Selasa, 25 Jun 2013

Wednesday - 02 - August - 2006

Integrasi Ektrimis Era Globalisasi


Perihatin di asal oleh perihal yang bersifat keperihan lantas keperihalan di buktikan oleh pemerihal.

Fanatik benarkah bukan dari golongan ekstrim bila usaha-usaha yang nyata terserlah menyatu keperkasaan berani mengiklankan permusuhan memaksa pembunuhan atas nama penentangan terhadap demokrasi!

Siapakah yang terlebih ekstrim jika monopoli yang berakar umbi oleh dasar yang mencorak perlucutan harga kemanusiaan lalu dengan megah menjulang penguasaan kekebalan individulisme.
Pencerobohan pencabulan mengembeling kerendahan rohani oleh kerana akal menjadi penasihat.

Mengundang dualisme dalam setiap usaha sedangkan tiada sempadan benih manafaat hubungan antara sejagat.

Benarkah nilai pasaran bukan ekstrim adalah apa pun penyelesaian mukhtahir bermuktamadkan cara kaedah menguruskan ekonomi. Rela dihambat semula oleh mesra pinjam memulang timbunnya berhutang untuk mengelompokkan jumlah pemiutang ... lalu bukan di label fanatik jika aspirasi di tadbir suasana yang dicipta oleh konflik ... benarkah begitu ???
Rantaian berkala jadual penggiliran etika kemanusiaan akan di cabar terus dihasut oleh maju mundur bangsa diasah oleh kecerdikan yang setia menyantuni perintah !

Penyertaan kesamarataan berupaya menjernih pencemaran dengan niat ekonomi yang adil di julang semula kerana sistem cara ini sifatnya berupaya memercu tandakan khidmat yang pelbagai untuk kebajikan yang mampu menjalin kesepakatan kerjasama bantu membantu sesama insan yang berjumlah berbilion-bilion...

Integrasi jasmani dan rohani tetap menjadi ukuran kejituan akidah mengembalikan roh insan.

Inilah sebenarnya makna kebebasan dalam akidah yang benar bebas untuk individu dan masyarakat lalu mudah untuk masyarakat berkongsi kejayaan bersama individu. Tidak semata-mata berprinsip cari makan dan makan sendiri yang beragenda mega.

Lantas usah dipinggir bahawa penyuburan saling berkongsi rezeki mampu mempertautkan kasih sayang di antara hati-hati pemberi dan penerima. Lebih terserlah kekuatan bila tanpa sempadan bumi garis lautan bersama kita tidak meminggirkan Gazza, Tebing Barat, Lebanon, Khasmir, Afghanistan, Iraq, Narathiwat, Mindanao dan di mana sahaja yang di himpit jajahan globalisasi ... kerana di sinilah nadi yang mahu di corak agar tiada kesepakatan yang membawa hanya kepada persengketaan, permusuhan,kebencian yang menuntut dendam oleh iri dan hasad bagi melariskan untung belian dan keaktifan merekacipta senjata perisai merungkai maruah dan nilai kemanusiaan. 

Tuesday - August 01- 2006

Asasi Implikasi Demokrasi


Ribuan tahun yang lampau kecerdikan fikiran di perhalusi oleh kecekapan mengambil kesempatan di celah-celah kecelaruan yang di adu-dombakan oleh perlumbaan menyaingi kekuasaan.
Apa yang terbaik telah terhakis secara senyap oleh keperluan membentuk lakaran sejarah yang di catit sebagai tamadun sistem baru bernegarakan kemajuan ekonomi sosial dan politik.

Dalam keterlupaan generasi muda mula memandang dengan persoalan apakah penjajahan kekuatan sama kesan dan implikasinya dengan penjajahan minda hingga seakan-akan peribadi bangsa muslim sudah tidak boleh bertemu dengan akar akidah ... lantas persoalan generasi subur berkembang dengan kenyataan yang mahu di hayati bahawa kesediaan untuk menjalin interaksi berhubung komunikasi antara insan berbilang pandangan rupa peribadi anutan kepercayaan fahaman falsafah pendirian adab budaya jarak geografi bertentangan suhu iklim bahasa perlu dan mesti di lihat sebagai cabaran untuk usaha yang berkekalan berterusan telus jujur tanpa agenda bagi menemukan titik di satu garisan ayat-ayat muafakat  tanpa monopoli diskriminasi yang membuka sensetiviti!

Masa dengan peralihan saat menggilir peristiwa umpama proses membentuk tahap-tahap untuk gagal yang juga berpeluang mencapai kejayaan.

Masa adalah yang sentiasa di ambil kira tidak semata masalah yang di kira runding bicara.
Keperluan masa kini adalah saling membuka saluran untuk memperbaikan penterjemahan yang silap terhadap Islam dan penganutnya.

Yakin dengan pasti Allah memberkati kita sebagai makhluk yang di anugerahi akal dan hati untuk keseimbangan demi keadilan dan kemanusiaan bukan kesukuan kenegerian kenegaraan demi kesejagatan. 

Isnin, 24 Jun 2013

Monday - July 31- 2006

Istirehatlah Usah Sampai Terleka

Teringat dahulu semasa remaja saya dan rakan-rakan amat 'tertarik' dengan abang-abang berjanggut sejemput yang apabila berjalan mereka tunduk memandang ke bawah... bila berlaga mata cepat abang-abang ini melarikan pandangan ke arah bertentangan, bila bercakap nadanya perlahan menyakinkan tidak membentak marah-marah, sering bergamis longgar dan banyak menyendiri dan berhalakah membaca quran dan di dalam majlis iftar.

Abang-abang ini memiliki wawasan idea yang idealistik berancang dan berencana dengan semangat yang erat berukhuwwah saling berpesan dalam nada mendidik. 


Abang-abang ini juga tidak kecewa dalam melaksanakan tahap demi tahap agar adik-adiknya terus beriltizam istiqamah menjadikan risalah Islam sebagai realiti menjadikan diri muslim yang berfikrah.

Kami juga terpaut pukau dengan kakak-kakak yang berjilbab kelabu sepasang, bila berjalan dalam kelompok berdua bertiga dan berempat, langkah yang pendek namun pantas dan tidak kedengaran suara mereka ketika berada di khalayak ramai.


Senyum mereka tersimpan di balik tudung yang membalut wajah telus bersinar oleh ketenangan. 


Kakak-kakak ini sering menemani kami dengan bicara "tangan kita ini yang menggoncang buaian akhirnya insyaAllah tangan ini akan menggoncang dunia namun pastikan goncangan kita adalah dengan iman dengan amal sebagai hamba Allah bukan hamba manusia."

Hinggalah peristiwa luka menyinggah melakar ingatan hingga kini masih kekal di ingatan bila sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah sebuah kereta menghampiri seperti pemandunya mahu bertanya, dan saya pula memberhenti langkah bersedia dengan senyuman di tepi jalan, rupanya saya di beri ludah dengan senyum mengejek, "tutup aurat jika tidak mahu masuk neraka."... Ahhhh abang-abang berjubah dan berserban entah keluhan entah keinsafan tatkala melihat adik-adik perempuan yang masih tidak sempurna berpakaian.

Saat ini ternyata perlu bersama berusaha membetulkan salah tanggapan terhadap Islam kerana terlalu luas jangkaun untuk saling bekerjasama dan berusaha menegakkan keadillan tanpa penindasan terhadap hak-hak kebebasan individu untuk mendapatkan pembelaan. 


Namun maruah kita jangan sampai terus diinjak permudahkan...kita perlu menyedarkan mereka yang teralpa berbuat silap, kita juga di benarkan mempertahankan diri namun kita masih mahu berkasih sayang kerana agama kita adalah agama yang di anugerah Allah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Monday - July - 31 - 2006

Kendiri Bentala Tunjangnya Akar Akidah 

Batin Telah Lama Bertempur

Tidak menjadi mangsa dalam apa pun keadaan dan peristiwa mengulas senyum lalu pantaskah untuk mengucap syukur? 

Berkali-kali Serindit mewawancara menjentik muhasabah diri, ternyata Tempua telah dimakan sumpah yang bakal memeranakan dirinya bilamana cuba membina kekebalan diri dengan menyangkar kurungan menjarak hubungan ... 

Sekutunya penasihat bertauliah sudah berlakon di pentas buana, atas dasar apa berbilang kaum enggan menitis airmata, enggan menilik sahutan yang terluka oleh kesakitan di ubah rungkai berkali-kali mencari unsur menyebatikan keadaan yang mahu mengalih pandangan
buat menyembunyikan hasad kekeliruan.
Apakah benar kemanusiaan mahu di jodohkan dengan kuburan ???

Serindit berbisik, "Wahai Tempua, binalah masa depan dengan semangat berkasih sayang bukan bermusuhan walau wujud kebencian, usirlah ia agar tidak menjadi kejahatan."

Serindit cuba mencerahkan semula peribadi membuka ruang untuk memfokus kembali minda agar dipandu arah menepati fitrah asal kejadian insan.

Di sanubari diri terletak hati, di petak minda tersudut kukuh sumber memutar gelombang yang memusatkan daya ransangan untuk bertindak ... khilaf insan adalah tatkala  membuang petunjuk langit mercu kemuliaan insan.

Acap berulangan kali mencipta metos yang berbagai gaya sekadar menghalalkan setiap cara gaya stail corak wadah wacana bermuka surat berceraian fasal dan akta bersusur butiran di usul kata sebagai mukhtahir hukum tanpa muqaddimah di hadam terus mahu di telan ... akhirnya terbentuk umpama terumbu karang di hujung dunia yang terpinggir sepi oleh belitan keegoan membungkah pejalan ais yang kian mencair oleh Kebesaran Ilahi.

Malang insan bertindih manusia bukan lari menerpa damai bahkan mahu di pinggir jauh memburaikan jiwa fitrah yang asal adalah sempurna suci bersih.

Saat ini Serindit sudah hampir pecah hatinya kerana pertarungan medan tempur sudah lama terbina gelanggang di qalbunya namun Allah bersama kesabaran dan pengharapan yang tidak terabai begitu sahaja.

Serindit ingin mengucap kata kepada saudara sebangsa, "Apakah alasan buat mengira manafaat yang kecil lalu membuka kerelaan melaksanakan perbuatan yang lebih besar dosa dan mudhratnya???

Setiap tingkah menuntut di pertimbangkan keadilan. Perlukah logik akal darab bahagi timbang tolak yang hasilnya tetap bahawa dalam apa pun keadaan biar batin yang bertempur kita tetap menjulang muafakat mencari kekuatan berkat ... jika sudah tidak mampu Allah Maha Bijaksana Maha Mengetahui dengan Keadilannya.

Serindit menyusur ke kumpulan remaja yang sedang menghitung-hitung manakah untung yang lebih besar antara dua orang kaya, seorang memiliki QR 1,000 di nafkah di jalan lurus QR 100 demi manafaat insan.
Seorang lagi berupaya memiliki QR 10,000 di nafkah di jalan yang sama QR 1,000 demi manafaat insan.

Mari kita waraskan fikiran dan minda siapa antara ke duanya yang besar pengorbanannya??? 

Saturday - July 29 - 2006

Puisi Jiwa Ku

Gazza Yang Di Pinggirkan


Diarah pergi dilarang berhenti.
Diizin datang dipercayai pandang.
Dicela singkir diiri hasad mungkir.
Disinari hati dilimpahi nurani.

Disoal sikap dihadap cakap yang cekap.
Dihina amarah dijulang amanah.
Disasar silemah dimulia tingkah.
Diselang sangsi dicemburui aksi!!!

Dirapati yang serasi dielak provokasi.
Dilintasi progresif dibayangi agresif.
Dicemari kuasa ditafsir mulia!!!

Diadili juang diseimbangi tenang.
Diawasi diri dibatasi iman di hati.
Dirungkai bistari meminggir diri.
Dipahati tiada peka bila manusia mudah dileka.
Dihalusi perasaan diteliti kasihan.
Dijujur niat diterjemah minat.
Dididik agama diasah jiwa.
Disanggah pura-pura diawasi setiap masa. 

Thursday - July- 27 - 2006

Tajribah Wajarkah Di Ulang Tayang


Tajribah dua garis sebelum bertemu pada satu titik
Ia melingkar ke atas dan ke bawah
Bergelung-gelung menganjal oleh graviti
Umpama tsunami yang bergulung-gulung menyapu kebusukan pahit
Buat menyerlah kesegaran yang mewangi melapang sukma
Garisan ini membelah idea menyingkap sikap melontar kenyataan hakikat
Natijjah pemikiran manusia telah tercetus membuak-buak
Menilai perilaku berperikemanusiaan
Mencari kejatian
Mengusaha keadilan
Memintal kebenaran
Atas keramat kata demokrasi.

Asli kualiti kunci wibawa pada akar budi tertusuk oleh kental rohani tanpa dalih memperkasa diri.

Jika perubahan dengan maksud bersetia pada pandu arah
Memendam bekukan saraf tunjang lantas untuk memaling ke kiri ke kanan terhalang
Apa lagi yang tinggal bersisa mahu di nobat?
Mencipta budaya tamaddun berkompromi berkongsi megah menjulang apa menyanggah siapa?

Masih tidak mustahil... asal sahaja jika ada kejujuran.
Akar budi neraca kawal selia hawa nafsu
Peringatan oleh undang-undang
Peraturan tatatertib harga manusia sudah melampaui batasan
Garisan sempadan keluhuran untuk berkasih sayang...

Apakah tiada cukup bukti bagaimana ungkap bahasa yang diguna terima
Adakah kabur tiada jitu untuk di mengertikan??? 

Thursday - July - 27- 2006

Letih Lelah Lemas Lesu, Lari?

Melangkah ada dua cara,

Melangkah ke hadapan atau ke belakang.

Mendiam menepati satu ruang tanpa mara,

Apakah ia berhak di hitung cemerlang dan terbilang?

Minima mampu dalih yang ampuh,
minima kuasa memulih masa.
Saksama masih untuk Si 'Perempuh',
meski terang bersuluh ia memulas seribu rasa!.

Antara konflik, politik, dan organisasi,
yang mana satu idaman kalbu.
Sukarkah melihat siapa pemilik dasar manipulasi,
kerana itu dalam hati mesti berani sabar jujur sebagai kubu.

Demokrasi di dalam Islam ia bermula,
jika mahu solat elak dari imam yang kamu benci.
Demokrasi negara mana yang terserlah cela,
majoriti di kira oleh suara ramai atau benar yang dicaci.

Mengapa di sepi Gazza yang pamer serabut minda,
mengapa di izin ulang tayang luka parut berkudis.
Demi apa tidak mampu dibangun julang akal nurani menjadi agenda,
Apakah si Muslim itu pengganas melakun jahil jahat yang sadis????

"(Balasan baik Allah itu ) tidak akan di dapati hanya dengan angan-angan kamu sahaja dan tidak pula dengan angan-angan Ahli Kitab ( Yahudi Nasrani ). Sesiapa yang melakukan kejahatan ia akan dibalas dengan kejahatan juga."