Isnin, 24 Jun 2013

Monday - July - 31 - 2006

Kendiri Bentala Tunjangnya Akar Akidah 

Batin Telah Lama Bertempur

Tidak menjadi mangsa dalam apa pun keadaan dan peristiwa mengulas senyum lalu pantaskah untuk mengucap syukur? 

Berkali-kali Serindit mewawancara menjentik muhasabah diri, ternyata Tempua telah dimakan sumpah yang bakal memeranakan dirinya bilamana cuba membina kekebalan diri dengan menyangkar kurungan menjarak hubungan ... 

Sekutunya penasihat bertauliah sudah berlakon di pentas buana, atas dasar apa berbilang kaum enggan menitis airmata, enggan menilik sahutan yang terluka oleh kesakitan di ubah rungkai berkali-kali mencari unsur menyebatikan keadaan yang mahu mengalih pandangan
buat menyembunyikan hasad kekeliruan.
Apakah benar kemanusiaan mahu di jodohkan dengan kuburan ???

Serindit berbisik, "Wahai Tempua, binalah masa depan dengan semangat berkasih sayang bukan bermusuhan walau wujud kebencian, usirlah ia agar tidak menjadi kejahatan."

Serindit cuba mencerahkan semula peribadi membuka ruang untuk memfokus kembali minda agar dipandu arah menepati fitrah asal kejadian insan.

Di sanubari diri terletak hati, di petak minda tersudut kukuh sumber memutar gelombang yang memusatkan daya ransangan untuk bertindak ... khilaf insan adalah tatkala  membuang petunjuk langit mercu kemuliaan insan.

Acap berulangan kali mencipta metos yang berbagai gaya sekadar menghalalkan setiap cara gaya stail corak wadah wacana bermuka surat berceraian fasal dan akta bersusur butiran di usul kata sebagai mukhtahir hukum tanpa muqaddimah di hadam terus mahu di telan ... akhirnya terbentuk umpama terumbu karang di hujung dunia yang terpinggir sepi oleh belitan keegoan membungkah pejalan ais yang kian mencair oleh Kebesaran Ilahi.

Malang insan bertindih manusia bukan lari menerpa damai bahkan mahu di pinggir jauh memburaikan jiwa fitrah yang asal adalah sempurna suci bersih.

Saat ini Serindit sudah hampir pecah hatinya kerana pertarungan medan tempur sudah lama terbina gelanggang di qalbunya namun Allah bersama kesabaran dan pengharapan yang tidak terabai begitu sahaja.

Serindit ingin mengucap kata kepada saudara sebangsa, "Apakah alasan buat mengira manafaat yang kecil lalu membuka kerelaan melaksanakan perbuatan yang lebih besar dosa dan mudhratnya???

Setiap tingkah menuntut di pertimbangkan keadilan. Perlukah logik akal darab bahagi timbang tolak yang hasilnya tetap bahawa dalam apa pun keadaan biar batin yang bertempur kita tetap menjulang muafakat mencari kekuatan berkat ... jika sudah tidak mampu Allah Maha Bijaksana Maha Mengetahui dengan Keadilannya.

Serindit menyusur ke kumpulan remaja yang sedang menghitung-hitung manakah untung yang lebih besar antara dua orang kaya, seorang memiliki QR 1,000 di nafkah di jalan lurus QR 100 demi manafaat insan.
Seorang lagi berupaya memiliki QR 10,000 di nafkah di jalan yang sama QR 1,000 demi manafaat insan.

Mari kita waraskan fikiran dan minda siapa antara ke duanya yang besar pengorbanannya??? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan