Sabtu, 18 April 2015

Rungkaian Yang Rumit

Friday, September 29, 2006

 
Bicara adalah suara. 
Suara dari jiwa. 
Jiwa menyentuh minda. 
Minda mengadun berjuta rasa.

Menjauhi syak curiga menghitung rumit yang rugi memerangkap waspada menjelma upaya. 
Layar mega gelap cerah suram menyinar cahaya ekuinoks melatar fajar evolusi.

Klausa mengobar kata membenih imaginasi hingga mengelabui pelangi senja... indah namun tiada bercahaya.

Sesudah berturutan gema memantul sumbang nada... kerangka manusia mendajjal individu lalu dipuja bisu sedang ia menghimpit keliru...

Lumrah bila bertilik teori... ilmiah adalah normal bilamana dalil kerap berubah suai mencari adil... seperti citrawara purbakala kisah Sang Sakuriang dengan Odipus ..."


Hati bila jernih pantulannya membuka lubuk nurani insan. 

Terlupa Lalu Teruja

Wednesday, September 27, 2006



Santunan minda menceria jiwa terpegun sukma tatkala diri menekan kesungguhan agar Andalusia menjadi replika, terawang di fikir dipejam mata jantung pula merenyut... berbudi kiranya Andalus di benua Tudor dan haruman segar Tulip yang beranika warna...

Terpaku renyah di mata akal merayau menyelinap berorientasi menepis renyuk untuk reparasi agar tidak terjadi repatriasi... kerana yang pasti repetisi antara proses yang melelahkan...

Lalu pancarkanlah bual yang tidak bercela seperti misalnya tanpa puji dan puja tidak juga jika bersama caci yang cela... harus tidak meruntuh apa yang dibina ... kombinasi urai untuk cantum... jernih untuk resapan bersih mendekati yang berjarak menghimpun yang berselerak.

Agar bungkah yang bersegi dapat di dimensikan dengan harapan moga terbundar juzuk-juzuk dek terlalai ia di cerakinkan. Cerbis celaan biarlah sekadar sebagai kicauan siulan si ceriwit yang merungut bukan tanda cerewet,sekadar hanya membenarkan hukum hak bebas diri hadirnya bersama demokrasi.


Rempuhan para delegasi mendelik mata hitam yang berseri putih tatkala demam bervirus tidak kebah telah berabad lama... kerana hubungan yang sekadar melepasi hajat naluri... lantas perlu di orak langkah agar hidup berdestinasi lebih produktif serius untuk sentiasa kreatif. 
Aktif dalam acara kebajikan beriring mulia budiman
yang dermawan agar sosial tidak terlepas dari lingkungan politik dan ekonomi sehingga individu tidak lagi hidup menyendiri.

Mengarah dengan niat untuk melaksanakan penyerahan diri agar selamat duniawi dan ukhrawi.
 Jujur adalah juara amanah kerana yakin Islam agama yang berperanan sebagai pencetus ketentuan yang menyeimbangkan kehendak dan tanggung jawab jiwa manusia.

Setelah sekian lamanya generasi saling dilahirkan, pengalaman yang bagaimanakah upaya menambah maju darjat manusia? 

Jiwa Yang Menjejak

Friday, September 15, 2006



Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan teladan bagi meransang kasih sayang di dalam jiwa kanak-kanak?

Imbasan soalan seorang penceramah yang masih diingati ketika menghadiri kursus berkaitan emosi kanak-kanak.

Guru dan pelajar mengajar untuk belajar supaya menjadi terpelajar. Ragam ayat mempengaruhi emosi kerana disebut dalam minda tenang mesra untuk lahirkan rasa enak dan girang.

Harmoni adalah keseimbangan minda dan hati. Sukar untuk mewujudkannya jika guru selaku pendukong utama tidak bersedia berfikiran terbuka bertolak ansur untuk mengubah sikap semasanya.

Kanak-kanak syaksiahnya berbeza... ia menjanjikan risiko... iaitu jika tiada minat yang tinggi, guru secara tidak disedari berupaya menyalurkan bijak yang kurang hikmah... misalnya letih guru jika terzahir, bosan jemu anak-anak terungkap dalam laku yang agresif. 

Bila agresif ia membawa kepada perlaksanaan menghukum yang menerbitkan pertikaian. 

Guru sering terlupa anak-anak memerhati untuk mengamati.

Lantaran itu merealisasikan cenderung minat untuk mengasihi dengan jujur pasti akan menyalurkan cabaran minda untuk berinteraksinya antara akal dan hati... agar segar harmoni berkomunikasi. Tanpa komunikasi hubungan hanya sehala biarpun ada perantara!


Guru wajar menyebar kasih dengan tabah dan sabar agar lahir nilai mulia untuk dicetak ulang oleh jiwa anak-anak didiknya. 

Mulianya guru kerana sentiasa bersedekah ilmu dan bimbingan, teladan dan simpati kasih sayang.

" Setiap seruas tulang dari seluruh manusia itu harus memberikan sedekahnya pada setiap hari yang menerbitkan fajar. Mendamaikan dengan cara yang adil di antara dua orang yng bersengketa adalah sedekah, membantu saudaranya dengan mengangkat beban barangannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah untuk solat adalah sedekah, menghilangkan perkara yang menghalang di jalan juga sedekah. " 

Jumaat, 17 April 2015

Kehilangan

Saya sebenarnya tidak suka dengan tema dinamik yang saya pilih tanpa rela.

Ia telah melupuskan keaslian dan ketenangan saya untuk menulis.


Saya tidak suka tema dinamik ini dan cuba mencari warna-warna yang menjelaskan jati diri saya berperibadi sebagai seorang wanita muslim yang berakidah yang masih hidup di zaman anak-anaknya.


Saya tidak suka tema dinamik ini apabila dengan rendah diri saya masih efektif dan pro aktif untuk menulis berdasarkan pengalaman saya membaca masyarakat teluk yang tidak diterima sepenuhnya di eropah dan barat dan tidak pula mereka berhasrat untuk dikenali sebagai orang-orang afrika, tatkala mereka mendapat sokongan dari masyarakat di benua kecil India setelah mereka tidak dikenali sebagai orang-orang asia jauh.


Saya suka menulis di dalam kerangka yang membuatkan saya beroleh ketenangan sewaktu menulis.


Gelodak rasa yang terhimpun ini semakin hilang sakinahnya semakin luput ketabahan untuk saya berbicara, jikalah tidak mengenang hitungan qadar yang telah ditetapkan Allah ingin sahaja saya menggunakan tema klasik untuk meneruskan catatan yang telah lama dicatatkan namun tersimpan dek persendaan 'mereka' yang saya pernah percayai.


Walaupun saya tidak tahu berbahasa ahli-ahli syurga, tidak merdu dan fasih bacaan al-qurannya dan tidak mampu menghafal hadis-hadis yang menjadi garis pandu saya mencatat, saya memahami erti saya menjadi seorang muslim.


Saya kehilangan hasrat yang bernyala-nyala untuk menulis apabila melihat warna-warna yang diberikan untuk menjadi hiasan di tata skrin ini...pilihan huruf yang tidak menzahirkan jati diri saya sebagai seorang muslim...catatan saya kehilangan keasliannya apabila saat pertama kali saya mencatat pada bulan May 2006 kira-kira hampir sepuluh tahun yang lalu telah hilang telah luput dan tiada lagi menemani keashikkan saya ketika menulis.


Saya kehilangan... saya berasa kehilangan.

Isnin, 13 April 2015

Kisah Ahmad Muttaqin, Siti Hanan Dan Ahmad Mustaqim



Hanan- (kakak), Mustaqim- (abang) dan Hilman- (adik) rakaman 13/10/07

Along- Muttaqin dan adiknya 'kakak' - Hanan. Rakaman pada 31/8/07

“Mak, bolehkah abang berkawan dengan budak perempuan?”tersenyum-senyum anak lelaki kedua saya yang dipanggil abang yang ketika itu baru berusia dua belas tahun bertanya sambil berbaring di sebelah saya.

“Muda lagi, mahu berkawan yang bagaimana,jadi teman berjalan bersama atau abang mahu berkasih-kasihan,nanti banyak masa terbuang bila melayan perasaan.”

“Berkawan sahaja. Bukannya ada apa-apa.”


Beberapa minggu seterusnya abang yang sulong, kakak dan adik sudah mula memberi laporan berasas apa yang mereka lihat waktu di sekolah.


“Akak tidak sangka, abang seperti itu…geram betul.”

“Abang sudah mengada-ngada di sekolah,”yang bongsu sudah menjadi pendakwa sukarela.


Along yang tidak banyak berkata bicara mudah difahami kerana antaranya dengan adik lelakinya itu seputar sealam masing-masing sering melindungi dan memanafaatkan hubungan baik agar tidak ada leteran menasihati.

Sukar mahu menolak perbezaan masa dan anak-anak terkeliru andai tidak ada ketegasan dan terserlah kekhilafan.


“Abang sebenarnya sunyi dan suka berkawan sahaja dengannya.”

“Sehingga berdua-duaan dan memanjangkan masa perbualan di internet?”

“Emak marahkah? Abang tidak bersentuhan dengannya sekadar berjalan bersama dan abang rasa seronok bila ada yang cemburu…”


Bila diadukan kepada abahnya,diam tanpa ada reaksi. Orang lelaki memang agak praktikal, spontan dan sentiasa matang bersikap terbuka. 

Ini sesekali membuatkan saya merenung menginsafkan diri yang kerap beremosi.Tetapi jika begini bererusan sikap orang lelaki, ada juga bahayanya.


“Begini sahaja kakak, di sekolah bila bersua abang berdua-duaan begitu, beritahu baik-baik ajak teman-teman yang lain untuk bersama, usah ditegur dengan marah, dia baru sahaja akal baligh, mungkin ada sesuatu yang sedang dialaminya dan kena hormati peribadinya.”

“Akak tidak setuju! Emak kena tegas ashik mengalah sahaja pada setiap perbuatan anak-anak.”

“Abang dah diberitahu apa yang dilarang apa yang dibolehkan, sebelum berkawan abang sudah meminta izin pada emak, memadai bila mak sudah mengetahuinya.”

“Bila berjalan adakan jarak dan batasi diri usah terlalu berdekatan dengannya, bahasa usah terlalu manja, usah mengungkap jiwa…” mahu tergelak dibuatnya saat mencuba memahami saat anak teruna mengalami keremajaan.


Namun ada ketikanya kerap juga orang dewasa tertimpa perasaan seperti ini dan ia amat sukar untuk dihadapi hanya gara-gara  mengaktifkan telekomunikasi tanpa menyedari iman juga teruji.


Ada saatnya sukar memadam apa yang pernah menjadi realiti.

Remaja perlu dibiasakan dengan adab-adab dan cara-cara pergaulan yang baik tatkala mereka tidak mengetahui makna fikh dan peraturannya dalam membina akhlak dan budi pekerti.

Mendidik moral dan mengindahkan akhlak lantaran adab itu antara cara pendisplinan yang mengasuh rasa penghormatan dan penghargaan diri.

Anak-anak usah dibiarkan membuang persepsi secara sia-sia menerusi penilaian dari rupa dan bentuk luaran sahaja.

Ada saatnya ia tidak berkekalan begitu.

Zahir dan batinnya mesti diusahakan agar sama seiringan gandingannya.


Hubungan yang baik terjemahan dari keluhuran pekerti yang diadun bersama sifat malu manakala yang menjejaskan harmoni dalam berbaik sangka adalah ketika hubungan terjalin, tersimpul bersamanya iri dan cemburu yang memudahkan rasa membenci.

Namun tidak wajar disingkap sesuatu yang tidak lagi berlaku hanya untuk menetapkan rasa yang mewajarkan tindakan.


Anak-anak amat perlu ditingkatkan kepekaan terhadap persoalan ini dalam memelihara hubungan baik sesama mereka.

Nyata dengan jelas tuntutan kejiwaan bersandar kepada agama yang membentuk asas keyakinan di dalam mendidik anak-anak.

Andai ada yang mencela atas sesuatu kekurangan dan kekurangan diri ia adalah kelemahan yang bertujuan untuk memperbaiki dan memulihkan peribadi dan fikrah syaksiah anak-anak.


Mengenali hak-hak di dalam persahabatan akan mencirikan perwatakan dari kemurniaan wibawa bina diri kerana hak-hak itu yang dituntut untuk dipelihara bukan didendami jika ia disepikan.

Paling utama untuk memberikan rasa kasih amat perlu dijelaskan kepada anak-anak wajar diberikan lebih masa untuk mengenali terlebih dahulu bagaimana urus reda Allah sebelum meletakkan setia untuk dibalas rasa kasih itu sesama manusia.

Cinta dan kasih sayang kerana Allah bukan kerana peribadi upaya mengikat akhirat sebagai sebab untuk berkasih.

Maknanya kebolehan untuk memisahkan antara dosa dan pahala tetap wujud di dalam cinta dan kasih sayang terjemahan dari fikh dan sunnah di dalam Islam.

Jumaat, 10 April 2015

Ketiadaan Muslim Internet Security Product Merugikan Ummah

Blog ini adalah blog catatan awal saya di alam siber setelah saya berhijrah ke Qatar.

Walaupun hanya menulis dan mencatat saya beranggapan ia adalah termasuk kepada lingkaran berkerja dengan tangan sendiri berdasarkan tunjuk teladan dari Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam yang berpesan sebaik-baik pencarian (pekerjaan) ialah pendapatan seseorang dari usaha tangannya.

Twitter ini tidak wujud dan saya tidak faham bagaimana McAfee mengklafikasikannya sebagai selamat apabila ia kini diubah menjadi http://twitter.com/HajjahLelawati
Apabila kertas-kertas eletronik dikatakan akan menggunakan sinar solar serta sel bateri, di manakah graduan-graduan muslimin dari institusi serta kolej di negara-negara muslim bagi mewujudkan 'ínternet security produt' bagi menghadapi ancaman-ancaman virus di jalur fiber optik, internet, jenayah siber, capaian muat naik pelbagai kemudahan secara online, virus, spyware, spam, website yang merisikokan keselamatan pelayar siber,  'haram', ancaman dari jaringan sosial, 'phishing', 'online identity theft' dan seumpamanya yang meluas dan mempercepatkan pengedaran sifat akhir zaman melalui fitnah?


Allah Dan Malaikat Raqin Dan Átiq Memandang Kita

Dengan tegas saya tidak mempertautkan blog atau nama serta nama pena dengan twicsy website.

tejathanaif adalah nama pena kepada seorang manusia (wanita melayu muslim)

Saya menemukan nama pena saya 'tejathanaif'telah digunakan oleh t.co....
twitter saya juga dikelirukan di @HajjahLelawati
Blog ini tidak dipertautkan kepada mana-mana permainan siber.

tejathanaif adalah nama pena bagi seorang manusia yakni seorangwaita yang telah bersuami yang juga merupakan seorang ibu melayu yang beragama islam dari Selangor Malaysia yang menulis dan mencatat secara aktif di jalur internet..