Khamis, 23 Ogos 2012

Dari Dalam Diri Kendiri Bentala

Blog ini tidak boleh ditukar penggunaan bahasanya.

Blog ini ditulis di dalam bahasa rasmi Malaysia dan sepenuhnya dimiliki oleh Lelawati binti Mohd. Ali yang tidak berkongsi penulisannya dengan mana-mana individu atau kumpulan.


Blog ini tidak dijual dan tidak diwakili oleh orang lain bagi pihak saya sebagai pemilik sah pada hak cipta yang dikandunginya.


Kesemua catatan ini ditulis pada sekitar awal tahun 2006 dan tidak mempunyai pautan dengan mana-mana media dan badan penyiaran kerana tidak pernah diketahui wujud keadaan seperti itu.


Blog ini saya kategorikan sebagai karya sastera kerana mengandungi cerita, puisi, karangan, artikel, journal, siri monolog, biografi sejarah diri saya secara peribadi, penulisan pemanuskripan diri saya yang menggunakan nama pena tejathanaif dan thanaif.


Saya memahami dan menyedari penggunaan perisian komputer yang bersifat digital terhadap blog-blog yang ditulis di skrin eletronik yang upaya meletakkan catatan peribadi blog Kendiri Bentala Tunjangnya Akar Akidah sebagai Harta Intelek saya untuk dilindungi.


Saya tidak mengakseskan penulisan blog ini sebagai aktiviti sukan kerana saya menggunakannya bagi memodeulkan minda untuk mempelajari isu-isu kemanusiaan yang menyuduti sisi hak berperibadi sebagai asas memahami kebebasan yang dibenarkan oleh undang-undang yang memelihara agama dan akhlak bagi menyantunkan makna kebersamaan di dalam memahami maksud persamaan yang sangat wajar diperbaharui sistem perlaksanaannya dengan tema kasih sayang yang upaya dihormati dan dipelihara rohnya bagi memberdayakan ummah.


Saya adalah seorang wanita warganegara Malaysia yang masih hidup dan sedang bermaustautin di Qatar kerana mengikut suami bertugas.


Penulis bersama suami dan anak-anaknya. Gambar tahun 2000



Rabu, 13 Jun 2012

Kulluman Kulluhum Kulliyun

Emak (Nafsiah binti Salleh)

Selasa
13/6/06

Mimpi balik kampung tersesat berpusing-pusing. Penunjuk arah gagal di fahami akhirnya bersua ' Al-Baiti '.


Tiada pohon rimbunan pandan, serai, sekentut, kesum tiada juga tepak sireh yang setia bersama kapur seulas pinang yang banyak melalang hanyalah lingkaran dedalu yang semalu.

Ada air tanpa angsa atau itik berenang-renang. Ada beranika juadah yang manis pedas berwarna- warni menjilat jari yang berlengas melihat kusyuk menyantun bicara mengalas budi menjadi serba tak menjadi.... aduh kampungkukah ini ?

I

" Nasihatilah perempuan-perempuan ( isteri-isteri ) dengan cara yang baik. Maka sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan di halalkan bagi kamu kehormatannya dengan kalimah Allah. "

Ada sikap yang menuntut kemahiran berfikir bagi mencetus idea bernas yang berakar tunjang dari akidah yang benar....

Mahu bersikap melampau atau bersikap mempermudah .............

Runtuh nilai insan bila menyelewengkan fitrah yang asalnya bersih waktu di lahirkan.
Tanpa mengenal rupa siapa kita, bermata biru, bermata hijau, hitam atau coklat.
Fitrah asal tetap sama. Naluri ingin mengabdi pada yang Mencipta.
Kesempurnaan roh di batas oleh akal. Ada yang berjiwa tapi tidak berakal.
Ada yang berakal kurang pengertian untuk taat sebab tak mengerti akal untuk beribadat.

" Apabila ada dua isteri di sisi seorang lelaki lalu ia tidak melakukan keadilan di antara kedua mereka nescaya datanglah ia pada hari kiamat nanti di mana sebelah badannya jatuh atau senget sebelah. "


II

Menemani emak ke majlis ilmu setiap Sabtu satu kemestian masa remaja dahulu.


Satu ketika allahyarhamhu Ustaz Sahar bercerita tentang mengapakah keturunan India dari kasta rendah tidak mudah sombong jika mereka berada di puncak kejayaan.

" Satu hari saya tersua seorang 'aya' yang kerjanya mengangkut tong najis ( mungkin sekitar tahun lima puluhan atau enam puluhan ). "


" Tak malukah 'aya' ?
Tak busukkah 'aya' ?"  Ustaz bercerita.


" Apa mau kira itu bau busuk, ini kereja saya guna tulang empat kerat punya untuk cari duit tampung belajar empat orang anak saya belajar di universiti..."

Terpasak cerita itu membenam di hati hingga ke hari ini.
Juga tertanam di minda ' manusia membuat setiap keputusan penuh dengan implikasi moral


Basuhi hina dan rendah diri dengan airmata mengundang ehsan insan.

Meniti Waktu Melangkah Masa


                                                  Embun yang dinihari.
Dingin menyentuh jari.
     Dari titisan yang 'nafsi-nafsi'.
     Tampung ladung titisan yang menyukat suci
.



Bina akrab aqal dan qalbu,
Ikat simpulan tali temali mengurai rancu,
Mesra kasih adab berbeza bila bertamu,
         Menjernih kabut yang melinang mata anak dan ibu.


Buah dari fikir untaian gagasan manusia,
     Menjemput pemerhatian namun tidak mahu percaya,
Turun temurun menyedari akan hancurnya tulang belulang pada beberapa ketika.


Saat itu alam bingung ketar dan gentar bak paksi yang berputar tiba-tiba berhenti pada gandarnya.


Indah pada mata bukan janji pasti bahagia tatkala menerima serela hati.

Benua Yang Ada Harga

 

Khamis
8/6/06

Jauh berjalan di tengah benua bersua rupa berselisih masa.

Meredah pasir gurun berseli ribut pasir yang masin.

Terlihat mega megah megak siulan yang jinak namun liar si mergastua.

Diam-diam perlukan gagah hati dengan penuh yakin.


Di dalam kalbu selalu berpesan,
Tidak perlu bercita-cita tinggi membina kota,
Andai tak pandai mencipta kegembiraan,
Persepsi usah sekali di perhitungkan.


" Lelaki adalah pemimpin bagi wanita."
" Mengapa? "
" Kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lainnya. "
" Kerana ??? "
" Mereka telah membelanjakan sebahagian harta mereka. "


Hanya boleh jadi pemimpin bila ada yang hendak dipimpin.
Manis usah terus ditelan pahit usah terus dibuang.

Berhati-hati jangan sampai terasa diri lebih dari yang dipimpin.
Muktamatnya keserasian roh umpama pigura yang menghias sudut antara tiang-tiang.

Seutas tali adalah penyatuan keturunan manusia.
Berkembang biak lelaki dan perempuan.

Darah uratnya jantung nadinya letaknya cinta inilah rahsia.
Dari Rahmat dan Pemurahnya benua yang jauh sebenarnya adalah berdekatan.

Seorang diri kembali saya berkata-kata.

Insan yang muda di hormati.

Insan yang tua di hargai.

Manusia diperintah untuk mencipta kemakmuran di muka bumi.

Manusia diperintah untuk menyembahNya sehingga mati.

Namun alangkah indahnya jika dilaksanakan dengan saling bahu membahu atas dasar kebaikan.

Ia terbit dari takwa.

Sesudah berikhtiar kita bertawakal sekuat hati sebab sikap ini berupaya menerbitkan rasa berani menjauhi risau resah juga bimbang.

Dari tawakal ini juga akan ada rasa berani menghayati apa yang telah di tetapkan oleh Allah.

Mereka yang berjaya adalah bila berupaya melakukan perubahan.

Namun yang pastinya yang hebat adalah pemimpin yang ada nilai mulia akhlak.

" Tidak senyum ke atas namun menolak ke bawah. "

Sedetik Berlalu Sesaat Tak Lupa

 

Rabu 
7/6/06
Bergantian saat harian berlalu,
Berseliseh zaman menapak waktu,
Seakan-akan mengizinkan rasa untuk mengenang-ngenang
Pada rembulan di awanan.


Pada kesayup-sayupan bebintang di dada awan gemawan,
Pada pantai yang bertemankan pepasir putih yang redup di bawah teduhan hijau pohonan rhu,
Pada merah batuan bukit- bukau yang ditarah ditebuk dipahat robek.
Menghilangkan kicauan unggas,
Mentempiarkan burung yang tenang berkawan-kawan,
Melontarkan tempawan yang menghias bersinar,
Menegakkan batuan pejal yang ribuan di pasaran dengan tanda harga yang tidak mudah di susut nilaikan.


Mengenang pada janji-janji,
Yang bilakah mahu termeterai?
Yang sengaja di sukarkan.
Oleh tingkah kata berlainan rasa berbeza idea,
Mengilham hujjah untuk membela kemahuan yang memudarkan harapan,
Harapan sarat kemustahilan,
Yang sebenarnya punya nilai metia,
Metia yang terluncur dari berbagai rasa,
Hiba rasa sayu yang sendu seorang ibu dan anak,
Berdoa penuh harapan,
Tanggungjawab mendahulukan kemaslahatan,
Kemaslahatan insan untuk ruang mematikan bencana.

Rahmat Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam jika diintai-intai,
Adalah metia bernilai tak pudar sinar.


Insan bila sedia menyakini ia mudah untuk memahami.
Faham bila ia dipandu arah.


Allah Ta'ala  Maha Mengetahui.

posted by thanaif at 12:33 AM 0 comments    

Yang Indah itu Apabila Kita Insaf

 

Rabu
7/6/06

                    Indah budi kerana bahasa indah bahasa kerana jiwa.


Jiwa lahir dari fitrah yang terbebas dari sifat 'ananiah' tidak terbelenggu oleh runtunan jiwa yang resah.


Insan tetap bukan malaikat yang bila dikembalikan kepada Allah , Allah dengan sifat RahmatNya akan mengasihi dan menyayangi.



Malam tadi saya ada membaca bicara hikmah Saidina Ali bin Abu Thalib.



" Usahlah termasuk di dalam golongan mereka yang apabila berkata mereka berkata dengan perkataan orang 'zahid' namun berbuat dengan pekerjaan serakah."


" Usahlah termasuk di dalam golongan yang suka kepada orang soleh namun tidak mengerjakan pekerjaan orang soleh."


" Ketika sihat 'ujub' pada diri sendiri bila diuji cepat patah hati."


" Bila menderita pada bencana berdoa dengan rasa terpaksa."


" Bila mendapat kurnia berpaling dengan menyombong diri menyanggah kata."


" Diri akur pada prasangka bukan pada keyakinan."


" Banyak menguyah petuah namun tidak menjadikannya sebagai petuah."


" Kata-kata di jadikan dalil namun tidak pada perbuatan."


" Membesar-besarkan dosa orang lain namun meremehkan dosa sendiri."


" Membangga-banggakan ketaatan sendiri namun tidak menilai ketaatan orang lain."


" Mudah mengata namun diri sendiri berpura-pura."


" Senang dengan kehidupan orang berada kurang pula gemar berzikir bersama orang fakir."


" Amat mudah membenarkan diri sendiri dan mudah menyalahkan orang lain."


" Kerap melanggar dan menuntut kebenaran namun diri sendiri jarang menepati."


" Takut dan gentar sesama makhluk tidak kerana Rabbnya namun tidak takut dan gentar Rabbnya demi makhlukNya."


Saya insaf kekerdilan dan kelemahan diri.
Airmata adalah teman yang paling setia.



 

Suap-Suapan Di Hari Bahagia

 

Sabtu 
3/6/06

Mendapat berita salah seorang yang kita kasihi akan berumah tangga menyegarkan sejenak jiwa dan minda saya.
Perkahwinan anak saudara saya Moh Zul Waqar dengan Wan Rukaidah binti Wan Abdullah tidak dapat dihadirii kerana kami berada di Qatar.

Segar semula semua kenangan lama.

Dari mula terbetik khabar," Qar nak kahwin, mama," pasti rasa saya, kecuh tahap gaban seluruh jiwa raga kakak saya agaknya yang melahir dan membesarkan lima orang anak teruna...




Tentu tidak dapat di gambarkan bagaimana keriangannya bila akan mendapat seorang menantu perempuan.

Bertuah badan orang pantai timur......



Tetapi keseronokan melengkapkan persiapan perkahwinan sebenarnya tak semeriah dahulu.



Dulu-dulu ... ramai-ramai kejar ayam bila nak buat kenduri...ada sedara di kampung...menangis bila anak lembu selama meniti usia mahu menjadi dewasa, di manja di belai dengan berkata-kata, makan disuap .... terpaksa dijual (tidak pasti di korbankan untuk aqiqah atau koban aidil adha), seisi rumah saudara saya menangis bila ia terpaksa di lakukan...rasanya bapa saudara saya keluar meninggalkan rumah tak tahan melihat anak lembunya dibawa pergi.

Saat ini mahu sahaja nak bertanya sepupu saya Cikgu Noraida Mohd Noor di Negeri Sembilan....jauh, mahal nak buat panggilan.



Bersama sepupu-sepupu saya dan suami serta anak-anak mereka. Cik Noraidah binti Mohd Noor berdiri paling kiri adalah sepupu saya di sebelah emak.


Sedara jauh datang...masa tu masih budak-budak lagi...tak disambut kedatangan mereka sebab tak kenal.




Perkahwinan kami berlansung pada 16 Jamadil Awal 1409


Pernah juga tatkala masih remaja saya bertembung dengan dua orang makcik yang berpakaian orang kampung, termanggu-manggu mahu mencari bas yang perlu dinaiki untuk ke rumah adiknya.

Saya membantu dan kami menaiki bas yang sama.

Malamnya saya bertemu kembali ke dua makcik itu di rumah bapa saudara sepupu emak (aruah Haji Khalid), tahan telinga tahan rasa bila kena 'umpat' yang tidak pahit bahkan manis di telinga...  Saya kembali tersenyum seorang diri.


Orang yang sedang menjadi pengantin pula banyak kena korban diri...di suruh itu buat, di suruh ini ikut...peluh pun tak mampu dikesat sendiri perlu dibantu pengapit atau mak andam...tertib rupanya pengantin.
Tak pernah menyuap ke mulut orang lain terpaksa pula menyuap...guna tangan atau sudu tetap kena menyuap di acara makan beradab... sopan rupanya pengantin...tersipu-sipu kena menyuap dan disuap.... kembali saya tersenyum seorang.



Masa berkahwin ini pun pengantin akan mendapat banyak hadiah. Seronok pengantin kerana ada sokongan tanpa permintaan untuk memulakan hidup baru jika pemberian itu sesuai, jika tidak ia akan tersimpan berhabuk atau dikitar semula sebagai pemberian hadiah di hari perkahwinan teman yang lain.

Yang tersenyum memanjang ialah ibu dan bapa...banyak undangan ramai jabatan salamnya, sarat berkepuk-kepuk helaian yang belum tahu apa warnanya ...namun biasanya ini tidak pernah menjadi ukuran..

Hati ibu bapa sebenarnya bahagia bila tanggung jawab dan amanah menguruskan perkahwinan anak berjaya dilaksanakan dengan penuh kasih sayang.

Saya kira saya beruntung kerana tiada suap menyuap di hari bahagia saya, tidak banyak hadiah diterima dan majlis hanya kecil-kecilan tanpa ramai tetamu kerana saya tidak mempunyai ramai kenalan (yang ramai saudara dan kenalan adalah keluarga) tetapi emak senyum atau tidak saya tak pernah perasan.


Bila begini saya rasa tak berhutang...


posted by thanaif at 9:42 PM 0 comments