Hanan- (kakak), Mustaqim- (abang) dan Hilman- (adik) rakaman 13/10/07 |
![]() |
Along- Muttaqin dan adiknya 'kakak' - Hanan. Rakaman pada 31/8/07 |
“Mak, bolehkah abang berkawan dengan budak perempuan?”tersenyum-senyum anak lelaki kedua saya yang dipanggil abang yang ketika itu baru berusia dua belas tahun bertanya sambil berbaring di sebelah saya.
“Muda lagi, mahu berkawan yang bagaimana,jadi teman berjalan
bersama atau abang mahu berkasih-kasihan,nanti banyak masa terbuang bila
melayan perasaan.”
“Berkawan sahaja. Bukannya ada apa-apa.”
Beberapa minggu seterusnya abang yang sulong, kakak dan adik sudah
mula memberi laporan berasas apa yang mereka lihat waktu di sekolah.
“Akak tidak sangka, abang seperti itu…geram betul.”
“Abang sudah mengada-ngada di sekolah,”yang bongsu sudah menjadi
pendakwa sukarela.
Along yang tidak banyak berkata bicara mudah difahami kerana antaranya dengan adik lelakinya itu seputar sealam masing-masing sering
melindungi dan memanafaatkan hubungan baik agar tidak ada leteran menasihati.
Sukar mahu menolak perbezaan masa dan anak-anak terkeliru andai
tidak ada ketegasan dan terserlah kekhilafan.
“Abang sebenarnya sunyi dan suka berkawan sahaja dengannya.”
“Sehingga berdua-duaan dan memanjangkan masa perbualan di
internet?”
“Emak marahkah? Abang tidak bersentuhan dengannya sekadar berjalan
bersama dan abang rasa seronok bila ada yang cemburu…”
Bila diadukan kepada abahnya,diam tanpa ada reaksi. Orang lelaki
memang agak praktikal, spontan dan sentiasa matang bersikap terbuka.
Ini sesekali membuatkan saya merenung menginsafkan diri yang kerap beremosi.Tetapi jika begini bererusan
sikap orang lelaki, ada juga bahayanya.
“Begini sahaja kakak, di sekolah bila bersua abang berdua-duaan
begitu, beritahu baik-baik ajak teman-teman yang lain untuk bersama, usah ditegur
dengan marah, dia baru sahaja akal baligh, mungkin ada sesuatu yang sedang
dialaminya dan kena hormati peribadinya.”
“Akak tidak setuju! Emak kena tegas ashik mengalah sahaja pada
setiap perbuatan anak-anak.”
“Abang dah diberitahu apa yang dilarang apa yang
dibolehkan, sebelum berkawan abang sudah meminta izin pada emak, memadai bila mak sudah
mengetahuinya.”
“Bila berjalan adakan jarak dan batasi diri usah terlalu
berdekatan dengannya, bahasa usah terlalu manja, usah mengungkap jiwa…” mahu
tergelak dibuatnya saat mencuba memahami saat anak teruna mengalami keremajaan.
Namun ada ketikanya kerap juga orang dewasa tertimpa perasaan seperti ini dan
ia amat sukar untuk dihadapi hanya gara-gara
mengaktifkan telekomunikasi tanpa menyedari iman juga teruji.
Ada saatnya sukar memadam apa yang pernah menjadi realiti.
Remaja perlu dibiasakan dengan adab-adab dan cara-cara pergaulan
yang baik tatkala mereka tidak mengetahui makna fikh dan peraturannya dalam membina akhlak dan budi pekerti.
Mendidik moral dan mengindahkan akhlak lantaran adab itu antara
cara pendisplinan yang mengasuh rasa penghormatan dan penghargaan diri.
Anak-anak usah dibiarkan membuang persepsi secara sia-sia menerusi
penilaian dari rupa dan bentuk luaran sahaja.
Ada saatnya ia tidak berkekalan begitu.
Zahir dan batinnya mesti diusahakan agar sama seiringan
gandingannya.
Hubungan yang baik terjemahan dari keluhuran pekerti yang diadun
bersama sifat malu manakala yang menjejaskan harmoni dalam berbaik sangka adalah
ketika hubungan terjalin, tersimpul bersamanya iri dan cemburu yang memudahkan
rasa membenci.
Namun tidak wajar disingkap sesuatu yang tidak lagi berlaku hanya
untuk menetapkan rasa yang mewajarkan tindakan.
Anak-anak amat perlu ditingkatkan kepekaan terhadap persoalan ini
dalam memelihara hubungan baik sesama mereka.
Nyata dengan jelas tuntutan kejiwaan bersandar kepada agama yang
membentuk asas keyakinan di dalam mendidik anak-anak.
Andai ada yang mencela atas sesuatu kekurangan dan kekurangan diri ia adalah kelemahan
yang bertujuan untuk memperbaiki dan memulihkan peribadi dan fikrah syaksiah anak-anak.
Mengenali hak-hak di dalam persahabatan akan mencirikan
perwatakan dari kemurniaan wibawa bina diri kerana hak-hak itu yang dituntut untuk
dipelihara bukan didendami jika ia disepikan.
Paling utama untuk memberikan rasa kasih amat perlu dijelaskan
kepada anak-anak wajar diberikan lebih masa untuk mengenali terlebih dahulu
bagaimana urus reda Allah sebelum meletakkan setia untuk dibalas rasa kasih
itu sesama manusia.
Cinta dan kasih sayang kerana Allah bukan kerana peribadi upaya mengikat akhirat sebagai sebab untuk berkasih.
Maknanya kebolehan untuk memisahkan antara dosa dan pahala tetap wujud di dalam cinta dan kasih sayang terjemahan dari fikh dan sunnah di dalam Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan