Rabu, 6 November 2013

Monday, August 07, 2006

Cemar Hati Oleh Rasukan Janji 


Mahkamah di hati tidak ditara timbang oleh saksama adil kerana gemar berilusi.

Mahkamah di hati kamarnya berpandu cenderung mengikut di mana letak emosi.
Sinis bertukar perli berganti benci silih mengeji kerana janji.

Sesaat kemudian bila tenteram ia bertukar ria mencetus gembira bergema sebuana selang silih kerana kasih.
Kerana itu mahkamah hati perlu simbahan kilauan iman.

Di mana dan apa sahaja yang dilakukan niatnya adalah untuk pengabdian bukan lakonan bersandiwara masa menatar gema berkumandang irama merentak aksi dan tari.

Beribadah untuk meningkat sejahtera sahih yakin pada pegangan lantas tidak akan ada satu jua pun yang berlaku tanpa berencana dari Allah ... guna bagi menterjemah kelemahan manusia...

Apa yang mengaktifkan manusia untuk berfungsi sebagai insan?

Umpama bersia-siar tanpa perancangan lama tempuh di jalan lantas kereta tersidai di tengah jalan.
Destinasi ke utara alih-alih tibanya di timur ... kaedah ilmu ghaib lagaknya.

Seperti saya dahulu satu ketika masih remaja ketika sedang menyapu di beranda, tiba-tiba masuk sepasang suami isteri.
Kami saling memberi salam menjawab salam lantas bersalaman. Pasangan ini duduk tanpa di persilakan.
Menanggung segan saya menjenguk emak ... bersama emak kami berbual bertukar cerita bertanya perihal.

" Aduh ! " tersengih pakcik dan makcik pabila sambil memohon maaf berkali-kali mengujar " kami tersalah rumah ini bukan rumah sepupu yang dicari . "

Kembali tersenyum sendirian ...
Tersilap menziarah rumah saudara rumah teman yang tidak dikenali diterpa.

Namun bila silapnya beretika berakhlak berbudaya adab tidak akan ada siapa pun akan mengata.

Lantaran itu pentingnya adil sebagai pakaian setiap insan tambah lagi jika ia insan mulia berdarah panglima berindera singgah di sini di sana miliki kerusi kuasa.

Jika tidak bisa berhukum dengan adil ia di namakan zalim tatkala menjatuhkan hukum pada yang tidak berdosa hingga meragut jiwa membuat derita sesama manusia.

Entah kemana kasih entah ke mana sayang yang pasti cinta telah pudar ...

Insan mulia hati tetap terpelihara amal sebagai slogan ... cinta baru upaya tercipta.

Pada siapa? Masih pada insan yang sama?
Tepuk dada tanya selera ! 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan