Sabtu, 9 Januari 2016

Adunan Yang Menyamakan Nilai?

Akhirnya tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa kini telah mulai menyakini politik tidak mampu dipisahkan dari pemikiran manusia. 

Dalam menggagas gugusan falsafah terhadap ekonomi, sosial dan budaya kita tidak upaya mengelak bertemu matlamat yang gagal. 

Tidak dapat mengelak mahu ke mana arah berfokus.


Perbezaan pemikiran adalah aliran yang membawa hikmah kerana ia membawa arah pemikiran baru untuk menilai semula kegagalan dan membentuk semula persefahaman baru yang tidak hanya pada peringkat penggubal dasar bahkan menjurus kepada tokoh-tokoh agama.


Yakinlah bahawa konsep di dalam Islam yang tidak memisahkan rohani dan duniawi adalah jalan yang tepat bagi membina tolak ansur dan keadilan dalam mengurus kemalapan dan kepudaran kemanusiaan apa lagi keinsanan.


Titik untuk bertemu tiada bila tidak upaya melihat bahawa Islam sahajalah yang meletakkan kebebasan untuk manusia agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sesama di antara manusia. 


Manusia tidak di perhambakan tetapi hanya menjadi hamba Allah.
Namun mesti di ingat bahawa kebebasan beragama bukan bermakna senang-senang menukar agama sehingga menjadi murtad sebab agama bukan benda untuk di permain-mainkan atau di jualbeli.

(iaitu - orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia.)


Kebebasan di kaitkan dengan demokrasi tetapi benarkah demokrasi yang meletakkan manusia menjadi bebas?


Menegakkan yang benar, menyanggah yang khilaf, menjelaskan yang halal dan haram, memperjuangkan amar makruf nahi mungkar adalah kebebasan yang membawa manafaat.


Kreatif mencipta usaha agar kebebasan ini adalah hak setiap insan muslim menyebarkannya mesti di iktiraf tanpa sebarang bentuk prasangka atas dasar menindas... jika ada yang gentar diam sahaja usah ajak berpolemik pada titik bengik yang memecahkan perpaduan hingga menenggelamkan perkara utama seperti berkasih sayang demi iman demi menunjuk jalan kepada mereka yang mahu memahami keadilan dan keseimbangan yang dibawa oleh Islam. 


Paling nyata kita mesti bersatu di saat memelihara dan mempertahankan hak-hak dan maruah saudara dan negara mereka yang sekian lama ditindas dengan kejam. 


Sukar untuk bertolak ansur jika ada yang mula mahu menjelakan (memanjangkan) soal syiah dan sunni...bukan saat yang tepat!

Tatkala syahadah itu masih kuat didakap erat oleh ibadat.

(so on this points (for all the time being) you think and you feel i am syiah? Come on i am now stay in Qatar and i realized there are many syiah community among arab it self and their foreigners workers now i just want to know who are you).

Lebih baik fokus kepada soal bagaimana mahu memelihara agar akidah terpelihara dari fitnah dan penindasan, kezaliman dan penganiayaan.

Misalnya bagaimanakah syiah mewujudkan keganasan?


"Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka yang tidak memerangi kamu dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu dari menjadikan teman rapat dari mereka yang memerangi kamu dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu dan membantu (orang lain) untuk mengusir kamu.
Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Al- Mumtahanah : 8-9 ) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan