Ahad, 1 Jun 2014

Taaruf Mengundang Riang ( ? )

Saturday, August 26, 2006

Satu waktu dahulu ketika sedang beratur bergilir bersesak panjang untuk memasuki pintu utama satu pameran, tiba-tiba sekumpulan beberapa orang menghampiri  seseorang, tanpa bersoal jawab 'diculik' dibawa keluar dari barisan.

Sesama keluarga kami berbisik atas kesalahan apa tanpa angin tanpa taufan tiada pun hujan orang itu begitu diberi layanan. Andai dia hadir bersama isteri dan anak di hati mereka pasti resah cemas bimbang bersarang.

Begitulah realitinya nasib seorang tetamu. 

Jika hadirnya di undang ibarat pengantin akan dirai dengan pukulan kompang, indah setiap laku bersantun sopan berselang pantun gurindam, silap tidak akan ditegur rela dipendam simpan biar hati sahaja yang menggeru.

Sumbang laku akan ada unit protokol lincah mengatur.

Namun selaku tetamu perlu di elak mencadang atau memaksa agar terhindar rasa kurang senang di hati tuan yang mengundang. Ini lazim adab bertamu.

Realiti tetamu tanpa undangan mungkinkah terjadi pintu awal-awal dimanggakan?

Andai terlepas kawalan hingga berjaya hampiri dewan akan ada ekor mata dengan kanta menajam ikut lakukan penyelidikan.


Tetamu yang tidak pernah dikenali sememangnya tidak diundang, biar baik bertingkah dipelihara adab batasan dan dipelihara sopan lantaran tiada undangan tetap curiga menghambat keraguan.

Di tilik cari selidik silap dan salah minta tunjuk sebab walau layak sah pasport perjalanan  kredibiliti dipertikai.

Begitulah lazim kebiasaan perbezaan di antara tetamu undangan dan tanpa undangan. Beza realiti dengan mimpi serta imaginasi.

Esoknya di dada akhbar tertera wajah lelaki yang dibawa dari barisan dengan r
iang memegang replika kunci sebuah kereta. 
Rupa-rupanya rezeki Allah menantinya di pameran semalam.

Dia adalah pengunjung ke 100,000 selama berlansungnya pameran. 

Siapakah antara kita mahu menolak tuah dari aturan Ilahi? 

Atau apakah pernah langit menurunkan hujan emas dan perak ke atas bumi? 

Hindari dengan tenang sebarang musykilan agar wangi kasih Ilahi menyentuh hati menunduk bukan hina rela di atur-atur ikut aturan, tetapi sikap jujur niat tiada berencana tidak mudah kemanusiaan di abaikan. 

Maruah dah harga letaknya pada tingkah pada bicara pada adab moral berbaik sangka.

Terimbas sewaktu tinggal di Cheshire, kami kekal dihormati sebagai tetamu oleh jiran berbangsa inggeris biarpun terlalu kerap membanjirkan tandasnya dengan air akibat kebocoran tile di kamar bilik air kami yang diturap dengan plaster sahaja bukan konkrit simen. 

Mereka tidak bermasam muka bila di beritahu kami perlu berwudhuk lima kali sehari yang melibatkan lapan orang tidak temasuk waktu mandi. 

Bertamu jika tahu membawa diri bersama tuan boleh duduk sama bersarapan pagi.

" Dia mengetahui apa yang berada di hadapan mereka dan apa yang berada di belakang mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan