بسم الله
Saya tidak mahu blog ini dikaitkan dengan mana-mana komuniti masyarakat pekerja yang mendiami di compound kami di Abu Hamur yang berlokasi di belakang Dar As-Salam Mall oleh kepantasan kemudahan akses pelbagai kemudahan dari jalur fiber optik.
Kepantasann jalur lebar ini telah dikesan mewujudkan pertindihan tempat yang sering mengelirukan kami apabila satelite gagal melokasikan dengan tepat lokasi-lokasi yang sangat diperlukan untuk pengesahan peta di talian internet dan jaluran gelombang.
Kediaman sah kami ialah Unit 6 - Beverley Hills Garden 11, Abu Hamur di
Al-Mamoura kira-kira 20 kilometer dari ibu negara Qatar, Doha.
Ini perlu dijelaskan kerana kedapatan beberapa 'compound' yang beralamatkan Beverley Hills Garden bermula dari Beverley Hills Garden 1, Garden 2, Garden 3, Garden 4, sehinggalah Beverley Hills Garden 12 dan 13 jika saya tidak silap (kerana pernah melihatnya ketika memandu jalan-jalan di sekitar Al Maamoura dan Al-Waab.
Apabila kekal ketepatan lokasi diabaikan oleh pengesanan dari GPS alat-alat komunikasi serta fiber optik ia upaya menjadi titik kepada penularan fitnah.
"Diwajibkan atas kamu berperang (pada jalan Allah) sekali pun kamu membenci peperangan itu."
Ya, amat meletihkan apabila perlu berperang bersendirian bagi menangkis ketidak tepatan bacaan lokasi menerusi bacaan teleportasi menerusi talian digital yang kini diparahkan oleh penggunaan telefon bimbit yang menghalunisasikan kewujudan sesetengah pihak yang bertindak sebagai pengawal.
Ianya sangat bahaya apabila keluasan persegi yang dijadikan sasar semakin meluas bagi pengintipan menerusi gelombang yang mewujudkan kesan psikologi ke atas kehidupan ummat manusia yang perlu bersiap sedia berdepan dengan realiti ketidak terlihatan para syaitan yang menjadi batalion dajjal malah usaha-usaha untuk melahirkan 'penyelamat atau messiah' yang tidak beriman.
Adalah satu kesalahan jika dibenarkan pihak di luar lingkaran fikrah muslim membenarkan istilah perang diberikan penakrifan yang sama seperti pendudukan Amerika di Vietnam atau Afghanistan dan Iraq misalnya dan seperti pendudukan tentera British di Falkland atau tentera Rusia di Afghanistan.
Pengawalan jarak jauh yang sering tersasar ini sangat tidak adil apabila pihak keselamatan bagi negara tertentu menggunakannya ke atas individu awam yang tidak melakukan kesalahan seperti yang berlaku di Palestein dan Syria yang tidak pernah dianjurkan untuk mereka diberikan ganti rugi serta pampasan di atas kehilangan harta benda dan nyawa apabila mereka bukan anggota tentera yang bersenjata.
Peperangan ke atas kejahiliahan untuk iman menjadi hala tuju insan berpradigma adalah jihad di zaman moden dekad 21 ini yang sepenuhnya dikuatkan oleh akidah yang menghayati zat Penciptanya tanpa tertakluk kepada sandaran akal semata-mata.
Peperangan ke atas fikiran yang tidak mampu menubuwwahkan wahyu-wahyu Allah ke atas akal, minda, mental dan intelektual meski pun rohani dan emosi serta jasmaninya waras dan sihat merupakan cabaran yang perlu ditangani oleh generasi muda yang tidak sepenuhnya memahami makna menjadi muslim setelah menerima islam.
Blog ini ditulis di dalam bahasa kebangsaan Malaysia. Silu untuk menggema ia berbau sastera dek terkalang di mata terasa di hati, terkatung-katung bak biduk patah kemudi tatkala terkelap mata hilang lading malang benar bila terkena ikan bersorak sakan terkena adang manis upaya menjadi masam,,,lelah...terkilan-kilan di hati terkenang kenang di mata bila serasa di dalam daging ada duri.
Sabtu, 31 Oktober 2015
Jumaat, 30 Oktober 2015
Bila Semua Yang Lupa Itu Tidak Ingat
2013
Ada pertanyaan untuk seorang Dato Seri yang telah lama bermain di minda.
(bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini masih dipenjarakan).
Ingin saya mengujarkan untuk mendapatkan persetujuan.
Bahawa perkara utama yang perlu mendapat tumpuan masa kini adalah bagaimanakah mahu mengambil dan mencipta kesempatan menyatukan bangsa melayu dan rakan-rakan bangsa yang lain di negara kita dengan satu tujuan agar mendapat hidayah dan berupaya menterjemahkannya demi kemaslahatan ummah?
Sistem yang kita miliki sekian lamanya memerlukan perbaikan untuk merubah.
Namun sebelum itu bersetujulah bahawa terlebih dahulu hati-hati perlu disatukan kerana melaluinya baru dapat disingkap pancaran kejernihan kalbu agar dapat 'memantulkan' kejernihan pada setiap apa yang dilakukan.
Dari hati akan tersemai kasih dan sayang sesama insan di dalam masyarakat kita.

Catatan Hari Rabu 28/6/06
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tidur berehat sambil berselawat,
Terasa pana lesu bila kesiangan,
Seorang doktor adalah perawat,
Merangka kemajuan melalui perjuangan.
Kuntuman bunga raya mekar sejambak di taman,
Hiasan anjung yang sering sepi,
Usahalah sentiasa usah lari dari kegagalan,
Antara kata-katanya yang tersemat di hati.
Tidak bertolak-ansur tanda minda di tutup,
Elak berprasangka bila berdepan politik ekonomi,
Tidak berwawasan kerana imaginasi dikatup,
Usahlah sentiasa ' melarakan ' doktor kami.
POSTED BY THANAIF

Skrip Yang Mana Menjadi Pilihan?
2013
Skrip sering di salah ertikan sebagai hanya menjadi milik manusia sebagai penulisnya.
Sebenarnya skrip asal di tangan Allah.
Mengapa?
Kerana kerap tersasarnya matlamat penulisan skrip oleh manusia mengakibatkan pelbagai natijjah.
Natijjah yang menembusi ruang-ruang kemanusiaan hingga hilang arah tujuan yang mahukan keamanan dan kesejahteraan seluruh isi dunia.
Sukar mahu mempercayainya?
Lihat kepada bukti mengapakah ada yang mundur tetapi sebenarnya kaya dengan hasil bumi.
Mengapakah ada yang kerap rela dibuai-buai dengan belaian lunak sedangkan kekuatan ada dalam dirinya...
Keagungan yang di yakini membawa kejayaan di dunia dan akhirat.
Mengapakah hanya ada segolongan sahaja yang mampu menjadi jutawan mampu menjana fokus mengembeling tenaga suara untuk meningkatkan, mengaktifkan dan mengkreatifkan makna kebajikan?
Skrip ekonomi milik insan yang bagaimana pula?
Pada yang sedia ada kekuatan dari sumber yang 'di alihnegarakan' atau perlu dimiliki oleh yang lemah tertindas dinafikan hak 'kemanusiaannya'?
Perlu difahami bahawa apabila kekayaan telah tercipta, peluang untuk meraih dan mengurus keuntungan mesti disalurkan kepada kebajikan dan kebaikan oleh mereka yang memiliki sumber kekayaan itu yang turut 'di millik usahakan' oleh sesetengah golongan.
Proaktif dari yang 'bijak pintar' sewajarnya tidak pada kata-kata tetapi perlulah 'dihitam putihkan' dalam helaian kertas sebagai sumber rujukan untuk mensahihkan apakah ada kecacatannya di masa kemudian.
Seimbang dan sederhana adalah sistem dari Islam.
Ia merupakan sudut-sudut yang sempurna tidak di putus-putuskan... antara realiti dan fantasi, rohani dan jasmani, individu dan masyarakat, dunia dan akhirat.
Timbang taranya adalah keadillan.
Hak tidak di abaikan. Hanya hawa nafsu yang telah menganiayai diri sendiri.
" Aku tidak memberatkan kamu melainkan sekadar mana yang kamu mampu. "
Kekuasaan yang diiringi sama oleh kekayaan antara contoh punca kepada rosaknya kemanusiaan kerana ia adalah akar umbi kejahatan apabila pendukongnya meninggalkan nilai beriman dan hanya melakukan tanggungjawabnya kerana amanah dari Allah.
POSTED BY THANAIF
Cerita-Cerita Dahulu
2013
Waktu itu cuaca mendung dan alam muram dengan rintikan hujan.
Saat itu ketika berada di Dewan Megawati Shah Alam sekitar jam tujuh pagi, satu pesanan ringkas dari kakak memberitahu pemergian isteri seorang pemimpin.
Agak terkejut kerana sebelum ini berita memberitahu allahyarhamah berada di rumah dalam keadaan yang boleh berbual-bual dengan rakan-rakannya.
Saya menjadi lemah dan terasa tidak bermaya kerana saya pada waktu sebelum itu secara peribadi berprasangka terhadap allahyarhamah... memikir-mikir dan merasa-rasa bahawa mungkinkah allahyarhamah itu seorang yang sombong dengan raut wajahnya yang jarang tersenyum.
Saya amat menyesali perasaan itu.
Saya menangis dalam diam waktu itu rasa sakit menikam hati.
Baru saya menyedari allahyarhamah benar-benar menderita akibat sakit yang dihadapinya.
Sedangkan saya sangat terpesona dengan minatnya terhadap seni halus tradisional batik dan songket yang menampakkan kasihnya pada bangsa melayu kerana batik dan songket adalah hasil kerja orang melayu dari pantai timur.
Saya menilai bagaimana dengan usaha dan minatnya itu akan ramai wanita pantai timur bergelar usahawan kerana batik dan songket mahu di pasarkan ke luar negara.

Beliau juga mementingkan kasih sayang di dalam keluarganya.
Airmata saya ketika itu yang tidak dapat dititiskan kerana sedang berada di dalam majlis rasmi di kediaman Menteri Besar (menemani emak dan balu-balu polis yang diraikan menjelangnya eid fitri jika tidak silap) meremukkan hati bila mula mengenang-ngenang bagaimana allahyarharmah bersendirian berjauhan dari insan-insan yang dikasihinya menguak derita sakit seorang diri...
Malamnya sesudah menghadiahkannya Fatihah dan Yaasin saya bermimpi beliau di kelilingi ramai wanita yang berpakaian putih di bawah khemah putih dengan senyum melambai pada saya dan kami bersalaman...
Beliau kelihatan amat gembira ketika itu.
Wallah hu 'alam.
Namun selagi Allah menjadi Pengatur menjadi Berkuasa tidak ada apa yang mustahil biarpun di luar jangkauan akal manusia.
Kerana dengan itu seorang ayahanda yang budiman perlu dikasihi kerana dia memerlukan sokongan untuk terus tabah menjadi insan yang dipertanggung jawabkan dengan berbagai kewajipan dan amanah dari kepercayaan yang tinggi negarawan- negarawan harta kebanggaan
Ayahanda kita tidak mengeluh pedih dia diam menyendiri. Kerana itu jika kita berasa kita adalah anak-anaknya maka marilah kita bersama membantu ayahanda di mana perlu menurut kemampuan yang ada.
Anak-anak yang baik tidak akan menambah luka di hati ayahanda mereka.
Catatan Pada Isnin 26/6/06
POSTED BY THANAIF
Bila Yang Mudah Disukarkan
2013
Bidalan menggalas kata,
Kata mengungkap makna,
Tersimpul jalinan pada bicara mata,
Menggelandang anika rasa berbagai warna.
Mendekati gapura senak kegegeran,
Meninggalkan denai seekor denak,
Langkah di mara penuh debaran,
Melihat permai indah bicara tanpa jelak.
Kata bicaramu menyinar sinar,
Tanpa perlu tuan puan menggenggam kalamisani,
Kemendur umpama kembangan nilainya jutaan dinar,
Menukil ' fragmen ' gelombang ' frekuensi '.
Tidak ada bermusyawarah melainkan pasti Allah menunjuki langkah kebenarannya.
Setiap zaman ada tokohnya.
Sejarah di lihat dari sudut yang nyata .
Baik buruk natijjahnya adalah untuk kita.
Sebagai catitan butir pada satu kepastian.
Andai baik ia sebagai panduan.
Andai sebaliknya catat sahaja sebagai warisan khazanah.
Samada untuk di hargai atau sekadar nilai bukti.
Buat saudaraku.
Lahirkan cinta buat dunia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
Berteman di udara tak kenal rupa,
Yang kenal menjadi tak biasa,
Yang tak kenal pula menjadi biasa,
Mengukur baju di badan sendiri,
Agar tak rasa sesal di hati,
Insan punya harga diri.
Mahu berkenal perlu beracara,
Ukuran adat bimbang tak setara,
Indah budaya santun kaya semarak bewarna,
Selamat berkasih sayang dan membina keluarga.

Catatan pada hari Jumaat 23/6/2006
Imbasan Semalam
2013
Sikap marah adalah sikap jiwa,
Memberontak kerana tak ada siapa peduli,
Tetap ada baik marah ini sebab ia memelihara,
Agar apa yang dilarang Allah tetap di benci.
Namun mesti dijaga juga tidak boleh bersebati di dalam jiwa,
Jika tak mahu hasad dendam yang keji tercela,
Bersebati memecah meruntuh segar iman jiwa,
Lalu tercabut akar umbi persaudaraan yang perlu dibela.
"Siapakah kita bilamana setiap yang dilakukan dituturkan di fikirkan malah apa yang tersembunyi dalam hati tidak sekali terlepas pandang dari Khaliq yang Pemurah lagi Maha Mengasihi bahkan Atiq dan Rakib turut menjadi saksi."
Kemanakah kita mahu berlari?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suami hamba bukan orang bergelar.
Setia pada usaha tekun pada kerja.
Hanya bergelar 'penghulu' walau seketika.
Pada waktu itu hamba masih di kota .
Kemudian suami hamba membawa kami jauh bertukar negara.
Namun tanpa dia sedar hamba teringat-ingat kampung yang ditinggalkan tak boleh lupa.
Lantaran banyak tempat telah dijelajahi kampung satu ini terlihat indah cantik dan menarik untuk dipinggir,
Lalu kerap hamba singgahi meski dalam penjelajahan ke destinasi kerap hamba temui cuaca yang panas redup terang damai dan sesekali bingar.
Kampung ini tetap bertempat di hati.
Bangga rasa hamba ketika itu bila jemaah kampung ini menyumbang banyak tenaga menyumbang suara menggabung berbagai idea menyatu langkah walau di selangseli pertikaman lidah di saat khazanah warisan berupa tulisan jawi tak mampu ' penguasa ' mempertahankannya.
Namun dek kerana telah terbina sedari awal di sudut anjung serambi bertemankan seteko kopi sepiring sukun seorang Tuk Penggawa setia dengan ashik menutur bicara tentang memperkasakan hati menjatikan diri untuk menghargai diri 'Tuk-Tuk Ketua'.
Masa tu di anjung serambi inilah menjadi tempat saluran bicara akal dan budi bila jemaahnya menjadikan ilmu sebagai suluhan hati nurani. Bukan alang-alang pembicara di anjung serambi itu...bila ilmu menjadi ladang kebanggaan mereka.
Sebaik-baik ilmu adalah yang membawa kepada kesolehan hati dan menampakkan keburukan hati itu kepada kita.
Hati tempat duduk segala rasa suka bermula dari mata rasanya di hati kasihnya di jiwa.
'Sanggah' bermula dari bibir dengarnya di telinga rasanya di hati hasilnya pada tindak dan pekerti juga aksi.
Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam ada berpesan :
" Ingatlah di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Jika daging itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh itu...akan tetapi bila rosak daging itu nescaya akan rosaklah pula seluruh tubah itu...
Segumpal daging itu bernama qalbu.
Catatan pada Rabu 21/6/06
Post by thanaif
Berfikir-Fikir Benarkah Membawa Kepada Kebaikan?
2013
Hukum menghukum untuk mendidik,
Merungkai diri dari rantaian nafsu,
Memaklum maklum bukan berniat mendabik,
Berjurai-jurai jalur dikibar apakah palsu?
Teringat hikayat lama Malang Pak Kaduk,
Santun menjurah memaksi arah,
Makan dan pakai keperluan asasi,
Menyantun bukan makna menunduk,
Memikir tentang seimbangkah antara yang miskin atau semakin parah,
Tertindaskah yang kaya jika sentiasa bersuci.
Dinar dirham emas dan perak,
Kemegahan yang disukat oeh nilai,
Cantik sekadar memandang si Merak,
Merak sendirian lemah oleh gemalai ?
_______________________________________________________
Di dalam dunia ini sebenarnya banyak jiwa yang akan menjadi mulia jika diberi peluang.
Bersahabat seperti sedarah sedaging?
Berkasih sayang seperti bercantum hati?
Namun mengapa penghayatan tidak sama antara insan?
Jujurkah bila yang ikhlas dikata berpura-pura?
Terpenjara oleh berbeza persepsi menerbit berbagai rentak dan laku?
Lantas tercipta beranika alasan.
Yang ditunding selalu pada yang lemah.
Yang silap kerap diujar pada yang lelah.
Tak cukup kudrat tak pintar bertindak.
Apakah benarnya begitu?
Ilmu sahaja di dorong fikiran tidak sama malah tak serupa dengan kreatif mendidik agar sentiasa beramal.

posted by thanaif
Langgan:
Catatan (Atom)