Selasa, 25 Jun 2013

Friday - 4 - August - 2006

Sejarah Membuka Rahsia


Orientasi menyemarak kasih mengundang rindu terhadap kelas Kertas Am dan Sejarah yang di kendalikan oleh Cikgu Alias Salleh dan Cikgu Adnan Nawang di mana tatkala keduanya berkisah kami sekelas akan terpukau oleh dalamnya cambahan info meliputi sosial budaya bahasa politik juga sesekali menurut relevan topik di selit ekonomi dalam mengupas logikal setiap kenyataan informasi yang diberikan oleh cikgu. 

Agak sukar disangkal ketepatan
pendapat yang mengutarakan bahawa pelajar yang kritis minda umumnya hasil dari pencernaan kelas-kelas dari tingkatan enam yang kebanyakan pelajarnya petah berpidato beridea yang realistik jika berjaya memasuki universiti.

Tepat sekali matlamat tidak akan di genggaman jika tiada wujudnya insan-insan yang benar-benar mampu menggalas amanah dan tanggung jawab dengan jujur tanpa beralas maksud.

Dunia selalu mengabaikan fikh syariah ketika membicarakan tamadun Islam ketika berwawancara ilmiah mengupas demokrasi mengulas kemanusiaan. 

Daulah Islamiyah di Madinah merupakan yang pertama ujaran dari kesolehan utusan Allah yang di huni oleh bangsa Arab, Yahudi juga Nasrani yang berbilang anutan.

Kesyumulan undang-undang dan peraturan dari fikh syariah yang menjulang keadilan dengan iringi kasih sayang di dalam sosial masyarakat kerap di pinggir dengan sengaja oleh tokoh sejarah dan sarjana apabila mula berbahas tentang harga manusia. Ini mengarah tumpuan melihat kenyataan bagaimana alam buana ketika ini menzahirkan hasrat ingin agar manusia yang terdiri dari penguasa dan rakyat bersama mencipta kemakmuran, memberi jaminan keselamatan dunia dan akhirat.

Ini kerana buana yang tua ini telah lelah jenuh lesu berhadapan dengan penindasan kacau bilau perseteruan permusuhan hasad dendam salah faham antara anutan pendirian yang tidak jelas samar agenda terlindung oleh kepakaran bersila uji berciri kaedah method yang membukti ketidakadilan yang menyembahkan nilai moral dan akhlak pada tempat yang salah. Natijahnya kepakaran sarjana seakan gemar tertumpu kepada kesan agenda kuasa yang menggamit haloba hasad untung dan riba.

Sesudah Perang Salib ummat Eropah berusaha keras melepasi diri dari kekuasaan gereja.

Apabila ummat ini jauh 'merantau atas sifat kemurahan hati yang peduli ' mereka kerap mewasiatkan kepada 'anak-anak jajahan' dengan kalimah keramat 'pisahkan agama dari pemerintahan'...

Lantas banyak 'khazanah pusaka' seperti komunisme, kapitalisme, sosialisme, sekularisme, imprealisme yang bergalur oleh komunisme anjakan globlalisasi di jadikan pilihan kepada ' golongan konsumerisme' yang kini mengutarakan pluralise demi masyarakat yang liberalise.


Inilah detik kepada penguasaan yang berpusat kepada kuasa yang maju mundurnya di sandar pada kegemilangan ekonomi. Didikan yang mengaktifkan keintelektualan di tukar tawan dengan kaedah-kaedah jangka masa pertengahan dan panjang untuk terus menyegarkan cengkaman jajahan agar sentiasa lahir ilmuan cendiakawan budayawan yang bestari terpelajar namun merundum nilai akhlak dan merosot pendirian terhadap agama.

Agak sinonim nama Sigmund Freud, Charles Darwin. Einstein dan Mchiavelli di minda yang sekali sekala mengucar kacirkan jiwa yang selalu rawan ini...

Persoalan bagaimanakah sebenarnya Taliban dan Mujahidin di anggap racun yang memecah belahkan melaga-lagakan permusuhan mengubah suai pendirian sesama Muslim tatkala mereka lebih dikenali mewakili patriotisme.
  Angkara demi angkara tercipta hingga makna jihad di adaptasikan berbilang segi oleh berbagai negara sehingga mencelarukan ... sudah sampai masa dan ketika diadakan hubungan dan saling berinteraksi berdiplomasi menjernihkan yang kusut agar keamanan perdamaian dan saling memahami bertolak ansur berfikiran terbuka menjadi agenda utama Badan Buana Tertua (PBB)

Tidaklah kekal diumpamakan jika 'harimau' ke mana pergi ada yang menjejaki bagi menumpahkan darah.

Kata berakhir dengan madah Imam Ghazali, "Aku berdakwah dan menyebarkan ilmu adalah untuk melawan hawa nafsu bukan mencari nama demi menghapuskan rasa megah diri dan kesombongan hati. Inilah tujuannya.
Agar Allah mengetahui dan memellihara niatku ..."

Alangkah indah jika buana di huni oleh insan-insan yang sentiasa mengutamakan niat yang jujur bukan terus beragenda pada tujuan yang kusut bersimpul. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan