Sesudah dua hari menjejaki bumi bertuah ini (negara tempat kami bermaustautin), tanah tempat terhimpunnya roh dan
semangat yang sedang bergelut antara sinar suram dan terik cahaya, kota yang sering disangka bernama Dubai dek kerana tiada selidik didik kaji yang dimanipulasi dengan selang seli, buat pertama kalinya kami disapa oleh seorang peribumi.
Saatnya adalah di ketika yang sama kereta kami serentak mahu memasuki petak
menempatkan kenderaan.
Menyedari kami adalah tetamu yakni orang asing, kami meraikan lelaki peribumi itu dengan mencari tempat yang lain dan membiarkannya mengambil petak yang kami temui terlebih awal darinya.
Ketika kami menuju ke pintu utama premis perniagaan itu, seorang syeikh yang gagah namun tidak setampan syeikh yang biasa
kami temui, tidak secerah dengan rapi misai jambang serta janggutnya, menerpa ke arah suami,
dengan manis mesra kuntuman senyum ia berjabat salam dengan suami dan anak-anak
lelaki mengenalkan diri, beramah kata mengucap bicara selamat datang ke Doha...berterima kasih
kerana mendahulukan dirinya di petak tadi.
Biasanya rakyat peribumi yang lebih tua yang agak kusut masai dan tidak rapi ketrampilannya lebih sedia menyantuni kami...pada mata saya mereka mungkin meruapkan penduduk tempatan yang mendiami kawasan-kawasan yang jauh dari bandar...ya mereka mungkin penduduk di kampung-kampung yang berada jauh dari petempatan masyarakat bandar Doha.
Sukar untuk menyukat tepat jika berhakimkan dengan mata sahaja.
Lidah pantas
menutur kata istilah makna tanda bahaya , akan erti kasar roman wajah dan rupa oleh khalayak yang ceria dan dipuja walau tiada wujud percikan tumpahan merah menabur cerbis meninggalkan rangka.
Bahaya di mata ukirnya di jiwa, benamnya di dada, ungkapnya pada bicara lalu
mewarnalah berbagai rupa di minda sedia berhujjah kata...hingga natijahnya derita dan sengsara hanya kerana rupa.(21/9/06)
Terimbas jauh tentang isu cetak rompak ekoran ketangkasan China dan India dalam menduplikasi software perisian palsu kerana tiada beretika bila negara itu bukan negara yang dibina dengan agama, penawaran kekal di pasaran dek adanya permintaan yang darinya wujud pekerjaan... sambil berjalan-jalan minda mengitar sinis, memiliki jumlah besar untuk penduduk yang layak menjadi pengundi tidak boleh dijadikan contoh bagi diistiharkan pengamal utama demokrasi bila tragedi membunuh pemimpin oleh rakyat sendiri kerana memprotes menjadi amalan.
Walaupun Pakistan atau India mahupun Cina amalan demokrasi di negara ini mewujudkan pembunuhan dan rampasan kuasa...perlahan-lahan emosi ini bersuara...
Masalah cetak rompak dan pemalsuan ke atas hak cipta sebagai harta intelek didakwa kata memerlukan masa paling kurang sepuluh tahun untuk mengatasinya...sejak bilakah ianya bermula? Dan adakah ianya benar-benar telah berjaya didepani?
Lalu anakku (Ahmad Muttaqin dan Mustaqim) yang telah mula memberi khidmat dan yang masih di bangku kuliah... sedarkah dikau kedukaan minda ibumu ini?
Mukmin dan mukminah, muslimin dan muslimah umumnya tidak berharta bila kekayaan seringnya diujar sebagai jalan dan cara untuk berkebajikan.
Nah, terasa lelah bagaimana untuk mengadili makna bahaya jika sukatan pada
mata...bukti tergambar nyata bukan dibingkai yang melakar arca.
(14/3/15)
Pilihan di
hati, jiwa yang membebaskan kongsi untuk sentiasa berdurja.
Pilu untuk terus menahan sendu kerana yang mahu dicapai adalah impak bahaya
yang telah terungkai...
Kesamaran dari sikap untuk menilai makna dari baris kata yang tanpa telliti
akan menyangkar diri.
Kemelut dari gelodak sukma melenggang lengguk mengetuk nurani minta berdiri
cari kemudi erti insani hidup bukan di persada duniawi bahkan ukhrawi sandaran
sejati.
Lantas mahukah terus bersenda loka pada sendu tanpa usaha yang keramatnya
adalah tekad berkorban bersama iman... bergelanggang tidak sekadar di sekitar
di persada dagang , bangsa atau kuasa tetapi di medan gelanggang minda yakin
percaya atas diri yang bersendi agama sebagai asas berbudaya, membicara dengan bahasa bual minda
disepakati, gugusan ditadbiri dengan muafakat bersama kesempatan yang mendalami
makna membawa tujuan.
"Dan jika Kami hendak membinasakan sesebuah negeri maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi apabila mereka engkar (melakukan maksiat) lalu negeri itu dibinasakan dengan sehancur-hancurnya."