Isnin, 24 Jun 2013

Monday - July 31- 2006

Istirehatlah Usah Sampai Terleka

Teringat dahulu semasa remaja saya dan rakan-rakan amat 'tertarik' dengan abang-abang berjanggut sejemput yang apabila berjalan mereka tunduk memandang ke bawah... bila berlaga mata cepat abang-abang ini melarikan pandangan ke arah bertentangan, bila bercakap nadanya perlahan menyakinkan tidak membentak marah-marah, sering bergamis longgar dan banyak menyendiri dan berhalakah membaca quran dan di dalam majlis iftar.

Abang-abang ini memiliki wawasan idea yang idealistik berancang dan berencana dengan semangat yang erat berukhuwwah saling berpesan dalam nada mendidik. 


Abang-abang ini juga tidak kecewa dalam melaksanakan tahap demi tahap agar adik-adiknya terus beriltizam istiqamah menjadikan risalah Islam sebagai realiti menjadikan diri muslim yang berfikrah.

Kami juga terpaut pukau dengan kakak-kakak yang berjilbab kelabu sepasang, bila berjalan dalam kelompok berdua bertiga dan berempat, langkah yang pendek namun pantas dan tidak kedengaran suara mereka ketika berada di khalayak ramai.


Senyum mereka tersimpan di balik tudung yang membalut wajah telus bersinar oleh ketenangan. 


Kakak-kakak ini sering menemani kami dengan bicara "tangan kita ini yang menggoncang buaian akhirnya insyaAllah tangan ini akan menggoncang dunia namun pastikan goncangan kita adalah dengan iman dengan amal sebagai hamba Allah bukan hamba manusia."

Hinggalah peristiwa luka menyinggah melakar ingatan hingga kini masih kekal di ingatan bila sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah sebuah kereta menghampiri seperti pemandunya mahu bertanya, dan saya pula memberhenti langkah bersedia dengan senyuman di tepi jalan, rupanya saya di beri ludah dengan senyum mengejek, "tutup aurat jika tidak mahu masuk neraka."... Ahhhh abang-abang berjubah dan berserban entah keluhan entah keinsafan tatkala melihat adik-adik perempuan yang masih tidak sempurna berpakaian.

Saat ini ternyata perlu bersama berusaha membetulkan salah tanggapan terhadap Islam kerana terlalu luas jangkaun untuk saling bekerjasama dan berusaha menegakkan keadillan tanpa penindasan terhadap hak-hak kebebasan individu untuk mendapatkan pembelaan. 


Namun maruah kita jangan sampai terus diinjak permudahkan...kita perlu menyedarkan mereka yang teralpa berbuat silap, kita juga di benarkan mempertahankan diri namun kita masih mahu berkasih sayang kerana agama kita adalah agama yang di anugerah Allah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Monday - July - 31 - 2006

Kendiri Bentala Tunjangnya Akar Akidah 

Batin Telah Lama Bertempur

Tidak menjadi mangsa dalam apa pun keadaan dan peristiwa mengulas senyum lalu pantaskah untuk mengucap syukur? 

Berkali-kali Serindit mewawancara menjentik muhasabah diri, ternyata Tempua telah dimakan sumpah yang bakal memeranakan dirinya bilamana cuba membina kekebalan diri dengan menyangkar kurungan menjarak hubungan ... 

Sekutunya penasihat bertauliah sudah berlakon di pentas buana, atas dasar apa berbilang kaum enggan menitis airmata, enggan menilik sahutan yang terluka oleh kesakitan di ubah rungkai berkali-kali mencari unsur menyebatikan keadaan yang mahu mengalih pandangan
buat menyembunyikan hasad kekeliruan.
Apakah benar kemanusiaan mahu di jodohkan dengan kuburan ???

Serindit berbisik, "Wahai Tempua, binalah masa depan dengan semangat berkasih sayang bukan bermusuhan walau wujud kebencian, usirlah ia agar tidak menjadi kejahatan."

Serindit cuba mencerahkan semula peribadi membuka ruang untuk memfokus kembali minda agar dipandu arah menepati fitrah asal kejadian insan.

Di sanubari diri terletak hati, di petak minda tersudut kukuh sumber memutar gelombang yang memusatkan daya ransangan untuk bertindak ... khilaf insan adalah tatkala  membuang petunjuk langit mercu kemuliaan insan.

Acap berulangan kali mencipta metos yang berbagai gaya sekadar menghalalkan setiap cara gaya stail corak wadah wacana bermuka surat berceraian fasal dan akta bersusur butiran di usul kata sebagai mukhtahir hukum tanpa muqaddimah di hadam terus mahu di telan ... akhirnya terbentuk umpama terumbu karang di hujung dunia yang terpinggir sepi oleh belitan keegoan membungkah pejalan ais yang kian mencair oleh Kebesaran Ilahi.

Malang insan bertindih manusia bukan lari menerpa damai bahkan mahu di pinggir jauh memburaikan jiwa fitrah yang asal adalah sempurna suci bersih.

Saat ini Serindit sudah hampir pecah hatinya kerana pertarungan medan tempur sudah lama terbina gelanggang di qalbunya namun Allah bersama kesabaran dan pengharapan yang tidak terabai begitu sahaja.

Serindit ingin mengucap kata kepada saudara sebangsa, "Apakah alasan buat mengira manafaat yang kecil lalu membuka kerelaan melaksanakan perbuatan yang lebih besar dosa dan mudhratnya???

Setiap tingkah menuntut di pertimbangkan keadilan. Perlukah logik akal darab bahagi timbang tolak yang hasilnya tetap bahawa dalam apa pun keadaan biar batin yang bertempur kita tetap menjulang muafakat mencari kekuatan berkat ... jika sudah tidak mampu Allah Maha Bijaksana Maha Mengetahui dengan Keadilannya.

Serindit menyusur ke kumpulan remaja yang sedang menghitung-hitung manakah untung yang lebih besar antara dua orang kaya, seorang memiliki QR 1,000 di nafkah di jalan lurus QR 100 demi manafaat insan.
Seorang lagi berupaya memiliki QR 10,000 di nafkah di jalan yang sama QR 1,000 demi manafaat insan.

Mari kita waraskan fikiran dan minda siapa antara ke duanya yang besar pengorbanannya??? 

Saturday - July 29 - 2006

Puisi Jiwa Ku

Gazza Yang Di Pinggirkan


Diarah pergi dilarang berhenti.
Diizin datang dipercayai pandang.
Dicela singkir diiri hasad mungkir.
Disinari hati dilimpahi nurani.

Disoal sikap dihadap cakap yang cekap.
Dihina amarah dijulang amanah.
Disasar silemah dimulia tingkah.
Diselang sangsi dicemburui aksi!!!

Dirapati yang serasi dielak provokasi.
Dilintasi progresif dibayangi agresif.
Dicemari kuasa ditafsir mulia!!!

Diadili juang diseimbangi tenang.
Diawasi diri dibatasi iman di hati.
Dirungkai bistari meminggir diri.
Dipahati tiada peka bila manusia mudah dileka.
Dihalusi perasaan diteliti kasihan.
Dijujur niat diterjemah minat.
Dididik agama diasah jiwa.
Disanggah pura-pura diawasi setiap masa. 

Thursday - July- 27 - 2006

Tajribah Wajarkah Di Ulang Tayang


Tajribah dua garis sebelum bertemu pada satu titik
Ia melingkar ke atas dan ke bawah
Bergelung-gelung menganjal oleh graviti
Umpama tsunami yang bergulung-gulung menyapu kebusukan pahit
Buat menyerlah kesegaran yang mewangi melapang sukma
Garisan ini membelah idea menyingkap sikap melontar kenyataan hakikat
Natijjah pemikiran manusia telah tercetus membuak-buak
Menilai perilaku berperikemanusiaan
Mencari kejatian
Mengusaha keadilan
Memintal kebenaran
Atas keramat kata demokrasi.

Asli kualiti kunci wibawa pada akar budi tertusuk oleh kental rohani tanpa dalih memperkasa diri.

Jika perubahan dengan maksud bersetia pada pandu arah
Memendam bekukan saraf tunjang lantas untuk memaling ke kiri ke kanan terhalang
Apa lagi yang tinggal bersisa mahu di nobat?
Mencipta budaya tamaddun berkompromi berkongsi megah menjulang apa menyanggah siapa?

Masih tidak mustahil... asal sahaja jika ada kejujuran.
Akar budi neraca kawal selia hawa nafsu
Peringatan oleh undang-undang
Peraturan tatatertib harga manusia sudah melampaui batasan
Garisan sempadan keluhuran untuk berkasih sayang...

Apakah tiada cukup bukti bagaimana ungkap bahasa yang diguna terima
Adakah kabur tiada jitu untuk di mengertikan??? 

Thursday - July - 27- 2006

Letih Lelah Lemas Lesu, Lari?

Melangkah ada dua cara,

Melangkah ke hadapan atau ke belakang.

Mendiam menepati satu ruang tanpa mara,

Apakah ia berhak di hitung cemerlang dan terbilang?

Minima mampu dalih yang ampuh,
minima kuasa memulih masa.
Saksama masih untuk Si 'Perempuh',
meski terang bersuluh ia memulas seribu rasa!.

Antara konflik, politik, dan organisasi,
yang mana satu idaman kalbu.
Sukarkah melihat siapa pemilik dasar manipulasi,
kerana itu dalam hati mesti berani sabar jujur sebagai kubu.

Demokrasi di dalam Islam ia bermula,
jika mahu solat elak dari imam yang kamu benci.
Demokrasi negara mana yang terserlah cela,
majoriti di kira oleh suara ramai atau benar yang dicaci.

Mengapa di sepi Gazza yang pamer serabut minda,
mengapa di izin ulang tayang luka parut berkudis.
Demi apa tidak mampu dibangun julang akal nurani menjadi agenda,
Apakah si Muslim itu pengganas melakun jahil jahat yang sadis????

"(Balasan baik Allah itu ) tidak akan di dapati hanya dengan angan-angan kamu sahaja dan tidak pula dengan angan-angan Ahli Kitab ( Yahudi Nasrani ). Sesiapa yang melakukan kejahatan ia akan dibalas dengan kejahatan juga." 

Ahad, 9 Jun 2013

Barukah Jika Caranya Masih Yang Lama

Wednesday, July 26, 2006

 


Tiba-tiba setelah hampir sepi dan sunyi di ketika bedilan meroboh konkrit bata merempuh ladang subur berdepan tanpa segan antara kebal kereta besi dengan wanita di hujung usia, tanpa silu berkejar-kejaran motokar hijau dengan anak-anak mentah usia, bergegar dentum panah petir mengalir sungai lesu merah lebam... alam sepi sehening senja ufuk mentari merebah di tirai peraduan...malah murai berkicau segenab penjuru gemanya tiada jua yang kedengaran...tiada alasan tiada bersebab tiada kerana apa-apa tiada... sekadar kukuh meraja bicara...

"Ini perlu, ini cara, ini kaedah, ini method, ini budibicara era canggih abad 21, order baru memeta wajah..

"Ianya perlu, mesti, harus, wajib! demi mempertahankan diri......tiada yang salah......benar belaka!"

Tiba-tiba .... megah dunia buana bersidang berdegar-degar kunci perlu dicari untuk membuka pintu tiada lubang kunci, cari salur angin diumpil tingkap yang tertutup rapat untuk membuka alur keamanan...setelah ratusan malah terlupa pula setelah ribuan nyawa wanita dan anak-anak hilang suara menggeletek menggelegak bertarung kesakitan... sendu luka berpisah dipaksa meregut cinta yang tak pernah pudar... tiba-tiba semua segar bernyawa berselera melapah rakus apa-apa sahaja di hadapan mata...satu harapan untuk mencorak jazirah baru menghalau duri ceracak langau-langau yang tiada jutaan nilai insuran... terdampar tak berbela...terkedu melontar pandangan lesu... harus bisu terus di mamah saat meniti sengsara tak perlu peduli... senyumkan mereka ....

Jujurlah bila mahu melakukan usaha...
Tiada siapa yang tidak mahu rasa mulia...
Usah berbilang-bilang pada siapa kerana apa...
Usah nyawa manusia di sebut tiada harga...
Kerana 2 kerana 4 buta menjadi celik...
Demokrasi di mana kita simpan ... di bilik?...
Usah usah fikir zaman mudah melupakan setiap 'sejarah' kita...
Majoriti mesti dicari untuk demi ' demokrasi ' ! 

Cela Kita Kerana Ada Rahsia Kata

Tuesday, July 25, 2006


Bisikan adalah rahsia. Sebutan merakam bicara yang bersalut makna-makna yang tersembunyi atas anika alasan bermacam pilihan. Menduga rancangan-rancangan tersembunyi digenggam rahsia di tangan lupa seketika di hadapan Allah tiada apa yang menjadi rahsia. 
Setiap usaha menjadi sia-sia bila semangat suku bangsa sahaja di ambil kira, bertingkah atas nama suku bangsa, bertikam senjata atas nama suku bangsa, mempertahan memelihara suku bangsa, kempen mendakwa ini cita-cita suku bangsa lantas taksub pana dengan fanatik suku bangsa membuat tohmah helah yang melelah diri hingga tiada sudah, lupa pahala dijerat dosa... terus-terusan bernafi singkir sesama hak saudara, propaganda megah mahu harta nyawa disita tiada harga kerana seperti diri diusir maka yang lain turut mahu dipinggir... beradu kudrat sayang tidak setanding tara...paling tercela bila semua ini mahu berahsia...

"Tuan hamba menghambur kata untuk siapa, wahai Serindit, untuk hamba atau saudaramu yang sebangsa?"

"Untuk diri hamba,Tempua! Tazkirah menukil ibrah menenang saraf yang mengusung setia darah ke pelusuk juzuk jisim tubuh hamba..."

"Darah kita serupa warnakah, Tempua?"

"Tuan hamba mahu menumpahkan darah hambakah Serindit?"

"Tegarkah tuan hamba berbuat zalim ke atas hamba ?"

"Hamba tidak seburuk begitu rupa...Biarpun apa terjadi masih hati ini sangka baik duduknya rasa."

"Akal hamba sentiasa bersyura dengan jiwa lantas akui kerap , tidak ada apa kuasa yang boleh memaksa tanpa rela...kebebasan adalah hak yang ke mana pergi di bawa di pelihara...malang sesenang bicara harta hak ini mahu di ambil di nyah begitu sahaja...tatkala berbeza pendapat kebebasan tiba-tiba mahu di gugat...bijak sungguh teramat lestari makna adab era kini... buat pengetahuanmu Tempua, agama kami mencirikannya untuk membina sikap berlapang dada terbuka minda bukan tetap di dalam keegoan yang membinasa!"

" Ke sana ke sini, hamba mencari redha Ilahi bukan untuk sengaja meriakan menyuka diri..."

"Hamba tak mampu diam membisu... marah kita Tempua, biar berpada demi agar marah sanggah teman marah sanggah yang sederhana kepada kita..."

"Hamba cuma tertanya-tanya, tuan hamba sentiasakah berjujur kata?"