Khamis, 7 November 2013

Thursday, August 10, 2006

Megah Yang Cela


Terang nyata induk segala juara bicara menjadi mata-mata pada slot adegan diskriminasi kini tergugah dek tenang sopan beradab ulas bibir menutur kata. Diundang interasi dengan etika berbagai simpul bahasa pula tercipta.

Mahu diapakan sanubari ini menyuring saring segala hama mengusap debu hingga hati hampir membeku!

Hati sedia bertempur namun jasad tetap menimbang dengan akal menyah qalbu usah mahu dibuta ini angkara bangsa yang sentiasa mahu mulia menidakkan kejujuran beragama.

Menyerlah kuasa takut dan gentar setelah cuba berupaya menegakkan berkali-kali paksi berkarat bagi membenamkan berlangkah-langkah kata menyelak-nyelak helaian akta demi dagang tenaga sejalur kuasa tetap mahu dianiaya. 

Tikam jiwa tidak berdosa ranap runtuh mahligai sekangkang kera oleh benua selaut lebar saujana. Induk bagai kelkatu tidak bercahaya berkelip-kelip juga mahu bergaya ! Benam belati hunus pedang ganti senjata
hanya kerana lapis karat iri dan hasad!

Sukar berbijak arif jika mahu merubah demi masa depan yang bukan hak kita mengurus tadbir.

Boleh mengubah ubahlah yang buruk menjadi baik.

Ubahlah yang busuk menjadi wangi.
Ubah yang sempit menjadi luas.
Ubah yang hangat menjadi dingin.
Ubah yang miskin menjadi kaya.
Ubah yang berjurang menjadi hampir.

Mengubah mungkar menjadi makruf batil menjadi hak.

Sedangkan mata sudah tidak dapat membeza.

Lidah tangan diguna buat mengubah tanpa beragenda dipaksa pula menyanggah demi mengangkat sejata.

Lantaran sudah termara tanpa bijak beralas gaya seolah-olah memundur tidak dapat di elak kerana makna pasti bertukar warna ... demi kerana air muka ???
Biarlah kerana bersedia mencipta bahagia buat yang tidak berdosa.

Usah, jangan dan hindarkanlah bagi memudahkan usaha kerja agenda kuasa niaga, fikiran fikrah yang berfitrah sejahtera jujur niat menjadi hamba Pencipta, insan-insan ini dicari selidik soal kaji hidu cacat celanya dinyah kasih manusia.

Nyawa mereka dipertaruhkan atas demokrasi yang menang kerana majoriti, dihukum bak sampah hina sarap busuk diaib tanpa ada yang boleh membela.
Jika ada diintai dia seperguruan atau milik siapa dia ... mudah senjata di ajak bicara... kerana tidak mahu bersama.

Serindit dan Tempua hanya berigau-igauan ...

Kasuari tetap megah membusung dada berjalan ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan