Sabtu, 18 April 2015

Semakin Menjauh

Sayup sapaan mata lesu Jelatik menghiris sukma... apakah ia akan begini selamanya?

Tuhanku andai lemah dirinya berilah ia kekuatan,
andai parah luka sakitnya berilah penawar menyembuh sengsara...
andai... andai ... andai... airmata sudah semakin lebat.

"Serindit, sejenak kita menoleh kepada Jelatik seakan selamanya kita akan terus bertilik umpama tidak puas dahaga oleh embun setitik."

"Bagaimana hati tidak menangis bersendu talu oleh diri yang dihimpit ragu. Semakin terpinggirkah kebenaran dalam mencari saksama.
Terlindungkah hak oleh batil yang gagah menjenguk wajah...
tiada putuskah bicara lidah... yang kelunya adalah pada amal yang semakin menjauh jarak."


"Tafakurlah guna untuk istirehat jiwa... andai tuan hamba terasa lelah"

"Masih bersemi kuat mengikat hati kudrat pemberian Ilahi. Hiba ini sebentar sahaja... guna membina nekad minda. Untuk rasa gundah hingga lelah tidaklah ia mudah bersebati dengan diri... membazir masa tidaklah ia akan memberi rugi kerana apa yang ditempuhi adalah rasa senggang untuk menggilap lusuh hakikat diri."


"Hamba akur pada resahmu... kini kita semakin jauh dari nyaman udara angkasa, semakin kerap kita membina sarang semakin galak hujan angin menghempas menerbangkan sarang hingga pecah berselerakan... sisa yang tinggal untuk dibuang..."

"Melihat Jelatik sukar hamba bertilik dari tindas menghukum khilaf apakah pemikiran Jelatik irama dari nada tradisi demi isbat menghulur klasik ironi oleh gagal menukar maju moden alir langkah memikir."

"Maksudmu ... Jelatik masih berfahaman kampungan hingga ia tidak mampu mengolah suai selaras apa yang tuan hamba hasratkan.
Jelatik hanya seekor ayam sabungan... segarnya di fajar mega bersahutan kokok melaung gema... tahunya hanya mematuk empingan bertih bersama seteguk air menjelmakan kuasa tika berpecak silat di gelanggang. Jika baik untungnya, di redup suria ia bersuara, jika tidak akan terbiarlah ia disangkar durja... merawat luka buat mengumpul tenaga."

Tanpa sedar tanpa rasa resah asuhan minda sudah hilang arah lantaran tiada peka pada cabaran kuasa alih berpandangan.

Hati ini semakin sayu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan