Selasa, 25 Jun 2013

Saturday - August 05 - 2006

Demokrasi Celanya Pada Siapa ?


Apabila ummat yang di jadikan tajuk isu adalah ummat Islam yang berbangsa Arab maka usah berburuk sangka apabila neraca keadilan dan keseimbangan mesti berhujjah pada agama Islam meski produk yang menawar berbagai khidmat bukan produk asli.

Islam berteras tauhid. Apakah yang terjadi bila diukur keyakinan pada kebebasan pada bebas sama tara untuk berhak tanpa dipersegi dek tenggelamnya fikh syariah?

Belum akan berakhir usah di harap penyudah jika belum pasti apa tawaran apa natijah atas bukti apa ataukah hanya berdalih masa untuk menyederhanakan suhu yang dengan paksa dididihkan???

Kewajipan telah selama ini di khilafkan oleh manusia dengan petak-petak prasangka berwacana berbahagi makna.

Islam itu ada moderat, islam itu berhaluan kiri tatkala ada islam yang kanan, islam ini islam itu hadharah, hadhari,madani,militan,pengganas,pengemis,pelari,fundamental,radikal, sayang yang berhujjah bukan hanya penganutnya tetapi juga oleh 'mereka yang teramat-amat pakar dan bijak juga kasih' pada negara bermutiara hitam ...

Dalam menterjemahkan erti kebebasan di dalam Islam hak persamaan dan persaudaraan tidak di lintangi oleh perhambaan! Tak kira hamba pada siapa, isme apa, fokusnya pada siapa tatkala pengtauhidan itu menjadi alasan wujud halangan.

Agak melawak bila sesama Muslim apa lagi yang tidak, sentiasa bernada seiring kata seirama mendendang lagu tatkala nasihat di dalam Islam yang sama makna Islam itu nasihat di usul dalih berlintang helah mencari bayang untuk mencetuskan ketakutan kekhuatiran gentar. Nanti ramai yang ingin menghunus lidah pedang menabur darah kerana badwi kan tidak kenal tamaddun ... malu oleh andaian ini yang sentiasa mengabur menyempit fikiran mahunya peraturan itu sekadar peraturan di atas sehelai kertas dengan bait kata yang pendek sejengkal ...

Bukalah fikiran ini era gemilang abad 21 ! Bermain masa emas yang di gadai sedang sudah tidak mampu mata memandang kehancuran esak tangis sedu sedan sentiasa diherdik hina tanpa terfikir merenung maruah dan nilai harga dibuat pekasam sesukat garam masinnya kelat kerana manis telah hilang!

Siapa yang peduli siapa yang melarang siapa yang mahu menjadi pejuang selain sentiasa sudi menjadi dalang ! Mengapa Palestein mengapa Hizbullah mengapa juga Al-Qaeda tidak mahu diajak bicara membetulkan apa yang telah tersalah faham ...
Mereka ini manusia atau apa ? Mereka ini tiada jiwa atau apa? Mereka ini tiada pancaindera seindah milik kita?
Atau hanya ' bangsa ' yang sentiasa mulia keturunan sahaja berhak maruah dipelihara?

Jihad juga merupakan nasihat. Nasihat guna bicara bersuara bukan sekadar kalam yangberbahasa bisu sebab ada yang memasang telinga biar dengan apa cara menceroboh hak nilai peribadi ikut suka!

Silu segan terpana kedu bilamana aurat rohani bercanda mesra dengan akal yang terbeku lara dek kerana sentiasa aktif beraktiviti eksploitasi hingga ummah sejarah nubuwwah sentiasa sudi menjadi minoriti tak mahu berdikari.

Julangan gagah perkasakan demokrasi seluruh penjuru alam tanpa produk jelas sumber mana rujukan.

Bersetujulah selama ini terlalu berdiplomasi telah meluluhkan banyak zarah-zarah seni hingga terbelakah hak-hak asasi?

Sedang runtuhan bata makin bertimbun sama tinggi dengan bangkai manusia sedang penguasa masih nyenyak tidur bemimpi di empuk tilam bersantap selazat selera juga berdandan menambah jelita!

Bergendangan mengetuk gong meniup serunai berbagai kicauan memetik jari menunjuk hati namun tetap tersadung sumbang bila hanya satu bangsa menjadi manja di mata!
Lubuk gelodak politik seakan di adili oleh kemuliaan bangsa yang mercu tandanya tunduk pada ummat yang silu tapi bermaya kerana telah hilang harga! 

Mari sejenak diangkat kewarasan mengapa mahu dinafi unsur asas terjadi perbantahan???

Penyelewengan dalam dewan demokrasi mulia di atas pilihanraya.

Urusan hanya utama teraju oleh niat dunia.

Manusia yang ada hak istimewa atas demokrasi sewenang rasa tanpa diadili terus di siksa dihumban dalam penjara.

Geharu cendana berpura-pura ditanya pada si kura-kura ...

Kura-kura yang didominasi oleh kelembapan terinsut merayap-rayap cuba bersuara, dasar dari langit agamanya pilihan Pencipta meninggikan maruah setiap bangsa jika mahu bermanhaj sahih berbentalakan akar akidah.

Kreatif dan aktif tanpa syak tanpa prasangka ... jika yang membina kejujuran berpandukan iman keyakinan untuk bersaudara dengan damai terus terabai maka apakah ia pengganas perobek maruah manusia???

Apakah pegangan jika dasar kebebasan dengan diizin memijak menghentak menghenyak tanpa mahu bertemu mata bersila mesra di nafi kesediaan berunding bicara layak diujar demokrasi terpimpin yang gempar menghidu mewah berkuasa atas perdagangan yang berjela masa meneguk manis madu berupaya kaya megah dengan berbilang senjata!

Demokrasi yang bermaruah adalah bila marhaen diberi pilihan mentadbir urus kegiatan politik tidak terpisah dari kehidupan mengatur dengan saksama bukan mencipta helah membenar agenda.

Demokrasi yang ada harga adalah bila marhaen tidak wajar dipaksa kepada apa yang tidak mereka inginkan.

Demokrasi yang ada jiwa adalah marhen bukan hamba penguasa, penguasa bukan raja tanpa cacat cela yang terhindar dari di sula.

Demokrasi yang ada hati adalah marhaen yang didengari suara dibolehkan kritik biar ia berjela.

Demokrasi yang hidup mindanya bukan bersilang tangan berebut gilir kuasa dedah pekung di dada untuk harga tenaga hanya terdedah oleh bicara setia media yang merana oleh sekatan yang pagarnya kawat duri beracun tuba.

Demokrasi bermakna usah kerap bersilang kata menangguh masa tidak rela membelah cinta kerana hanya satu bangsa.

Demokrasi tercipta adalah bukan di anggap perselisehan itu membawa derita tetapi membawa manafaat berganda.

Penat mahu berhujjah makna demokrasi ciptaan manusia bila setiap yang di suara tidak sejajar dengn apa yang di lakukan bila ia beribu gaya dan cara hanya untuk memenangkan si juara atas nama kuasa.

Di angkasa riuh burung besi berkicau membingit telinga sedang buana damai tenang tiada sengketa.

Inikah demokrasi bila yang berbicara kasih juga yang sama menambah derita saudara sebangsa??? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan