Khamis, 7 November 2013

Wednesday, August 09, 2006

Renung Tenung Bingung?


Insan yang bijak ia faham langkah adalah untuk kejayaan bukan untuk kekalahan.

Manusia mendabik evolusi adalah acuan tepat yang bukan berdinding metos.
Namun untuk menghidupkan ' roh ' jiwa yang kudus evolusi ini di anggap sebagai agenda yang mustahil tidak sesuai diterima pakai kerana akal mudah teruji terabai sedang moral dibenar terbarai terburai.


Manusia yang jahil atau evolusi yang bakhil terhadap insan yang membentuk diri agar mulia batin zahir?


Ataukah wujud kesalahfahaman yang jika di ikuti perjalanan sejarah jelas bagi mengelirukan manusia agar tidak berdaya upaya untuk memilih yang mana baik yang mana buruk.

Contoh makna baik dan buruk tatkala ini di zahirkan dengan saat ketika tangis sendu rintih luka yang dizalimi tenggelam terbenam oleh keizinan wujudnya pergeseran oleh perebutan.


Seakan-akan mahu di war-warkan desingan timah letusan derai batuan kepulan hitam bara arang lebih diterima sebagai sesuatu yang lebih baik.


Saat ketika ini sikap yang di perlukan adalah keberanian untuk bangun menjelaskan bagaimanakah cara dan kaedah serta metod pendekatan bagi menilai perkara yang baik dan yang buruk natijah dari 
keraguan dan kekeliruan yang dibawakan oleh zaman.

Apakah idea dan solusi mempunyai sifat teknikal?

Inilah salah faham yang mesti di tangani.


Lubuk hati dalam tersudutnya tak upaya dibongkar kerana ia adalah rahsia.


Sebuah cela mudah dikomentari bila perilaku tidak upaya mampu disembunyi biar ia di sanubari.


Hasad iri menggelap diri yang putih suci. Benar salah kembali tidak bermaya tidak lagi bererti.

Umpama ranting kayu yang kering ia menjadi bahan membakar !

Keraguan seumpama inilah yang perlu di tangani ... tidak bimbangkah nanti wujudnya fitnah?


Fitnah yang bermaksud membenar  yang salah lalu menyembunyikan yang benar.


Namun fitnah yang sebenar adalah ujian cubaan dan bala akan menimpa manusia bila ia gemar berfitnah.


Sekali lagi buruk bertingkah benar bila tiada fahaman semudahnya akidah bertukar wajah sedang rupa masih sama.


Import eksport dagangannya di era globalisasi adalah akidah selain kuasa ekonomi yang menyerlah warna jati diri.


Sukarkah mahu mengerti pesan Kekasih Allah SAW tentang urus dagang?


"Tidak halal harta seorang Muslim melainkan dengan budi bicara yang baik . "


Renung merenung membawa bahagia :


"Yang mendakwa usah diajar bagaimana cara mendakwa dan menuntut sumpah."


"Yang terdakwa usah diajar bagaimana cara memungkiri dakwa atau bagaimana mengaku."


"Saksi-saksi usah diajar bagaimana cara memberikan kesaksian dan tidak memberikan kesaksian."


"Kerana semua ini boleh menyusah dan menyukarkan salah satu pihak yang sedang berusul atau akan menyakiti hatinya sehingga ia berasa tidak diadili melainkan dizalimi dek  
gagal bersikap adil bila menguruskan kepercayaan dan amanah.


Itu perlunya menjadi insan yang jujur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan