Rabu, 13 Jun 2012

Meniti Waktu Melangkah Masa


                                                  Embun yang dinihari.
Dingin menyentuh jari.
     Dari titisan yang 'nafsi-nafsi'.
     Tampung ladung titisan yang menyukat suci
.



Bina akrab aqal dan qalbu,
Ikat simpulan tali temali mengurai rancu,
Mesra kasih adab berbeza bila bertamu,
         Menjernih kabut yang melinang mata anak dan ibu.


Buah dari fikir untaian gagasan manusia,
     Menjemput pemerhatian namun tidak mahu percaya,
Turun temurun menyedari akan hancurnya tulang belulang pada beberapa ketika.


Saat itu alam bingung ketar dan gentar bak paksi yang berputar tiba-tiba berhenti pada gandarnya.


Indah pada mata bukan janji pasti bahagia tatkala menerima serela hati.

1 ulasan:

  1. Ada seutas tali yang masih kusut kasar perlu namun masih sempat diurai...

    Ada sebuah peta semakin lama belajar membaca semakin banyak menemui pelbagai simbol erti segala yang tidak lagi rahsia ...

    Waktu ini sekitar tahun 2006 - semua panca indera masyarat tempatan tertumpu ke Gazza dan Tebing Tinggi di Israel...

    BalasPadam