata setelah bukan sedikt ianya tumpah menjadi tasik yang meladungkan duka setelah kemahuanmu diturutkan apakah lagi yang masih tidak sempurna. Ku ingin bahagia sebelum menutup mata.*

1 ulasan:

  1. Catatan berdasarkan pengalaman mengajar di Taski Al-Hidayah (PKPI) di Pangsapuri TNB, Batu 10, Kapar, Selangor. Saya menjadi guru taski di sini lebih dari enam tahun (saya tidak pasti saya mengajar di taski ini sejak tahun bila tetapi anak-anak taski al-hidayah (Perkumpulan Kebajkan Pekerja Islam TNB SJSSAAS - Tok Muda Kapar) generasi pertamanya antara yang diingati ialah Taufik anak Kak Asiah dan Suadi anak Encik Sukini - tetapi saya mula mengajar anak-anak generasi kedua taski - antaranya Adnin dan Sakinah,

    BalasPadam