Sabtu, 18 April 2015

Sukar Yang Susah

Tuesday, October 03, 2006


"Apa khabar dirimu? Semenjak kelmarin tidak banyak yang hamba dengar selain melihat gugur airmata teman-temanmu. Hamba semakin terasa lelah... kobar semangat meruntuh seiya sepakat kata... hamba juga gundah terasa duduk berseliseh bahu kini seakan jarak berbilang batu."


"Hamba sedang dan ingin juga mahu menilai mana saudara mana sahabat, mana yang hanya sekadar teman pengiring langkah.
Roboh kota... oleh nilai tafsir kata... seperti memungkinkan nyawa dan badan sebagai pertaruhan."


"Jika tidak di hirau sumbing senyum, dengarlah tangis anak dan isterimu."


"Tuan hamba tewas bukan di gelanggang... kalah di medan pertaruhan percaturan yang memungkinkan segala-galanya andai undang-undang Maha Hakim dikira mulia tetapi sebak di dada hamba ujarkan, kita dakwa hanya sesuai pada sekian-sekian ketika, sempurna hanya pada setengah-setengah manusia, manafaatnya dikira-kira dahulu labanya...."


"Sedari awal, terbang kita tidak berkawan-kawan... Kita tidak sama sekufu biarpun sama sebangsa... kita terbang bersendirian
 cuma sesekali
kita bersua, teman bukan semua sahabat dan sahabat tidak semua saudara, saling berkenal untuk bersapa apakah gugur hormat dan akan pudar bisa?"


"Benar... selama ini hamba cuma unggulkan kata setia tetapi tidak hamba hirau erti setia... hamba mara menyabung nyawa... hamba menyisir lembah mawaddah tatkala riak saudara sebangsa meminggir, hamba tersingkir..."


"Kita harus bebas dari cengkaman syak bercuriga. Andai tuan hamba dapat kuasai kesamaran yang selama ini menyelisehkan makna bebas, tuan hamba tidak akan terasa berat berhadapan dugaan..."


" Mahu ku tahu apakah selama ini hidupmu bertumpu pada sasaran ingin menang sahaja, atau ingin mengubah semata-mata, atau ingin bertaghyir sahaja atau ingin akidahmu sejahtera terpelihara untuk memelihara jiwa dan minda... amanah tanggungjawab yang amat berat redha Allah menjauhimu dari bencana."


"Pilihan di tanganmu Jelatik, semalam anak-anakmu berdoa di hujung kakimu... saudara sebangsa kita membisik merintih sayu melihat keadaanmu... muafakat membawa berkat. Hak tetap tidak akan tergugat jika dialog hati dan mindamu saling bertukar dengan minda dan hati anak-anakmu... usah biarkan isterimu sayu..."

----------------------------------------------------------------------------

Memutih kolam hati dengan putik-putik rasa... yang gugur oleh 'benarnya' rasialisme hingga kerasionalan sebagai pembelajaran mengutama tanggungjawab sebagai keperluan sering mahu di asing-asingkan.

Cerdas akal oleh ilmu bukan desak ransang untuk pengaruh oleh radang kuasa hingga tersebar dakyah bersarikata. 

Sikap orang yang
berpendirian ia mencari mendalami untuk memahami pengetahuan tentulah berbeza dengan orang yang sekadar mudah menyerah minta ditunjuk jalan.

Penguasa yang cinta ilmu ia mendidik agar rakyat tidak menjadi keliru. 

Mengujar tidak dengan hanya teori namun mengutamakan aksi kerana natijah telah ditinggal sebagai bukti... 

Andalusia, Sicille juga Cardoba bumi yang menjadi saksi.

Penjajahan fikiran akan terturas oleh roh ulamak, cendekiawan, ilmuan dan negarawan yang beriman.

Muhammad sallallah hu alaihiwassalam seorang yang ummi namun hatinya celik oleh ilmu yang dihayati menjadi amalan bukan semata-mata kerana baginda seorang nabi tetapi baginda adalah saksi makhluk di hadapan Ilahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan