Jumaat, 18 Januari 2013

Berfikir-fikir Membawa Kebaikan


2013

Hukum menghukum untuk mendidik,

Merungkai diri dari rantaian nafsu,

Memaklum maklum bukan berniat mendabik,

Berjurai-jurai jalur dikibar apakah palsu?


Teringat hikayat lama Malang Pak Kaduk,
Santun menjurah memaksi arah,
Makan dan pakai keperluan asasi,
Menyantun bukan makna menunduk,
Memikir tentang seimbangkah antara yang miskin atau semakin parah,
Tertindaskah yang kaya jika sentiasa bersuci.


Dinar dirham emas dan perak,
Kemegahan yang disukat oeh nilai,
Cantik sekadar memandang si Merak,
Merak sendirian lemah oleh gemalai ?

_______________________________________________________


Di dalam dunia ini sebenarnya banyak jiwa yang akan menjadi mulia jika diberi peluang.


Bersahabat seperti sedarah sedaging.


Berkasih sayang seperti bercantum hati.


Namun mengapa penghayatan tidak sama antara insan?


Jujurkah bila yang ikhlas dikata berpura-pura?


Terpenjara oleh berbeza persepsi menerbit berbagai rentak dan laku.


Lantas tercipta beranika alasan.
Yang ditunding selalu pada yang lemah.
Yang silap kerap diujar pada yang lelah.
Tak cukup kudrat tak pintar bertindak.



Apakah benarnya begitu?

Ilmu sahaja di dorong fikiran tidak sama malah tak serupa dengan kreatif mendidik agar sentiasa beramal.


Labur Lebur Libur

Ahad 

18/6/06

2013

Mengenang budi menjalin kesepakatan diri,
Kesepakatan diri lambang ketinggian jiwa yang murni,
Ketinggian jiwa olahan dari rasa di sanubari,
Nurani di jelma oleh dasar jujur kerana budi.

Lafaz juga makna pemancar yang menterjemahkan prestasi,
Kekendirian berbentalakan akar umbinya akidah,
" Sesungguhnya kamu berada di dalam Penglihatan Kami,
Bersabarlah kamu dalam menanti ketetapan Allah. "

Antara pertama dan ke tiga suka pada tempat ke dua,
Mana nak digenggam antara harta dan dunia akhirat sahaja atau berada antara ke duanya,
Luruskanlah jalan bagiku Ya Allah agar cerdas akal fikir jiwa dan raga,
Menimbang dengan adil menawar dengan kasih sayangMu yang penuh redha.

Di tangan sendiri milik segala kehendak,
Cita-cita impian hasrat jelmaan dari niat,
Tanggungjawab bukankah amanah untuk menyantuni apa yang telah terledak,
Usah terlupa bukankah Umar pernah di igau rasa bersalah yang panas menghangat.

Kanan dan kiri amalan akan dihitung,
Banyak atau kurang sendiri yang timbunkan,
" Bacalah olehmu kitab ( suratan amal) cukuplah engkau sendiri pada hari itu menjadi penghitung,
Terhadap dirimu (terhadap apa yang telah engkau lakukan). "

Gabungan dunia dan akhirat menjalin kebendaan juga kerohanian,
Mendasar pada akhlak jujur amanah dan menunaikan janji,
Amat indah bila setiap yang dilakar bermutukan nilaian,
Mana yang memenuhi syariat dipergunakan membina ekonomi.

Melabur bukan bermaksud melebur,
Melebur bukan pula niat mahu melibur,
Apakah benar hati telah terhibur,
Yang pasti jasad yang akan diiring ke kubur.


Khamis, 17 Januari 2013

Return My Right as 'thanaif' And 'tejathanaif'.

2013

No pictures can be placed on my blogs if it not did by me.

Any picture which is not me (Lelawati binti Mohd Ali)  is invalid.









I do not accept it.


I will sue anyone or any community who are control or take over my rights on this precious notes which i am wrote by my own. :) 


I never wrote this all notes with anyone.




I wrote it in my own language bahasa melayu.

Return back all my rights on all my blogs...


Rabu, 19 Disember 2012

Masih Bukan Pengguna Smartphone?





Saya tidak lagi menggunakan telefon Sony Ericsson C903 dan telah mulai menggunakan smartphone, Experia dan kini Iphone 6. 

Alhamdulillah kerana berpeluang membelinya sendiri dari wang yang disimpan.


Penjelasan



Gambar yang diletakkan di blog-blog saya TIDAK SAH JIKA IA MELETAKKAN GAMBAR-GAMBAR INDIVIDU LAIN YANG TIDAK BERKENAAN DAN TIDAK SAYA KENALI.



Saya perlu menjelaskan beberapa perkara penting mengenai blog Bentala Kendiri Tunjangnya Akar Akidah yang dibina pada Febuari 2006 dan telah saya tukarkan menjadi Bentala Kendiri Tunjangnya Akar Akidah Mengubah Dunia pada bulan Ogos 2012.

Diminta agar Google Chrome atau Window tidak mengganggu dashboard profil blog-blog saya supaya ia tidak
 menimbulkan salah faham di antara saya dengan keluarga, sauadara dan handai taulan.

Ianya  juga tidak mempunyai pertalian dengan blog-blog dari Jerman dan beberapa blog lain yang berbahasa asing.


Blog ini tidak dibina di Amerika atau di England. 





In English :
I need to clarify some important things about my blog
BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah produced in February 2006 which i had change into BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah Change the World in August 2012.


I should explain that this blog has no association with any of my nieces and nephews.



Obviously there are no clear intention to aimed to create a misunderstanding between me and my nieces and nephews or my own siblings.


This blog has no affiliation with blogs from Germany and a few other blogs that speak foreign languages.


This blog is not create in America or in England.


I create this blog during my staying in Qatar.



 

DO NOT TRANSLATE THIS BLOG TO ENGLISH.

Khamis, 23 Ogos 2012

Dari Dalam Diri Kendiri Bentala

Blog ini tidak boleh ditukar penggunaan bahasanya.

Blog ini ditulis di dalam bahasa rasmi Malaysia dan sepenuhnya dimiliki oleh Lelawati binti Mohd. Ali yang tidak berkongsi penulisannya dengan mana-mana individu atau kumpulan.


Blog ini tidak dijual dan tidak diwakili oleh orang lain bagi pihak saya sebagai pemilik sah pada hak cipta yang dikandunginya.


Kesemua catatan ini ditulis pada sekitar awal tahun 2006 dan tidak mempunyai pautan dengan mana-mana media dan badan penyiaran kerana tidak pernah diketahui wujud keadaan seperti itu.


Blog ini saya kategorikan sebagai karya sastera kerana mengandungi cerita, puisi, karangan, artikel, journal, siri monolog, biografi sejarah diri saya secara peribadi, penulisan pemanuskripan diri saya yang menggunakan nama pena tejathanaif dan thanaif.


Saya memahami dan menyedari penggunaan perisian komputer yang bersifat digital terhadap blog-blog yang ditulis di skrin eletronik yang upaya meletakkan catatan peribadi blog Kendiri Bentala Tunjangnya Akar Akidah sebagai Harta Intelek saya untuk dilindungi.


Saya tidak mengakseskan penulisan blog ini sebagai aktiviti sukan kerana saya menggunakannya bagi memodeulkan minda untuk mempelajari isu-isu kemanusiaan yang menyuduti sisi hak berperibadi sebagai asas memahami kebebasan yang dibenarkan oleh undang-undang yang memelihara agama dan akhlak bagi menyantunkan makna kebersamaan di dalam memahami maksud persamaan yang sangat wajar diperbaharui sistem perlaksanaannya dengan tema kasih sayang yang upaya dihormati dan dipelihara rohnya bagi memberdayakan ummah.


Saya adalah seorang wanita warganegara Malaysia yang masih hidup dan sedang bermaustautin di Qatar kerana mengikut suami bertugas.


Penulis bersama suami dan anak-anaknya. Gambar tahun 2000